Alamak, pandangan sisi gelap saya berhutang beli rumah banyak dah jadi viral ..
Bukan niat nak demotivated.
Sebenarnya, tak kisah pun korang nak beli rumah 60 biji sebelum meninggal..
Beli je lah, kalau dah berkemampuan.
Tujuan saya share setakat nak mendidik anak muda budak baru nak kenal dunia.
Jangan taksub yang cerita separuh dongeng indah indah saja.
Kes yang berkorban ikat perut, catu makanan, kena kejar oleh orang bank..
Tak dicerita.
Adik adik, tahu tak azabnya..
Kalau korang diburu oleh bank.
Masa zaman abang baru nak up dulu, macam
Korang sekarang..
Ada member join seminar hartanah, untuk beli rumah banyak banyak.
Ada “tok guru rumah” ajar bayar downpayment guna credit card.
Balik je, member tu follow, atas kertas molek je..
Bila praktikal, penuh zip zap, berliku.
Kecundang.
Interest 18 percent, dengan penalti lagi,
Makin menimbun, hutang.
Lagi worst, dia ada buat personal loan lagi..
Ada satu case tu, rumah tangga hancur,
Kesahnya, join loan, dengan bini..
Bank dok call je tanpa henti, dengan bini bini sekali stress..
Mertua masuk campur..,
Akhirnya bercerai berai.
Yang biasa korang diajar, camana dapat maxima untuk approve loan..
Bila terkandas, rumah tak dapat disewa, rumah lambat siap..
Bank kejar, tak diajar.
Sebenarnya, tak semua orang bernasib baik.
Ada orang, lepas kahwin duduk rumah mertua.
Sewa tak payah bayar, boleh la buat bayar beli rumah banyak banyak.
Then bangga.
Ada orang, anak anak tak payah hantar nursery.
Maid tak perlu bayar.
Hantar je kat emak ayah, jadi orang gaji ..
Cuti sekolah, angkut semua sekali.
Semua nak jimat, nak berlumba, rumah siapa paling banyak sebelum mati.
Nak motivate anak muda, niat tu dah betul.
Tapi ayat nak sampaikan mesej tu kena perbetul.
Cakap anak muda manja, tak ada ilmu.
Tidak semudah itu.
Baru ni, saya jumpa, fresh graduate bergaji 2000, kena tanggung lagi 8 adik beradik.
Kesian, manjakah mereka?
Itu belum lagi yang menulis melahanat budak gaji 2k beli myvi.
Kesian kat mereka.
Masing masing ada lifestyle tersendiri.
Tak semua orang sanggup berpanas hujan bergadai nyawa di jalan raya.
Apapun, bab hutang ni jangan main main.
Kalau dah meninggal, even ada MRTA, rumah banyak.,
Selagi tak settle, bini kena bayar lagi setiap bulan.
Nak settle MRTA ni pon, bukan ambik masa sebulan dua.
Korang yang suka kumpul hutang ni,
Pernah fikir tak,
Kalau kena buang kerja atau tak mampu bekerja, camana?
Ada clients saya, kena buang dari oil n gas company.
Selama ni dia tak terfikir, dengan gaji besar, company terkenal, boleh kena buang.
Rumah banyak,
Cuba nak refinance, bank tak layan.
Hutang bank keliling pinggang..
Rumah dah ada yang kena lelong.
Hidup penuh stress.
Btw, nak ajar, ajar cara betul.
Ajar tentang pentingnya duit kecemasan.
Kerja kuat, cari kerjaya yang bagi unlimited income.
Ada cash back up kuat, jiwa lebih tenang.
Hutang ni, macam api, time boleh kawal.,
Menyenangkan diri.
Time besar, akan membakar diri.
Hati hati.
Tolong share, harap dapat manfaat untuk anak muda dari abang otai masih berdosa.,
-Shaari Anuar
– Shaari Anuar
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit