aku nak kongsi kisah hidup aku selepas aku terbaca confession yang pasal saka kt sini. aku nk share gak la crita bab jin2 ni. aku ni dari kecil da boleh nampak makhluk2 halus ni. macam2 la xpayah nk crita sangat la makhluk apa korang mesti tahu punye. tp aku mula sedar yang aku ada kelebihan lain, bila aku start skolah menengah aku da kurang nampak2 benda2 tu cuma nya aku jd mcm xtakut bila org crita pasal hantu2 ni.. aku boleh tahu kalau suatu benda tu ada penjaga ke x.. contoh cincin ke kayu ke apa2 je la benda.. aku boleh tahu. bila aku masuk matrik aku xramai kawan sejantina dengan aku tp aku ramai peminat. macam ada aura lain la sebab bila aku marah semua org takut dgn aku.. kadang2 aku cakap je orang da xberani.. orang tengok aku mcm aku ni psycho la sbb aku kalau geram dengan roomate aku, aku akan keluar bilik tgh2 malam jalan2 kat luar.. kdg2 tu aku duduk je kt katil xtido dalam gelap2.. bukan aku nak takut2 kan dorg cuma aku waktu tu tgh sedih.. bila aku masuk university aku sedar yang aku ni slalu dapat mimpi2.. mimpi pelik2 la.. tp setiap mimpi ada meseg tersendiri.. setiap hari aku mimpi.. dalam mimpi tu kdg2 aku pegi alam bunian, kdg2 aku pg masa hadapan, kdg2 peringatan.. mcm2 la.. kebiasaannya aku mimpi apa akan jd akan dtg.. tp yang jd tu yang berkaitan dgn hidup aku dgn keluarga aku je.. contoh aku knl seorg2 ni then dia ada kaitan dgn hidup aku.. aku akan mimpi dia terjadi something so aku biarkan je sbb aku nk tgok btul ke x.. rupa2nya betul.. kalau ada org nk buat xbaik ke kt kluarga aku dgn diri aku, aku akan dpt tau dulu.. mula2 aku takut sbb apa yang aku mimpi kebiasaannya terjadi.. hidup aku pun jd xtentu arah.. nak bg thu parent tp dorg xpercaya.. kdg2 tu aku boleh berhubung dengan makhluk2 halus tu time aku tido.. aku antara tidur aku nampak macam ada lapisan la.. sbenarnya sekeliling kita ni ada mcm2 makhluk.. kalau aku duk kat dlm bilik sorg2 kdg2 nmpk la kt atas almari bawah meja ada je la benda.. dan terasa bilik tu ramai sgt org sbb bising aku dgr mcm2 suara.. penah sekali tu aku tgh duk kt kerusi pen kat meja aku jatuh tiba2 aku nampak ada budak kecil dtg kt aku ambilkan pen tu dia letak kat atas meja aku.. bila aku mcm tersedar aku tgok budak tu xada.. aku bukan tidur tp lebih kepada mcm terdiam sekejap dan melihat apa yang jadi.. benda ni smpai la skrg aku still lagi boleh mimpi2.. tp mulai tahun lepas aku sedar yang aku ni boleh nampak warna yang kluar dr tubuh org dan semuanya la.. orang kata warna aura.. tp sbnarnya aku da nmpk dari dulu cuma aku ingat bnda tu mcm sinaran matahari.. rupanya bukan.. dia mcm biasan cahaya ttg aura seseorg.. aku takut nak crita kat sapa2 sbb aku pernah crita tp most of them xpercaya dan ckp aku byk fikir.. aku malas nk crita byk aku ia kan aje.. sbenarnya awal2 aku perasan kelebihan aku ni aku takut dan xreti kawal.. tp skrg aku belajar sndiri utk kawal bnda2 ni.. contoh mcm bila dlm mimpi aku byk jumpa org yang aku xknal dan kebanyakkan org2 tu ada kekuatan masing2.. contoh aku berjumpa dgn imam ustaz orang2 berilmu tp aku lawan dgn berckp dlm hati supaya mereka jangan baca aku dan mereka hanya senyum.. dan selain dari itu kalau aku pergi alam lg 1 aku akan cuba balik semula ke dunia manusia.. aku juga boleh rasa bila ada benda makhluk halus kat suatu tempat.. aku pun boleh mengurut org tp aku xnk sbb kbiasaannya bila aku mengurut org aku pulak yang sakit.. mak aku ckp kalau lpas urut minta la 20 sen ke kat org tu.. tp aku xthu apa sebabnya.. skrg ni mcm tula hidup aku.. aku tahu lepas aku crita semua ni susah org nk percaya.. tp aku xkisah sbb aku just nk share je.. sbb slama ni pun xde org yang percaya kat aku.. aku anggap ni kelebihan Allah beri kat aku utk aku lebih beriman padaNya kerana setiap perkara yang diciptakan ada sebab dan hikmah.. aku berharap sesiapa yang baca kisah aku ni boleh doakan hidup aku agar kelebihan ini aku dpat gunakan dgn perkara yang bermanfaat dan dapat membantu orang lain.. terima kasih kerana sudi luangkan masa..
– Orang misteri