six sense – part 3

pertama sekali aku nak minta maaf bagi mereka yang suruh aku pm untuk mengetahui tentang hal2 ni.. aku hanya mahu berkongsi sahaja tentang cerita aku agar lepas ni bila kawan2 semua terjumpa orang yang macam aku tolong la jangan kata dia ni banyak fikir ke atau halusinasi ke dan paling aku risau takut mereka merasakan diri mereka ni gila.. tetap semua ni aku gunakan untuk kebaikkan dan bukan hanya mengikut nafsu.. aku hanya sampaikan yang penting2 sahaja untuk kita mengetahui kebesaran Allah dan sebagai peringatan..xperlulah kita tahu perkara yang tidak patut kita tahu.. melalui hari2 seperti biasa tapi hendaklah lebih baik dari hari ke hari..maaflah kalau korang yang baca cerita aku ni rasa agak menyampah atau apa2.. sebenarnya untuk aku lagi suka berpesan2.. macam aku bagi tahu dalam part 1 yang aku ni ada kelebihan bermimpi apa yang akan jadi.. aku tertanya2 ada ke orang yang jarang bermimpi? setiap mimpi2 aku, aku selalu ingat. aku selalu pergi ke dunia lain.. umpama aku hidup dalam dua dunia.. bila aku bangun dari tidur aku berada di dunia nyata ni dan bila aku tidur, roh aku sgt mudah berjumpa dengan orang2 di dunia lain.. dalam mimpi aku kerap berjumpa dengan orang2 berilmu seperti ustaz, imam2 dan pelbagai org.. setiap orang akan berpesan pada aku sesuatu.. rahsia Allah menjadi rahsia Allah dan adalah lebih baik jika manusia itu tidak mengetahuinya kerana hal2 yang demikian tidak sanggup untuk manusia terima dengan akal.. cerita dari mengenai aura.. setiap tindakan perasaan dan apa yang kita buat semua akan meninggalkan kesan.. sbb tu kita disuruh untuk bersihkan diri dan hati.. mengenai aura, pada aku aura memancarkan warna cahaya semuanya bergantung pada kelakuan dan emosi kita.. setiap warna mempunyai maksud dan ciri2 nya tersendiri.. berkaitan aku pergi alam bunian tu.. sebenarnya kebanyakan mereka xsuka kita pergi sana.. menurut cerita yang kita dgr sebelum2 ni mereka memakai pakaian warna putih, tp sebenarnya tidak jugak.. ada sebahagian dari mereka mengikut kaum atau kampung yang memakai pakaian warna putih tapi ada juga yang berpakaian biasa2 mcm kita.. bahasa yang digunakan pun sama macam kita.. cuma binaan mereka, bangunan2 dan teknologi mereka lebih canggih dari dunia manusia.. reka bentuk mereka lebih kepada klasik tapi maju.. sedikit perkongsian untuk semua supaya kita percaya bahawa hidup di dunia ini adalah berkongsi tapi terdapat sempadan untuk kita jaga diri sebagai manusia.. akhir kata dari aku, menjadi khalifah di atas muka bumi ni bukan nya mudah.. tetapi itulah amanah dan darjat yang Allah muliakan untuk manusia jika kita berilmu dan beriman padaNya.. bersyukur kita dijadikan sebagai manusia dan muslim yang diberi nikmat mengenal pasti kebaikan dan keburukan serta boleh berfikir atas kebesaran Tuhan..
wuallahualam
terima kasih kerana sudi meluangkan masa..

– Orang misteri

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *