Aku dah kerja sebagai penjawat awam dah 16 tahun. Selepas graduate 2-3 tahun juga kerja di private sector sebelum masuk gov sector. Apa aku nak kongsi adalah pengalaman sendiri yang mungkin boleh dijadikan sempadan supaya jangan terjebak.
Masa aku masuk gov sector, muda lagi, dalam usia 25-26 tahun gitu. Tapi masa tu aku dah kahwin. Aku kahwin right after graduation, masa umur 23.
Posting pertama aku di negeri kelahiran aku sendiri. Rezeki. Bukan senang awal² posting dah dapat tempat sendiri. Suami aku ikut aku pindah. Alhamdulillah, ada rezeki untuk dia, dapat kerja yang sesuai dengan dia.
Di tempat kerja aku tu, unit yang aku ditempatkan adalah unit yang agak baru. Dan ketua unit aku pun muda jugak. Gred 41 jugak sama dengan Aku, cuma dia masuk dua tahun dulu dari aku.
Kerja aku pada masa tu memang lancar saja. Tak banyak masalah.. dari segi workload, teman sekerja, ketua jabatan semuanya ok. Cuma, walaupun aku posting dalam negeri sendiri, jarak agak jauh jugak lah dari rumah Aku ketika tu.. Dalam 45km jugak sehala.
Masalah mula timbul di tahun ketiga aku di situ. Disebabkan banyak masa dihabiskan di tempat kerja, hubungan aku dengan kawan² sekerja jadi rapat… Sampailah satu ketika, ketua unit aku dah berani bercerita tentang hal rumah tangga dia pada aku.
Aku yang masa tu anggap biasa² saja rajinlah jugak melayan luahan perasaan dia. Lama² dari luahan perasaan, jadi luahan hati, meleret² bila syaitan dah berjaya cucuk jarum. Dia kata, sebab apa wife dia tak macam aku, mula banding² kekurangan wife sendiri. Mula puji² aku melambung².
Dan aku? Makin hanyut dengan pujian dan perhatian orang lain. Dah macam orang bercinta, telefon sentiasa di tangan. Masa tu belum ada WhatsApp dan media sosial. Tapi ada sms.
Sepanjang hari kerap berbalas SMS, tapi sentiasa pastikan lepas baca , delete semuanya. Dia pernah kata, kalau jadi apa² pada suami aku, dia sanggup ambil aku sebagai wife dia. Hurmm… Teruknya bila difikirkan bila dah waras ni.
Hubungan aku dan suami baik² saja. Cuma aku boleh katakan, aku suka dengan segala perhatian yang aku terima. Bukan aku tak tahu apa yang aku buat masa tu salah, tapi nafsu seronok tu buat aku lupa sekejap status aku sbg isteri.
Tapi aku perasan, masa tu anak aku selalu tak sihat. Entahlah, mungkin Tuhan masih sayangkan aku, mungkin juga doa dari emak bapak aku agar anak mereka selamat, aku tersedar jugak dari kemaksiatan tu. Aku kaitkan asbab anak aku selalu tak sihat dgn dosa yang aku buat. Aku bersalah sangat².
Aku mula fikir macam mana aku nak keluar dari kemelut tu. Tak nak aku terus-terusan dalam dosa. Nak elak berjumpa memang tak boleh, sebab kami seunit. Nak berhenti kerja, Aku tak sanggup. Aku tak putus berdoa, solat taubat, mohon jalan keluar.
Aku isi borang, mohon pindah, atas alasan, tempat kerja jauh. Memang ketua jabatan aku cakap awal² dia tak sokong. Sebab alasan yang remeh. Habis tu takkan aku nak letak alasan nak elak skandal dengan suami orang. Aku diam dan terima saja komen ketua jabatan aku. Tapi borang pindah tu tetap Aku proceed dan hantar.
Aku terus terang pada ketua unit aku tu, Aku tak boleh lagi kerja sekali dengan dia. Masalah tak akan selesai kalau asyik bertembung. Tapak dalam hati dah ada, siram air sikit, berbunga balik perasaan tu. Syaitan akan terus buat yang salah tu indah dan sedap.
Nak dijadikan cerita, hujung tahun tu, aku dapat panggilan telefon dari seorang staf di cawangan lain, mintak aku hadir mesyuarat di situ. Terpinga² aku. Rupanya, permohonan pindah aku diterima! Surat arahan perpindahan aku dah sampai ke cawangan tempat aku kerja.. tapi sebab ketua jabatan aku ada kursus di luar, makanya surat tu belum diminitkan pada aku lagi. Sujud syukur aku masa tu.
Aku hadir mesyuarat dan melapor diri pada masa yang sama. Esoknya aku mohon pelepasan untuk kembali ke tempat kerja lama aku untuk menguruskan perpindahan aku dan nak hand over semua urusan kerja sebelum ni.
Aku masuk berjumpa dengan ketua jabatan aku. Agak mencuka mukanya. Soalan dia pada aku, kabel mana aku guna untuk pindah? Dalam hati aku jawab, kabel paling besar di atas sana.
Alhamdulillah. Aku nak keluar dari maksiat, Allah buka jalan, yang tak disangka². Login akal, aku susah nak dapat pindah, sebab aku baru 3 tahun di situ, jarak sebenarnya tidaklah jauh sangat pun, dan ditempat baru aku tu sebenarnya dah ada orang untuk jawatan aku tu. Tapi aku yakin sebab aku betul² mohon disertai dengan taubat… Maka Allah izinkan ia berlaku.
Selepas kejadian tu, aku sangat berhati² dalam bergaul. Tak ada lagi aku nak dengar luahan mana² rakan berlainan jantina. Sampailah sekarang, kawan² aku yang nak berhuha, berjimba atau meluah perasaan hanyalah perempuan. Taknak aku terjerumus dalam perangkap yang sama. Dan yakinlah kalau kita betul² nak berubah, Allah akan buka jalan untuk kita.
Terima kasih untuk semua yang membaca. Aku mengajak, sama²lah kita jaga diri kita dari terjebak dengan perkara yang sia². Kalau dah terjebak tu, usahalah untuk keluar, insyaAllah, Dia dengar dan nampak usaha kita.
– Dian (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit