Hi.
Aku tengah fikir patut tak aku ambik sleeping pills?
Dah nak dekat sebulan aku takleh tidur malam.
Selama ni pukul empat macam tu dah boleh tidur dah, tapi lately ni sampai ke Subuh aku takleh nak tidur.
Rasa macam nak gila pon ya.
Rasa macam nak marah.
Nak nangis.
Nak muntah.
Selalu lepas subuh je aku akan rasa ngantuk sangat sangat and tidur sampai pukul 1 (kalau kat UIA& if balik rumah parents pegi kerja).
Kalau mak ada, pkl 9 tu aku bangun jap pastu by 10.30 tu aku dh rasa macam nak pengsan.
Masa CFS dulu penah jadi dah, pastu hilang tiba tiba.
Tapi masatu takde sampai sebulan.
Seminggu lebih je masatu.
Hm, korang rasa patut tak aku ambik sleeping pills?
Aku dah tak larat dah guling atas katil dengan harapan akan tidur.
Kepala aku dah serabut sangat dah ni. Dah taklarat tutup mata dari pkl 2 lebih sampai sekarang taktidur tidur.
– baekhyun’s
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Kena pergi berurut. Terutama kaki
Refer to your physician
sebab kepala ko fikir benda tu. amik tasbih tu, berzikir sambil2 baring2 peluk bantal.
Dik, hakak dlu mcm kau jgk..xleh tdo..berminggu2..tp hakak ni xtido lgsg pn xde ngantuk ape..mslh jgk tu..hehee..tp gini, try check balik ape yg ko mkn, minum sepanjang hari. Kndungan gula garam kaffein berlebihan akn buat ko susah tido. Try jaga mkn dlu..lg2 dh nk dkt bln puasa ni. Gud luck n get well soon.
xyah amik sleeping pill..sbb bhy n nanti jd bergtg pd pill tu plak…u kene praktis tido kol 10mlm…jgn wat ape ms tu…zikir byk2…doa…doa smoge tng ati n fikiran…moge mudah tido…n mintak Allah kejutkn u utk tahajud ke subuh ke…ape2 jele…doa…
Kau xleh tido..ak kaki tido. Mkin nk nta fyp ni mkin ak ngntok..sbb ble stres ak mkin kuat tido. Xpyh amk sleeping pill bagai
Oh sama.. klau kita roommate boleh wat panggung malam2. Habiskan semua movie hohohooo
Jgn stone.. nti blh tdur..
Xpayah dik. Meh akk ada jual spray utk tidur nyenyak. Selamat utk kau dik. Meh beli meh
spray apa tu? sy senasib dgn tt yg post ni. mohon pm sis
Sy add fren dulu ya
Jumpa doktor dik. Kalau perlu nnti dia bg apa jenis pil yg sesuai. Lama dah tu.
Sy mcm awk jgk.mlm xtdo.tdo pas pukul 7 bgn pukl 10.letih gle nk mati.apa yg saya bt kawal pemakanan.ambk susu panas mlm2.pas2 sblm tdo 2 sy bce 3 qul ngn ayt kursi hembus nafas lps bce doa 2 kt tapak tgn.sapu seluruh bdn doa Allah tdo kn supaya otak blh berehat.cuba lah.pas2 sblm tdo sy akn mnd dlm pukul 12 bg sejuk bdn.nnt automatik bdn mnx nk rehat sndr.
Akak pun dulu zaman belajar sama macam tu dik. Mungkin penat sgt. Stress. Maybe hormon xstabil sbb kdg2 waktu tidur xtetap. Kdg2 stay back sampai lewat pagi.. Mungkin Allah nak uji. Sabar ye.. rasa itu kot yg dipanggil imsomnia. So pejam mata baca zikir sampai tidur. Suhu pun memainkan peranan yg penting. Pasang kipas or air cond. Or lumur minyak angin pada tapak kaki perut or perut. Atau mandi atomaterapi plus rendam kaki dgn air suam plus garam b4 sleep. Or kalau xda cara lain jumpa doktor. Jangan buat decision sendiri.
Adik,truskn berdoa,semoga dipermudhkn segala urusan .pm saya ya klu nk tnya apa²
This thing happens to me tiap kali study week. Dia punya susah nk tido tu mashaallah puas dah golek2 kt katil segala last2 tengahari baru tido. Kalau paper pagi mmg gi exam ngan tk tido malam. Bukan tk tido sbb study ke ape tp sbb takleh tido. Sy ni bukan jenis study hardcore sampai tk tido tk makan. Siap boleh tengok movie, youtube lg. Terpikir jugak nk amek sleeping pills tp baca kt google that thing tk elok so redha jelaaa. Sama sama lah kita mengelamun sampai pagi mengenang nasib yg tkleh tido ni.
sama jgk.. tp pernah try this method.. waktu siang elakkan drp tdur banyak.. kena sibukkan diri dengan buat assignment or study ke dan buat aktiviti exercise sikit pun jadi lah time petang.. pastu cuba tidur sblm pkul 10.. mula2 ssah jgk.. tp cuba dan cuba tiap hari .. InShaaAllah boleh …
Bahaya klu pattern tidur tak teratur camtu. Please jumpa doktor kat mana2 klinik luar ASAP. Boleh kena sakit jantung even utk org muda. I used to have same problem waktu form 5. Mlm tak boleh tidur, lepas pukul4 baru rasa mengantuk & asyik terlelap dlm kls. Blk sekolah nak tidur lg tp selalu kena bebel dgn mak. Until mak bawak pergi klinik, doktor bagi ubat tidur utk 7hari. Sehari 1 biji. Makan pukul 9.30mlm. Confirm tidur nyenyak smpai pukul6. Lepas tu dah boleh tidur mcm normal