Sleepwalking Disorder

Assalamualaikum warga iium..

Setelah berbulan follow page ni, tiap hari scroll fb sebab nak baca confession best best dalam ni. First of all Thanks admin sebab siarkan cerita aku. Harap yang ni admin siarkan lah yer. Before ni submit tak approve.

Sebelum cerita direct to the point aku nak bagi definisi sedikit pasal sleepwalking disorder ni. Ia merupakan simptom seseorang yang berjalan dalam keadaan separa sedar atau totally 100% tidak sedar sewaktu tidur. Ke esokan hari nya langsung tak ingat apa yang berlaku.

Inilah penyakit yang aku alami sekarang umur dah cecah 26, nampak remeh, tapi benda ni yang merisaukan diri aku sendiri, kadang kadang benda tu akan jadi lebih teruk. Ok , kita mulakan kisah pertama, kejadian ni berlaku masa umur aku lebih 9 tahun, habit berjalan dalam tidur, mula mula tak sedar benda tu,tapi bila esok pagi ko terbangun dah ada di belakang rumah? Adeh! .Perkara ni terjadi berulang ulang, sudahnya Family aku pun mula sedar keadaan ini, mana tak nya tiap pagi je aku dah ghaib dari tempat tidur.

Menyedari hal ini , sudah nya, tiap malam bapa aku akan jadi security aku lah, kot kot berjalan lagi. Aku tak sedar pun apa benda yang aku buat tapi benda tu akan terjadi masa aku tidur.

Kisah ke 2. Pernah masa tu sekolah aku buat pertandingan kawad,so setiap hari aku kena hadir sekolah untuk latihan kawad kaki. Sepanjang tempoh tu ada la dalam dua ke tiga kali aku bangun tengah malam tawaf di ruang tamu sambil berkawad.Esok pagi kakak aku siap gelak kan lagi sebab dia bagitau yang malam tu aku bekawad sambil tutup mata, sumpah aku tak sedar, hmmm patutla bangun pagi rasa maha penat .

Aku jenis tak tengok cerita cerita genre seram dan sound system dia buat kita terkejut kejut, atau something yang tak seram tapi terlebih suspen macam cerita walking dead .sudahnya nanti aku terbawak bawak benda tu dalam mimpi.so, pendekatan yang lebih baik aku elak tengok movie yang ada unsur – unsur yang mengaktifkan sleepwalking disorder aku tu.

Ok sambung cerita lagi, masa sekolah menengah aku duduk asrama, disebab kan sekolah yang aku stay ni penuh dengan majlis ilmu,di hidupkan dengan pelbagai aktiviti agama .Gangguan tu sangat sangat berkurangan. Dan dalam real life aku, aku bukanlah seorang yang penakut, siap jadi skuad hysteria untuk budak asrama lagi. Mostly kes hysteria tu tak jadi kat sekolah kami, sekolah lain je. Diorang minta tolong.Tapi yang menghairankan sleepwalking disorder memang tak pernah ada selama 5 tahun aku duduk asrama. Padahal kalau ikut teori aku, sepatutnya benda yg menakutkan akan masuk dalam adegan mimpi aku. Tak taulah kalau ada yang aku terlepas pandang.

Cerita berterusan sampai aku sambung belajar di sebuah ipts .Aku ambik kos medic.Housemate aku ada 6 orang, bilik ada 3 buah, jadi, sebilik 2 orang.. Untuk tahun pertama tanda mengigau itu masih boleh d control, tapi roomate aku dah perasan yang aku jenis manusia yang mengigau, masuk tahun kedua adegan berjalan jalan tu sangat aktif lagi . (mungkin di sebabkan schedule semester tu sangat mencabar)

Kisah 3 – Yang ni kawan aku sakura yang cerita. Pernah satu hari tu aku tiba tiba bangun sambil nangis nangis. Habis satu almari aku selongkar,buku buku, file atas meja.Kawan aku bangun sekali lepas tu dia tanya cari apa? Aku cuma cakap “cari barang” je. Dia pun bangun terus temankan cari barang sekali. Tak jumpa dalam bilik aku selongkar ruang tamu dan dapur. Periuk,peti sejuk semua aku buka. Pastu duduk sambil nangis sebab tak jumpa barang tu. Pastu, aku sempat panaskan air, bancuh nescafe 3in1 tu sambil makan biskut creamcracker. Lepas habis aku terus masuk bilik sambung tidur.

Esok pagi sakura tanya, ko cari apa semalam? Masa tu aku tak tau dia maksudkan apa, bila dia cerita, ya Allah datang lagi penyakit tu. Aku pun bagitau la yang aku ada sleepwalking disorder ni. Dia cakap 2 jam lebih kami spent time semalam sambil cerita kosong, rupanya aku x sedar, padahal mata terbuka. Sumpah! Aku tak ingat. Huuu.

D sebabkan sakura adalah roomate aku merangkap kakak aku la sebab aku muda sikit dari dia. Sakura la yang selalu jaga aku. Bercakap sambil tidur tu dia dah biasa dengar kot. Haha Maaf sakura. (jangan mention aku tau dalam page ni) hehe..

Sekarang aku di alam pekerjaan. Roomate dah pun kahwin, masing masing bawa diri. Harap2 Sleepwalking aku tak la teruk. Eh? . Tapi yang latest ni aku jadi takut sikit. Sebab apa? Aku tak tau aku buat apa malam hari tu.Bila bangun pagi , tepi bantal aku dah ada pisau.
Ada tak orang yang senasib dengan aku?

– Naruto

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit