Slow learner
Slow learner, bukan satu title yang orang suka. Sampai kadang orang akan menyampah dengan golongan slow learner ini. Ya,orang akan hilang sabar. Bila mengajar golongan slow learner ini.
Sedar,bukan kami minta untuk berada dalam kalangan slow learner. Kalau boleh kami tak nak pon ada manusia yang di cop sebagai slow learner.
Tahu sebab apa? Sebab sangat
Sakit,sedih,kecewa,dan rasa paling bodoh dalam dunia ni!
Saya pelajar di sebuah 'RU', saya berada dalam kalangan prlajar yang dicop 'slow learner'. Keadaan keslow learner saya ini menjadi buah mulut pensyarah. Sampai mereka membincangkan masalah slow learner , tapi sayang mereka tidak membantu saya untuk mengatasi masalah ini. Tak ada pun pensyrah yang datang tanya saya, kamu ok tak? Faham tak apa saya ajar? Yang ada cuma saya seperti dimalukan dihadapan rakan-rakan sekelas bila ada pensyarah cakap 'lambat la kamu ni', 'ini yang saya malas nak ajar kamu', ish kamu ni dah berapa kali saya ajar tak faham-faham'?
Anda tahu sangat sedih masa ini, bila mereka cakap macam tu saya senyum saja.tapi dalam hati ini hanya Allah tahu, saya sabar dengan situasi ini. Result saya bukanlah teruk sangat 3.00 saja.
Tapi mungkin berada dalam title 'RU' saya dianggap kurang menonjol.
Saya dah tak tahan, sampai ada pensyarah cakap 'macam mana la kamu boleh masuk universiti ni'?
Nak tahu sebab apa saya boleh masuk universiti? Sebab doa dari mak,doa dari cikgu-cikgu,rakan-rakan. Mereka nampak usaha saya selama ini,walaupun saya lambat,susah nak tangkap apa yang belajar. Saya rindu zaman sekolah,ada yang ambil berat. Disini,tak habis dengan cgpa,rangkin. Bagi saya hidup ini bukan untuk kejar result semata-mata.
Rakan-rakan pun bila saya minta tolomg untuk diajarkan ada yang sudi, dan ada juga yang Malas layan.huhu.
Tak apa saya faham,sebab satu cabaran besar hendak mengajar golongan macam saya ini.
Saya rasa saya dah tak mampu nak sabar. Saya fikir nak tamatkan saja pelajaran saya. Walaupun berbaki 2 sem lagi.
Saya luahkan untuk semua orang tahu yang kami golongan slow learner ini pun ada perasaan.
Kami usaha yang kami mampu,tolong jangan bandingkan kami.
Kata-kata anda adalah satu doa,jika selalu ucapkan yang tidak baik,maka jadilah kami lebih slow
Harap golongan diluar dapat ubah pandangan anda pada kami.
kami ada kelebihan yang lain.
Allah maha kaya,
– hamba allah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Tahniah sebab ko mampu bertahan,jgn give up dgn kata2 org. Abiskan study,tinggal 2 semester je lagi. Pasal lecturer tu, ko positif je, ye la diorg kan ajar pelajar tertiary level,jadi diorg tak spoonfeed or give extra attention macam sekolah. Ignore je. Be strong!
zaman study dlu pernah kena rubbish. the worst. stupid. hahaha. susahjuga nak lupa insan2 itu.
hmm. alhamdulillah. grad juga.
moga diberi kekuatan. study je. ilmu tu bukan semata2 sbb otak pick up. tapi rezeki Allah nak bagi pda kita.
mungkin leh baiki hbgan dgn Allah gak. mintak dgn Allah mudahkan urusan belajar, kentalkan hati nak survive. kalau slow pun. diberikan kekuatan utk usaha.
percaya. cerdik slow semua dari Allah. kalau Allah nak bagi. Allah boleh bagi kat sapa sapa ja.
all the best
buat je sepuas hati
result kita serahkan pda Allah lepas dh usaha betul2.
ex-bukan budak dekan.
haha
jangan berhenti belajar. make sure u dapat ijazah. buktikan u boleh berjaya n make them shut their mouth. just live for your own good
Saya pon slow learner, apa lecturer ajar x faham pon, balik hostel baru grup stdy saya ajarkan, tp bila saya faham smtg tu, sy akan ulang smpai x lupa. Dont worry, semua org ada strength and weakness.
Saya pun slow learner. Saya faham perasaan tu. Tapi saya juga jenis yang mudah rasa tercabar. Jadi, bila cikgu/lecturer sindir, saya akan rasa tercabar sangat2 sampai rasa macam terbakar dan saya akan pulun sungguh2 dan saya buktikan kpd mereka saya boleh buat! Alhamdulillah berkat doa ibu, kawan2 dan rasa mudah tercabar ini, atas izin Allah, saya sekarang berjaya menamatkan degree, walaupun cgpa taklah hebat sangat. Ada lagi 2 sem je, sikit je lagi tu, yakin awak boleh. Tutup telinga pujuk diri that u can do it! Yes, u can! :D caiyokkk!!!
Aku pun slow learner juga, apalagi bab kira mengira memang lembap. Tapi kalau main game rasanya kedua2 otak aku berfungsi hha.
Samela confesser.. bab mengira sy selalu fail.. sedih jugak bile dilabel lembap,slow learner n bodoh.. hurmmmm..
Aku pon slow.. Tapi chill lah. Jgn fikir Sgt. Nnti makin slow. Huhu
Doesn’t matter whether you’re a fast learner or a slow learner, as long as you have the will and effort. Tips: be friend with those yang bijak pandai tu, get input from them. Then bila dah faham, jangan kedekut pula untuk ajar pada orang lain. In Shaa Allah, keberkatan ilmu tu ada
Saya pun slow learner bab praktikal ni. Tak pernah kena marah dengan pensyarah tapi pernah rasa terhina sebab slow learner. Cukup terhina sampai sekarang masih terkesan
Cgpa hang masih 3.00++ dan itu membuktikan hang masih boleh berjaya cuma perlukan usaha dan doa dari seorang ibu.
Kisah inspirasi dari saya, disebabkan saya ni slow learner saya mula ubah cara belajar. Sebelum masuk kelas saya prepare 10-15 minit ulang kaji apa yang patut. Untuk setiap subjek saya tulis nota berulang-ulang kali sampai faham. Akhirnya saya dapat dean list sem tu
Aku study kat overseas, Masuk uni kat sini (luar negara), aku manusia plg slow dalam dunia, aku rasa kdg2 aku ni mcm xde guna hidup bila compare dgn mat saleh yang lain. Belajar x faham, buat soalan x faham, exam x faham. Aku target pass je semua paper. Chill2 kita geng haha
Jgn bhenti awak rugi,, tggl lg 2 sem je, teruskn,, jgn dgr kata2 negatif tu.. amalkan surah asy-syarh surah ke 94 selalu.. usaha tawakal, biar lambat asal selamat .
Samalah bro, ak pun mcm tu gak. Ak mmg slow untk catch up sesuatu. Takpe bro, ak sokong kau. Tabahkan diri dan berusaha lah Sbb nnti ko pasti akn berjaya.
Sis Farhana Razak baca ni, I nk tanya something.. hihi
Tanya gapo?
Saya pun slow learner jgk..dr sekolah kot..saya rasa saya org paling bodoh kot. Kt sekolah lembab..spm dpt 4je kredit yang lain E..E bro..tp satu je yg patah semangat..masa di universiti jgn target dlm akademik je..aktiviti luar kelas kena ada.. degree sy dr RU jgk..ada rasa mcm aku paling bodoh dlm kelas tp xdelah peensyarah yang keluarkan ayat yg kejam macam tu cuma pandangan mereka sahaja lain mcm kt saya…hbis degree saya target buat master..masa buat master baru saya tau apa yang saya belajar masa degree..barisan pensyarah semua terkejut sebab saya berubah 360 darjah..sekarang saya mengajar di salah sebuah ipts termuka Malaysia (wlu bukan ipta tp cabaran lagi tinggi)..pesanan saya jgn patah semangat..orang tak kan ubah kita kecuali diri kita sendiri..alhamdulillah rezeki sy sekarang sudah pasti atas doa mak, ayah, dan org sekeliling..awak boleh
Sekarang tengah sambung PhD plak…?