Assalamualaikum admin. Terima kasih seandainya confession ni diterima untuk disiarkan.
Aku dah pun bernikah. Usia perkahwinan belum pun mencapai setahun. Alhamdulillah, dikurniakan suami yg sangat baik, penyayang dan menerima aku seadanya. Maksud menerima seadanya tu aku ni pesakit diabetic, and suami tahu sejak awal lg.
Musim raya ni beraya di kampung suami lah. Kali pertama beraya bersama. Mcm biasa, soalan cepucemas bila berkumpul ramai2 mesti muncul. "Belum ada isi ke?" "X terliur nak dukung baby ke?" Ada jugak yg paksa2 dukung baby suruh ambik berkat katanya.
Senyum je la yg mampu. Mula2 relax je. Lama2 rasa la pedihhhh kat hati tu. Kluaq abih la ayaq mata ayaq idong bila asyik je kena tanya. Aku kuatkan hati. Rezeki tu kan Allah bg. Kadang2 terfikir jugak, belum setahun pon lg. Tapi biasalah, dah nama nya manusia, terusik jugak la hati tu kot2 sebab aku sakit, sebab tu susah nak mengandung.
Mak mentua pon dah start bg hint2 dah psl anak. Aduhh, kalau lah mengandung tu senang, tak payah la kluaq suma ayaq mata ayaq idong ni dok taip confession ni dalam bilik sorg2.
Mungkin kawan2 kat luar sana boleh bg nasihat lagu mana nak menepis serangan2 soalan sensitif camni dan menjadi kebal sekebal kuali astro.
– Mi'amor
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
senyum je sis. mulut orang kan kita tak boleh cover. minta dorang doakan baik2 utk kita ☺️
Jawab je, bagi la can honeymoon dulu puas-puas. Hahaha. Rileks la. Belum pun setahun. Dating puas-puas dulu dengan suami. G bercuti berjalan puas-puas. Esok dah ada anak, tak merasa dah la nak dating bagai. Bercuti pun bukan sebebas masa berdua. Privacy pun lari. P toilet pun ada orang mengekor bukak pintu tau kahkahkahhh
Diciptakan wanita memiliki emosi melebihi logika. Kalau Allah nk bagi jadi mengandung tu jadi jugak. Jadi bersabarlah serta bersyukurlah kerana ada orang sekeliling mengambil tahu tentang kamu.
Aku kadang kadang pelik dgn masalah pertanyaan mcm ni. Knp terlalu anggap soalan ‘bila nak kawin?’ ‘Bila nak ada isi?’, ni soalan sensitif. Jawap jela belum sampai masanya. Knp nak sedih bagai. Aku dulu rileks jer xde pun nak sedih bagai bila org tanya soalan mcm tu. Xde yg sensitif pun. Nth ape yg sensitif sgt pun aku xtaw la.
Mungkin sikit2 or orang tanya elok elok tak terasa tapi ada yang pesen tanya dia tu purposely nak menyakitkan hati, tak pun dalam sehari tu kena tanya soalan sama berkali kali oleh orang yang sama maka beliau pun keluaq laa ayaq hidung ayaq mata. Cenggituuuu
Hurm.. Cenggituuuu
Lain org lain la penerimaan dia. Tak semua org dikurniakan hati sekebal kereta kebal, tak semua org boleh tersenyum buat tak tau je bila ditanya soalan yg sama lg sensitif. Allah cipta manusia ni dgn hati & perasaan yg berbeza especially perempuan ni makhluk yg plg sensitif, cpt tersentuh, cpt emosi. Kdg2 soalan tu lbh kpd menyindir ke tu yg buat org terasa. Bab rezeki anak kan sensitif tu, bkn semua org mampu & berpeluang utk ada anak. Bkn bila kita ckp nak anak hari ni esok dah keluar anak tu, tak tau bila ada rezeki hanya Allah je yg tau ?
Ye betul. Dah kawin? Dah ade anak? Mestilah best kan. Yg nak menyindir bagai tu xpayah la layan. Hidup kalau berdasarkan org lain mati kering la mcm tu.
Kan…sy org tanye sy jwb je…tanye elok jwb elok..tanye perli pon jwb elok jgk… Insyaallah rezeki Allah 2 ade…klu bkn anak ade la 2 rezeki ikut lain…
Semua orang ada insecurities. Termasuk la korang yg rasa “eh kenapa nak sensitif” juga. It’s just that your insecurities are different from the confessent’s. Nanti your turn will come la. Don’t worry. Semua orang akan diuji. Korang pun.
Hari hari kt diuji. Jd chill la..haha
sebab bila dah dijawab diperli pulak ” ko memilih ni” ….kalo ko kawin awal xde la ko rasa bingit sangat 11 tahun dpt soalan same…kalo org lmbt kawin siap pakej kene kutuk tau…so tunggu turn anak ko pulak
Hehe..ok kt tggu turn anak aku pulak..mcm dah tahu ape akan jd dimasa depan kan? Aku sendiri x tahu ape akan berlaku kejap lg. Tp semua dah mendahului tuhan..
Kalau apa yg faham. Confessor pun xde lah nak sentap sgt. Tapi kalau dah org selalu tanya, kadang2 terasa gak. Haaa, kan confessor tanya, apa2 tips nak elakkan rasa sedih tu. Bagilah tips camna boleh jadi hati kering cam hang tu… kot2 confessor boleh gunakan ke…
bersyukur la dah kawen, aku ni nak kawen pun x mampu lagi serba serbi, mampu tgk je member upload gambar isteri pakaikan butang baju raya dipagi syawal… xyah nangis la, buang air mata je…. pasal anak? relaksla, kalau org tanya, senyum ajela, biasela, benda ni rezeki, ade ye ade, xde usaha lagi…. ingt rezeki tu mcm apply loan ke? loan lulus je dapat, loan kene reject xdapat.. sabarla eh, sabar tu power nikmatnya… nanti adela tu, ingt, niat kawen bukan semata kerana anak, kalau kawen semata nak anak, japg kalau x mengandung jugak, cerai? cmtu? anak tu amanah. rezeki, kene jaga baik baik, sampai masa adela tuu, kembar ke, triplet ke, doa jela… aminnn.. banyakkan bersabar, xpe, Allah nak suruh korang honeymoon lama2 sikit… take your time, enjoy while still can.. ajak suami berjalan jauh2 sikit pusing malaysia… hehehe
Soalan normal la, cakap la xde rezeki lg. Xyah nak anggap sensitip kan. Koya terlebih. Dah tau jawapan, pandai bermonolog cakap rezeki milik allah. Dah tu kenapa x luahkan cakap jerk camtu?? Aku orang always tanya bile nak kawin. Jawapam aku cukup simple, taon depan, taoj depan, taon depan. Tu pon doa jugak. Xde la aku nak cakap tu soalan sensitip. Relax suda, da adab kite. Pasti nak tau perkembangan semasa. Tp ye la, bila kite emo, hati goyang lebih, timbul la isu sensitip ni
Saya dulu cukup sensitif bila ditanya bila nak kawin. Lama2 dah lali. Bersabarlah. Kadang2 yang bertanya tu niatnya cuma ingin mengambil berat. Kalau yang perli tu jawab dengan memerli jugak. Member saya pernah ditanya bila nak kawen dan dia jawab “cuba akak tanya suami akak soalan tu”
Klau ada lg soklan cepumas mcm tu..minx le deme2 yg bertanya tu boh baby dlm perut. Dh deme melebihi kehendak Allah kan. Deme2 tu lupe, tu rezeki ajal maut semuanya kehendak Allah..reply balik dlm senyum gembira lawak jenaka.
Kamu cubit je perut buncit diaorg, tanya, “Oooh kamu pun berisi ke?”
Mintak air dari suami makcik.
Sure ada isi.
ko tanya dia balik ” ko ni bila nak mati?”
Teringat kat kawan..kawen dah nak masuk 3 tahun tp still belom diberi rezeki anak..paling memilukan masa hari kematian ayahanda beliau makcik2 mulut longkang tya dia bila nak ada anak..siap tya kamu ni xleh beranak ke merancang..aku yg dengar lak rasa nak naek tgn..xhormat perasaan org bru kematian ayah..tuk confessor..sabar banyak2 yer..kumpul duit dulu selesakan hidup kukuhkan kewangan dulu..doa byk2 moga dimurahkan rezeki anak
ikut situasi aku yg dah cecah 30an belum kahwin ni, plus raya ni ex aku akan kahwin yg aku baru tahu recently which break my heart quit deep sbb aku blm get over him, soalan cepumas tu mmg kalau boleh aku tak nak hadap..
tapi kita cuba duduk dlm situasi org yg bertanya tu.. dorang bukan tahu pun apa yg kita lalui kan, so kenapa expect semua org nak kena jaga hati kita..
utk yg tnya setakat nak mesra2, nak cari topik borak tu, aku jwb gurau2 aku akan kahwin cuti sek nnti cuma tahun tak tahu bila… Then dorang akan gelak dan hari raya bertambh ceria huhu
untuk yg tnya nak menyindir dan membanding (kita blh knl kan) aku senyum je la. i dont think they deserve an answer or sbb dorg tiba2 kita nak sedih2 semua tu. Kalau kau nak rare kau baca ayat al kahfi 46 utk diorang. Atau utk pengubat hati korang sendiri
harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.” (al-Kahfi: 46)
Pandang dia. Dengan mata yang berair. Cakap “doakan ye.” sure diorang simpati dan mendoakan yang baik2. Takpa.. Bila sampai masanya, adalah rezeki tu. Takpa.. Skrg la masa nak hargai masa suami isteri. Jangan sedih2.. Selamat hari raya :)
Org tua nak mamps biasenye suke tanya..geram pulak aku..
Ak boleh buat biasa bila org ty “bila nak kawen?”
ak boleh buat biasa bila org ckp ” ko ni memilih sgt tu.. tu yg liat jodoh”
Ak boleh buat biasa bila org ckp “tula ko.. belajar tinggi2.. kan da x laku”
Tp plg ak x tahan bila mak ak sdr menyampuk & cakap dgn kuat dpn stranger.. ” anak ak ni tunggu aku mati, baru dy kawen”..
Mak, mcm ustaz2 selalu ckp.. ajal jodoh di tgn Allah. Mmg kte kne mcari jodoh tu.. tp kalau tak diizinkanNya, tetap x kawen jugak. Sekurang2nye bila ak x kawen lg ni, ak boleh jaga mak abah…
Cara saya mudah je..
Awk senyum pastu cakap terima kasih sbb doakann. Aminnn. Mst diorg akan diam. Inshaa Allah hati pon takde lah terasa sakit sgt. Tu cara sy la..org lain tak tahu. Hee
Kalau diorang tanya, mintak diorang doakan. Saya selalu kene bab jodoh ni.Saya mintak diorang doakan sbb umur saya ni dh 29 belum bertemu jodoh lg.Jadi pape mintak diorang doakan..mane tau doa diorang lebih makbul kan?Wallahualam :) jangan sedih k sis?Moga Allah mengabulkan doa sis.
Takpe,ko pk positif je.dorg just nak berbasa basi..