Social Experiment

ately aku rajin tengok video Social Experiment dekat youtube. Tapi bukan dalam Malaysia. So aku nak kongsikan sedikit tentang video yang pernah aku tengok.

1. Dia buat video untuk lihat sama ada masyarakat akan membantu jika tiba-tiba stranger jatuh depan korang. Bukan jatuh tersadung batu tau tapi jatuh sebab pengsan dan sewaktu dengannya. Dia buat video ni sebab ada kejadian dimana seorang guard dekat sebuat apartment jatuh kerana diserang heart attack. Tapi bantuan yg diterima agak lewat dan jika orang yg mula-mula nampak dia mengambil tindakan, mungkin dia masih boleh diselamatkan. So kalau korang jumpa stranger tiba-tiba jatuh, apa tindakan korang? Jujur la..

2. Satu video berkenaan homeless yg kesejukan pada musim sejuk. Dalam video tu, selama 150 minit langsung tak de seorang pun yg peduli dekat homeless tu. But luckily ada seorang remaja ni yg sedia membantu. Kalau aku, aku pun mungkin fikir dua tiga kali nak membantu homeless. Bukan tak de humanity dalam diri aku. Tapi homeless dekat Kuala Lumpur ni banyak kot. Lepas tu aku rasa macam ragu-ragu juga nak tolong. Tak tahu mereka ni betul homeless ataupun penagih mungkin?

Banyak juga video-video jenayah yg berlaku dalam Malaysia yg diviralkan. Bila nampak video dan sedar realiti dunia sekarang, buat orang takut untuk buat baik pada orang lain. Contoh macam ko niat nak tolong orang, rupa-rupanya orang tu nak samun ko. Lagi kesian bila yg jadi mangsa tu, bukannya orang yg berduit sangat pun. Kadang aku tak faham dengan orang yg lakukan jenayah tu. Apa punca mereka buat jenayah tu. Kesempitan hidup? Kurang kasih sayang? Ada je orang yg hidup susah tapi mereka tak pilih untuk melakukan jenayah.

Kadang-kadang nak buat baik pun risau. Aku harap ada pihak yg boleh mula kan untuk spread the kindness.. dan aku harap ada orang yg nak buat social experiment dekat malaysia ni.. tapi tak nak la setakat jatuhkan dompet, nak tengok org tu jujur ke tak.. itu da biasa.. =)

Thank you admin.

– Mii

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit