Solat Sunat Terawih

Assalammualaikum, aku just nak buat luahan perasaan. Berdosa ke kalau aku tak pegi surau utk solat sunat terawih? Bukannya langsung tak pegi, harini je aku tanak pegi sbb penat masak dari mlm tadi, ptg tadi and kejap lagi aku masak lagi sahur utk family. perlu ke sampai nak perli2? dah la cara perli mcm aku dah buat dosa besar sbb tanak pegi mlm ni.

– R

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

19 Comments

  1. Sunat, tak dosa kalau tinggalkan. Cuma rugi sebab bulan ramadhan kan. Orang kita cepat melatah tak paham hukum tapi dah pandai hukum orang. Lagi satu terawih boleh buat sendiri kat rumah bila dah free tak letih

  2. Even kau tak pergi masjid tapi kau still terawih dekat rumah, then pada aku ok jek..yg penting semua berbalik kepada niat..yelah kalau pergi masjid kan lebih afdal dapat pahala berganda..tapi kalau kau daa terlalu penat daa tak mampu nak pergi masjid at least kau dapat tunaikan terawih tuu even dekat rumah pon daa memadai daa..just forget about what other people see in you, just remember what you see in your own self okay..

  3. Chill dahlah. Haha sukati dorg nak kata apa..don’t stress yourself. You knkw what you are doing is enough. Ok? Good luck in facing people like that in life.

  4. Bukan setakat hari ni, kalau ko tak pergi sepjg bulan ramadhan pun xde masalah. Kat rumah pun boleh terawih. Cuma kalau moreh tu kena sedia kan sendiri la. Penat lagi..

  5. Prepare sahur n iftar utk family pon dh tggi ganjaran pahala..no worries..dsbbkn kepenatan, tunaikan solat sunat tarawikh kt rmh jer..lgpon yg lbh dgalakkn pegi masjid kaum Adam..

  6. Peh penat wey masak berbuka sahur lagi. Appreciate sikit pompuan yg leh buat semua ne. Xyah perli2 paksa2. and calm urself sista. Semua ada ganjarannya nanti InshaAllah

  7. Solat sunat tarawaih tu sunat. Kalau tak larat boleh je buat kat rumah. Tak berdosa pun kalau tinggal. Cuma orang pandang yang tak buat tu macam berdosa besar. Abaikan je. Abaikan, rehat dulu lepas tu solat.

  8. Solat tarawih tak wajib . Kalau nak buat, so buat lah . Kalau tak larat, tak payah buat .

    Kalau boleh buat sepanjang ramadhan pon boleh . Takde sape larang .

  9. Ko pmpuan ke? Klu pmpuan lbih afdal solat d umah, yg perli tu sapa? Amboiiii ko cili kan je, klu dia tlg kita masak skali x pe gak, ni lpas mkn cuci tgn, siap2 g solat, ada hati tu nk perli2 org

  10. I can feel you sis/bro. Haha.. tapi aku bukan la sebab masak.. sebab aku baru habis exam kul 7 semalam. Sumpah xlarat nak gi teraweh masjid.. ingat nak buat kat umah.. pun xsempat pasal penat samgat tertido terus sampai sahur.. xpa banyak lagi amalan sunat boleh buat.. xdosa pun..

  11. Perempuan lebih afdal solat dekat rumah atas tanggungjawab nk uruskan makan minum hal rmh semua. So it’s okay. Yg perli tuh mesti batu api or something. Terawih pun jd isu astargfirullahalazim.

  12. Kalau aku, aku perli je balik. Kau masak bagai tu aku rasa dah byk pahala dpt insyalah, daripada certain org teraweh mmg laju tapi pinggan sendiri pom x basuh. Penat jew. Sia2 he teraweh klu hidop menyusahkan org lain.

  13. Solat sunat terawih bukan sesuatu yg wajib dilakukan…tetapi dia ialah solat sunat yg sangat besar ganjarannya jika dilakukan kerana solat ini hanya ada pada bulan Ramadhan… Bagi perempuan much better solat di rumah sbb atas tanggungjawab anda utk menguruskan keluarg…yg perli 2 merasa dirinya dh terlebih waraq kot…apa guna pergi solag terawih di masjid 20 rakaat pun apa hakikat hanya ingin memerli org yg tidak ke masjid…

  14. disebabkan bulan puasa ni malas nak emo-emo sgt…gini lah dik.. lau pompuan lbh afdal solat kt rumah je… yg penting Allah tahu..org lain nak perli2 bagai tu lantak pi dia lah….

  15. Aku bekerja. Balik kerja tolong mak sedara meniaga di bazaar. Pastu tlg mak siapkan juadah berbuka. Sbb adik2 aku semua lelaki… Bila malam tak larat pegi tarawih,
    Bapak aku punya perli lagi best ” kalau tak pergi tarawih, bila lagi nak pergi masjid….? Nanti tangga masjid pun tak tau ada berapa.. Tarawih bukan selalu setahun sebulan je”.

    Maka aku dengan lemah longlainya masuk bilik capai telekung g masjid.. Hehehe..

    Pergi je lah… Bukan selalu nak dapat pahala tarawih ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *