spm – 1:09 AM

spm

Saya salah seorang pelajar yang baru sahaja mendapat keputusan spm.Alhamdulillah walaupun keputusan saya tidak straight a's, tapi saya masih bersyukur kerana saya percaya bahawa keputusan yang saya dapat seiring dengan usaha saya.

Jujur saya katakan saya ini pelajar yang slow learner.Duduk di dalam kelas elit di sebuah sekolah berasrama penuh membuatkan saya sentiasa takut.Saya sering merasa diri saya yang paling tercorot di dalam kelas.Dikelilingi oleh pelajar2 yg rata2 sentiasa skor dalam setiap peperiksaan.Tapi itu semua tidak mematahkan semangat saya untuk terus mencapai sasaran straight a+'s di dalam spm15.

Dari situ saya mula usaha,usaha dan terus berusaha.Saya menyerahkan segala urusan saya pada Allah.Saya yakin Allah sebaik-baik perancang ?

Alhamdulillah, Allah beri kepada saya hadiah yang saya rasa bersyukur sangat2 cuma bukan kali ini saya dapat membahagiakan kedua ibu bapa saya dengan keputusan yang cemerlang sama seperti UPSR dan PMR dahulu.

Saya perhatikan kawan kawan saya ketika mereka mengambil keputusan spm.Ada yang sedih,ada yang gembira.Bagi saya perasaan itu cuma sementara.Banyak lagi jalan yang kita perlu lalui.

Ingat,seperti orang kata,hidup itu ada naik turunnya.Rezeki Allah masih luas.Percayalah ?

– huna

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *