SPM Persendirian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Aku ucapkan terima kasih kepada admin kerana sudi siarkan confession aku ni. Aku intro dulu diri aku secara ringkas sebab aku tak pandai nak bermuqaddimah panjang berjela ni2

Nama aku Z (bukan nama sebenar) dan aku lelaki. Berumur 17 tahun dan bersekolah di selatan tanah air. Apa yang aku nak ceritakan adalah berdasarkan tajuk tu lah iaitu SPM persendirian.

Aku masih bersekolah lagi tapi aku tak ambil SPM tahun ni disebabkan penyakit yang agak serious “membelasah” diri aku sampai aku tak pergi sekolah berhari2 lamanya. Jadi, aku banyak study kat rumah dan alhamdulillah, hasil daripada aku belajar sendiri tu membuahkan hasil yang memberansangkan juga tapi tak cemerlang mana pun.

Apa2 pun aku puas hati sebab itu lah usaha aku. Usaha yang mendatangkan hasil. Tapi banyak subjek aku tak dapat nak kejar atas sebab masa aku banyak dihabiskan untuk layan keuzuran aku ni. Bukan aku tak boleh kuat semangat, aku cuba tapi tak boleh. Hanya orang yang menghidapi je tahu betapa seksanya benda tu.

Disebabkan tak ada masa yang banyak untuk belajar, ketekunan untuk belajar tu pudar dan hilang daripada diri aku. Adapun ketekunan dan keasyikan nak belajar tu hilang, minat hati aku terhadap ilmu masih mekar lagi jadi disebabkan tu aku rasa agak down sikit. Gulpp.

Aku mengharapkan keputusan cemerlang SPM seperti yang aku harapkan dari dulu lagi, impian aku sejak form 3 lagi tau. Dan aku diberi “green light” untuk ambil SPM persendirian pada tahun depan

Bukan kerelaan hati aku untuk tangguh SPM tahun ni ke tahun hadapan tapi disebabkan penyakit yang aku hidapi sekarang ni memaksa aku untuk buat keputusan mengambil SPM secara persendirian tahun depan. Banyak masa aku dihabiskan untuk baring, rehat dan santai disebabkan keuzuran diri aku ni.

Tahun depan memang aku sorang2 lah jawabnya, kawan2 dah melompat2 dah. Tapi aku fikir kalau ambil SPM awal pun, result tak gempak then tak dapat masuk universiti apa gunanya kan?

Jadi aku guna peluang satu tahun untuk belajar sungguh2 tahun depan. Argghh, Sorang2 pon sorang2 lah. Aku tak kisah. But aku minta daripada korang, tolong jelaskan secara detail tentang SPM tangguh atau as known as “SPM persendirian”.

Tapi banyak yang menentang keputusan aku ni dengan alasan,

“Nanti bila kawan2 ambil result akan terkilan masa tu”,

“Lambat masuk universiti”,

“Ketinggalan zaman”,

“Menyusahkan mak bapak nak tanggung pelajaran sekolah lagi”.

Sejujurnya, aku mula2 agak stress dan tertekan dengan semua masalah ni. Tapi lama kelamaan, aku sedar Allah itu bersama kita, Aku yakin Allah akan bantu aku. Mula2 aku pening nak buat keputusan bila otak aku dah blur tapi akhirnya aku tetapkan nak ambil tahun depan saja.

Tapi ujian lisan untuk beberapa subjek lain aku dah jalani dan aku pun tak tahu sama ada markah ujian lisan tu boleh dibawa untuk exam SPM tahun depan atau tidak. Bagi kakak2 dan abang2 yang pernah ambil private SPM ni, korang jalani tak ujian lisan?

Sekian daripada saya. Terima kasih!

– Z (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *