Tips Ketenangan Hidup Dunia Akhirat

Tips Ketenangan Hidup Dunia Akhirat

Diharap perkongsian aku ini sedikit sebanyak dapat meredakan ketegangan, kemurungan hati pembaca-pembaca IIUM confessions ni. Membaca kisah kisah yang dicoretkan dalam IIUM confessions ni membuatkan aku terfikir betapa kejamnya dunia sekarang, betapa tertekannya hidup zaman sekarang.

Walau kita berusaha menjadi yang terbaik untuk diri sendiri, orang orang yang kita sayangi, kenalan rapat kita, keluarga tapi kadang kadang usaha kita seakan tak diambil peduli. Kita mengharapkan sesuatu jadi begini tapi sebaliknya jadi seperti lain pula. Itulah kehidupan kan?

Aku doakan kepada semua pembaca IIUM confessions yang sedang hadapi apa jua masalah atau apa jua rintangan hidup, diberi ketabahan dalam menempuh ujian masing masing.

Disini aku sharekan tips tips yang aku amalkan dalam hidup dan alhamdulilah aku temui ketenangan yang boleh aku katakan setenang tenang kehidupan yang pernah aku rasai.

1. Sentiasa bersangka baik dengan Allah.

Dalam hidup semua orang pun pernah hadapi ujian dan dugaan kan… Ujian dengan suami, ujian hati diduga dengan jatuh cinta pada orang yang salah, hati dilukai, ujian dengan keluarga, ujian dengan rakan-rakan, ujian dengan kerja..

Kadang kadang selalu sangat kan terdetik dalam hati, kenapa aku? Kenapa kena hadap ujian ni? Jadinya untuk tenangkan diri, sentiasalah bersangka baik dengan Allah.. Kita tak tahu apa hikmah di sebalik ujian tu, mungkin lagi 2 atau 3 tahun kita akan nampak hikmahnya.

2. Baik berpada pada jahat jangan sekali.

Kadang kadang kita perlu jugak tahu value diri kita. Orang cakap buat baik pun ada batasnya kan. Tahu nilai diri anda. Kebaikan tu haruslah disalurkan pada orang yang betul dan layak. Berpada padalah dalam membuat kebaikan. Sayangi diri anda dulu, letakkan diri anda sebagai priority dalam hidup. Anda layak disayangi, anda layak mendapat apa yang terbaik dalam hidup anda.

3. Positive kan diri anda jauhi aura negative.

Benda ni aku dah practicekan. Maksudnya… pilih circle yang positive, kecilkan circle anda, kurangkan tengok media social, insta/ fb/ whatsapp story hidup orang lain. Bukan aku nak cakap elakkan ye, kurangkan sahaja…

Jangan terlalu taksub melihat cerita cerita indah di media social sampai anda abaikan kehidupan anda sendiri yang sememangnya dah terbaik Allah takdirkan untuk anda. Jauhi orang orang yang memberikan aura negative dalam hidup anda. Macam yang aku cakap sayang diri anda dulu sebelum nak sayang orang lain ye..

4. Dekatkan diri dengan Allah.

Ketenangan sebenar bila ko benar benar mengenal Allah. Ini yang aku amalkan setiap hari. Kira macam aim aku untuk satu hari.. Selain settlekan hal hal duniawi, ni aim aku untuk settlekan dalam masa sehari.

Setiap hari pastikan baca al-mulk, al-waqiah, solat dhuha, al-kahfi (10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir), doa 12 pintu, istifar dan selawat 500 kali. Doa 12 pintu tu korang boleh lah google ye… dia adalah doa untuk buka semua pintu kebaikan, kebahagiaan, cinta sejati, kesihatan… ada 12 pintu semunya. Yang istifar dan selawat tu, nampak macam banyak kan 500.. tapi bila ko dah start amalkan mudah aje.

Install lah mobile apps yang boleh track total istifar dan selawat ko tu. Bila pegi kerja or pergi mana-mana parking lah kat tempat jauh sikit. Then sepanjang perjalanan nak masuk office tu ko memang boleh habiskan 500 istifar dan selawat tu. Sebenarnya 10 minit pun ko dah boleh settlekn benda tu.

5. Sayangi diri anda.

Kena lah sayang diri sendiri kan? Maksud aku kat sin, exercise, jaga makan, cantikkan diri sendiri. Bila ko sayang diri ko, ko akan rasa ada aura kecantikan dan aura positive dalam diri ko.. Yelah ko rasa ko cantik, bersih, sihat.. Best kan perasaan tu? Biarlah orang tak puji ko cantik pun kan, asal ko rasa ko cantik ok lah tu… And duit gaji tu guna sikit untuk beli baju baru ke. Reward yourself, hehehe.

Tulah sharing aku pasal kehidupan aku sekarang yang aku rasa terlalu tenang. Ujian tu memang adalah.. tapi aku memang rasa ketenangan yang susah lah nak cakap macam mana. Saja jelah nak share.

Harap harap sedikit ilmu yang aku share ni dapatlah mendatangkan sedikit kebaikan untuk pembaca pembaca confession ni ye.. Semoga kehidupan anda semua dilimpahi kebahagiaan dan keberkatan hidup dunia akhirat ye. Aamiin.

– AIDAR (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit