Spread Love, Not Hate

Aku taktahu samada cerita aku disiarkan. Kalau admin izinkan. Aku bersyukur sebab aku nak semua orang tahu pasal isu buli dekat sekolah-sekolah makin kronik. Now worst buli sekarang hingga menyebabkan kematian. Aku harap dari cerita aku, orang akan aware tentang isu ini dan didikkan wajar harus diambil. Terima kasih jika admin siarkan.

………Bismillahirahmanirahim………..

Aku dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah. Aku selalu kene buli. Dari physically sampai verbally being bullied. Hari hari aku rasa insecure, low self esteem. Kadang-kadang aku rasa aku tak guna. Aku selalu terpikir apa masalah aku yang buat orang selalu buat aku. Kadang kadang aku rasa kenapa dyorg nak buat aku. Aku langsung tak kacau orang. Aku buat kerja aku. Sikit pon aku tak usik sesiapa. Confident tak ade. Aku pergi sekolah, jalan masuk sekolah tunduk kepala pandang bawah. Aku jadi pemalu dan kurang bercakap. Aku tak ramai kawan. Aku selalu kesorangan. Kalau ada pon kawan. Kawan aku tak pernah lebih dr 2 org (yang betul2 kawan dengan aku sbb aku. bukan sbb kesian nie pon mse kat U kat sekolah sorg). Aku kene pulau. Aku kene baling kasut. Aku kene ejek. Aku kene tumbuk. Kene hentak kepala. Kene paksa buatkan homework org. This is part of my story. Tak semua aku cerita. Yang aku ingat je. Sbb mostly aku dah lupakan.

Masa aku darjah 2, Aku sekolah petang. Pagi tuu aku ada KAFA. Mase aku nak sampai kat surau, sementara nak tunggu ustazah datang. Aku main kat depan surau. Tiba-tiba ada satu budak lelaki hentak kepala aku dari belakang. Aku tersungkur kedepan. Kain sekolah aku koyak. Ustazah tanya kenapa kain koyak, aku takut. Aku cakap aku jatuh. Ustazah marah aku, suruh aku balik. Dan setiap kali KAFA aku jadi takut dan setiap kali aku selalu kene pukul/hentak kepala dengan budak laki yang sama. Aku ada mengadu kat mak aku, ade budak buat aku. Tp mak tak hiraukan. Mak aku kata “alaa, biasalah budak2. Bergurau sana sini”. Aku diam. Dan kalau aku taknak pergi KAFA, mak aku marah aku.

Masa aku darjah 3, worst thing aku kene ejek. Hari hari aku kene ejek (sbb aku pakai school dress). Aku bgtahu mak aku. Sama. Mak aku kate “takpelah, tahun depan pakai baju kurung”. Aku diam. Satu hari, ade budak aniaya aku, dyorg letak ink pen dakwat merah kat kerusi aku. Aku duduk. Habis baju aku merah pekat. Cikgu kelas aku marah aku dan dia kata “Kamu datang bulan ke?”(sambil gelak) which at that time, aku taktahu ape tu datang bulan!!. Semua org ejek n gelakkan aku.

Masa aku darjah 4, mase nie kebanyakkannya aku kene pulau. Semua org taknak ckp dengan aku. Aku okay sebab aku dah biasa. Masa ni, ada sorg perempuan(aku ingat dia siapa, worst dia even friend aku kat fb nie). Rumah aku mmg dekat dengan sekolah rendah aku. Everytime aku pergi dan balik jalan kaki. Sangat sangat la dekat. But aku tak ingat mcm mana dia boleh datang rumah aku lepas habis sekolah. Tp yang aku ingat dia datang rumah aku sementara nak tggu mak dia amek di kat rumah aku. Then apa dia suruh aku buat? Dia suruh aku buat semua homework dia. Aku bukanlah pandai macam org org lain. Tp aku rasa aku nie bendul ke apa aku taktahu. Sbb dia suruh aku buat. Then dia kata kalau takbuat dia taknak kawan dengan aku. Masa tu aku desperate nak kawan kot. Aku ikutkan aje.

Masa aku darjah 5, ada satu hari tu, tapak kasut pembuli ada kat belakang baju aku (baju sekolah putih). Aku kene tendang dari belakang. Kene tumbuk kat kepala. Aku jatuh ke lantai. Ini kemuncak. Balik rumah. Mak aku terkejut. Mak aku marah aku. Aku ceritakan semua. Baru mak nak percaya aku. Aku menangis. Aku perempuan. Pembuli tuu lelaki yang size dia lebih besar dari aku. Mak aku marah pembuli aku tuu, tapi takde tindakan pon diambil. Just aku tukar seat jaoh dari laki tu. Things happened again and again. Thank god, mase darjah 6 pembuli tu tadi pindah sekolah. Aku taktahu kenapa. Darjah 6 aku tak ingat sangat. Sebab semua memory darjah 6 aku kosong. Mostly it was about my dad. Ayah meninggal dunia mase aku darjah 6, so all memory tuu kuat dekat ayah aku.

Physical aku mmg berisi. Semua org ejek aku gemuk. Aku pernah diet. Hampir 2tahun aku tak makan nasi. Aku jogging. Yes berat aku turun. Tp tak banyak. Aku kecewa. Aku mkn byk product kuruskan badan termasuklah XXX, product yang ade racun(dah disahkan mmg ade). Sbb ape. Aku try hard nak fit in dalam society skrg. At the end, still org ejek2 aku. ‘dah lah gemuk, tak sedar diri’. Aku tak tahu nak kata ape. Aku rasa dunia against aku skrg. Aku takot nak bg tahu mak/family aku. Aku takot dyorg risau. Aku menangis. Lps kejadian tu, 3 hari aku menangis. Takde sapa tahu. Aku sorang. Even parents aku. Aku tak tahu nak buat ape. Aku takot nak fight back. Sbb org yang ejek aku tuu pon ade kekurangan. Tp aku tak boleh ejek dia. Aku tak nak buat dia. Sebab aku bukan dia. Aku tahan sbb aku taknak dy rasa ape yang aku rasa selama nie. 23tahun aku tanggung sorg. Aku tak bgtahu sesiapa. Takde siapa yang tahu. Hati aku sakit. Hari2 aku menangis. Aku dah try. Bukan aku tak try.

Sekarang aku 23tahun, penuntut uni. Aku still kene buli tapi bukan physically. More to verbally. Kalau setakat gurau siket2, aku tak kesah. Panggil panggilan yang seriously aku tak suka. Aku diam. Aku yakin tuhan tuu ada. Dan semua yg aku experience nie buatkan aku ada masalah untuk percaya sesiapa even parents n family aku. Aku tak percaya kawan kawan aku walaupun dah kawan lama. Setiap kali aku jumpa kawan baru, aku bagitahu dyorg semua yang aku mmg takboleh percayakan sesiapa. Dan masa kat U. Aku lone ranger means aku buat semua sendiri. Kalau adee kawan nak ikut, ikutlah. Aku tak depend kat sesiapa. Aku takpernah paksa siapa untuk kawan dengan aku.

Semua org ada pengalaman dyorg sendiri. Tapi untuk aku pengalaman ada kat sekolah rendah/menengah adalah pengalaman yang aku taknak ingat dalam hidup aku. Means pengalaman BURUK yang aku patot buang. Tapi tu laa, setiap kali jumpa balik budak2 yang buli aku(yes! Aku ingat every each one of them. Name semua aku ingat!), aku rasa marah, rasa nak buat balik ape yang dyorg buat kat aku! Tapi aku tahu tuhan tu ada. Good things yang aku belajar dari pengalaman aku, aku menjadi sangat jujur, lps sekolah menengah semua, aku masuk matrikulasi. Dari situ, aku mula didik diri aku untuk stand out and show semua perasaan aku. And kadang2 aku being selfish. Yela, bila aku selfish means aku nak buat semua cara aku and takpeduli apa. Hati aku dah tak sakit. So win is on me. Aku still tak percayakan sesiapa. Aku work hard to achieve what aku nak achieve. But aku just nak nasihatkan pada pembuli pembuli nie. Life is like a cycle. What you give you get back. Kau kene fikir kau akan ada anak. Kau jangan terkejut kalau anak kau kene buli. Reflect balik apa yang kau buat kat org yg kau buli. Tuhan maha adil. Parents memainkan peranan penting, dah besar nie aku tahu anak2 akan tends to mengadu every little things. But dont ever ignore it! Watch them. Listen to them. Make them feel secure. Tengok persekitaran dyorg. Pergi sekolah. Tengok! Perhatikan! Dan untuk pembuli yang buli aku dulu, honestly aku maafkan. But deep on my heart, aku nak kau tahu setiap pukulan/ejekan/paksaan kau tu, aku merana seumur hidup. Sekian.
#SPREADLOVENOTHATE

– You know who

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit