Assalamualaikum, terima kasih admin kerana approve hantaran ini.
Semalam terkejut sangat sebab jumpa post yang seakan-akan melabel pesakit depression sebagai kufur. Bukan itu sahaja, beliau malah menggunakan ayat Quran untuk justify pandangan tersebut.
Siapa kita untuk menghukum orang lain? Kita bukanlah antara golongan yang dijamin syurga. Tidak adil untuk pukul rata semua pesakit depression tu kufur. Malah islam tidak mengajar kita untuk menhukum orang lain.
Stigma sebegini sangat bahaya. Boleh menyebabkan pesakit kemurungan tidak mahu berkongsi rasa, malah ada yang mungkin tidak mendapatkan rawatan kerana risau dihukum sebagai “kufur”, “jauh dari Tuhan”, “lemah iman” dan sebagainya.
Sedangkan depression tu merupakan satu penyakit dan boleh dirawat. Seperti penyakit-penyakit lain, depression juga disebabkan beberapa faktor seperti hormon, genetik, dan persekitaran. Barah bukan disebabkan kufur kan? Haa macam tu jugak la depression.
Mungkin lepas baca luahan ni, ada yang akan kata “betullah kalau dekat dengan Allah takkan depress”. Tapi sebelum tu saya nak kata yang pandangan itu sangat salah. Dan merupakan stigma yang sangat berat.
Haah, betul dengan mendekatkan diri dengan Allah, kita boleh tenang dan hilang tekanan, tetapi perlu ingat, depression ini penyakit. Dekatkan diri dengan Allah tu perlu, tetapi perlu juga mendapatkan rawatan pakar. Antara rawatan yang akan diberi adalah ubatan, terapi atau kedua-dua sekali bergantung pada keadaan pesakit.
Tapi macam mana orang yang sedang depress nak mendapatkan rawatan jika sekali diluahkan perasaan, terus dicop lemah iman dan sebagainya. Sedangkan kita dituntut untuk merujuk pakar dan berusaha dalam bertawakal.
Stigma sebegini la juga yang menjauhkan orang-orang dari orang alim. Bukankah ini merugikan Islam tu sendiri? Pesakit depression perlukan harapan dan bantuan, bukan kecaman.
Apa kesan stigma ini?
Seperti yang dinyataan diatas, dan kesannya bukan sekadar menyebabkan pesakit tidak mendapatkan bantuan, malah kalau keadaan makin teruk boleh menyebabkan pesakit bunuh diri (nauzubillah).
Jika pandangan-pandangan yang melabel pesakit depression ni tersebar, dan pesakit triggered, boleh membuatkan pesakit self-blame, adakah kita akan bertanggungjawab? Self-blame, rasa diri tidak berguna, rasa diri tiada harapan juga boleh mengakibatkan pesakit bunuh diri.
Penyakit depression ni semakin hari semakin merunsingkan. Selain rawatan doktor psikiatri atau psikologis, sokongan daripada individu sekeliling sangat lah penting. Antara gejala depression adalah merasa diri tidak berguna.
Jadi kita sebagai anggota masyarakat perlu memberi harapan yang mereka sangat diperlukan, dan diri mereka bernilai. Teruskan berdoa semoga kita tidak mendapat depression. Dan dalam masa yang sama mendoakan sahabat kita yang sedang bertarung dengan depression dan lain-lain penyakit mental.
– Zinnirah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit