Stop! Jangan Bela Pedofilia!

Assalamualaikum wbt.

Sekarang ni kan kecoh pasal ‘Abang Bas’. Tapi kan ada netizen cakap abang tu tak macam tula apela. Oklah, maybe abang tu bukan pedo tapi perbuatan dia menghampiri pedo tau tak. Boleh tak jangan nak backup sangat.

Meh sini nak story sikit kisah aku kena pedo masa kecil. Bukannya nak bukak aib sendiri tapi tolong jadikan pengajaran. Masa kecik aku bukannya tahu pedo ke apa. Masa akhir 90an mana ada gadget ke henset bagai. Sosial media pun takde lagi.

Kisah 1: Aku kena peluk dan kena raba masa kat kedai runcit di kuarters penjara. Oh lupa nak cerita. Ayah aku pegawai penjara. Kat kuarters penjara ada kedai runcit yang dikawal oleh pegawai penjara.

Kadang-kadang ada banduan yang lagi 2 atau 3 bulan nak keluar akan ditugaskan di situ. Banduan tu memang berkenan kat aku. Padahal aku sekolah rendah je. Dia dalam kes apa aku pun tak tahu. Tapi aku layan jela dia sembang-sembang.

Sekali satu hari dia peluk aku tiba-tiba di tempat yang agak gelap sikit. Aku terkejut tapi tak cakap apa-apa. Cuma aku tolak dia jela. Dia bagi aku surat macam surat cinta camtu. Dia tanya terima tak cinta dia?

Aku tak jawab dan aku tak nak pergi kedai sangat masa tu. Lepas tu aku dapat tahu dia dah keluar penjara. So aku tak tahu apa jadi kat dia. Benda ni aku tak cerita kat mak ayah aku. Sebab entahlah aku takut bercampur confuse apa yang jadi.

Kisah 2: Masih lagi di kedai runcit. Tapi orang lain. Ada orang baru yang jaga kedai tu. Aku tak sure dia pegawai atau tak sebab setahu aku pegawai sahaja. Maybe dia sebagai pembantu kedai.

Nak jadikan cerita setiap kali aku pergi kedai,dia akan panggil aku sayang. Dia akan bagi free coklat. Kadang-kadang aku tak bayar pun keropok ke coklat yang aku nak beli sebab dia belanja. Aku sukalah sebab abang tu baik.

Satu hari, di tempat yang agak gelap di dalam kedai tu,tengah aku cari barang dia peluk aku dari belakang. Dia bagitahu yang ‘abang sayang adik’. Aku terkejut tapi aku macam elak-elak tapi gelak-gelak jela macam tu. Sebab aku macam ingat dia memang sayang aku.

Tapi, dia sempat cium pipi dan leher aku. Time tu budak aku tak pakai tudung lagi. Aku geli dia buat macam tu. Tapi entahlah masa tu 1st time orang lelaki selain bapak aku yang peluk aku. Nak kata macam disayangi tapi macam salah. So aku diamkan diri.

Setiap kali aku datang kedai, dia akan tarik aku ke tempat gelap dan peluk aku. Masa tu cctv pun takde. Bila aku fikir balik sekarang, nasib baik tak jadi sampai kes r***l ke apa. Allahuakbar! Tak lama lepas tu abang tu takde dah. So aku pun lupakan hal tu.

Kisah 3: Balik kampung dan main dengan sepupu-sepupu semua. Kebanyakan lelaki. Tapi,tiba tiba masa main-main sepupu lelaki ni raba b***st dengan selamba je. Lepas tu pegang pegang peha aku. Aku tak berani cakap kat mak ayah pasal hal ni.

Kisah 4: Aku keluar dengan family pergi makan sekali terjumpa kawan-kawan ayah yang masih muda. Sekali ada kawannya bisik pada aku, “Nasib baiklah awak ni kecil lagi, kalau awak dah besar sikit, abang kahwin dah dengan awak sebab badan awak tu ranum sangat.”

Aku ingat kata-kata dia tapi masa tu aku tak faham pun. Aku ingat macam gurauan lah pada masa tu. So aku gelak gelak je. Tapi, gurauan tu memang bila difikirkan balik double meaning yang aku sendiri tak faham masa tu.

Sebenarnya banyak lagi kisah tapi cukuplah aku simpan. Cuma aku nak cakap tolonglah jangan biar anak-anak korang dipegang sesuka hati, dicium sesuka hati oleh orang-orang yang tak sepatutnya.

Korang tau tak efeknya apa kat aku sekarang? Efeknya aku pernah sampai ketagih nak tengok l**ah dan nak o**ni bagai. Tapi sekarang Alhamdulillah dah tak ketagih dah.

Entahlah bagi aku benda ni orang cakap eh takpelah sedara mara kot. Tapi,zaman sekarang ni lagilah cabaran buat mak bapak. Zaman yang takde gadget pun dah macam-macam jadi apelagi zaman sekarang.

Please jaga anak-anak korang. Please. Mohon prihatin. Terima kasih korang.

– Moleq (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *