Struggling to study

Terima kasih admin iium confession sudi approve cerita ni.

Ini bukan cerita hidup sedih ke ape yg banyak dugaan ujian. Lebih pada nak minta anda semua sudi bagi advise ke pengalaman sendiri ke,..sebab sy nampak iium confession ni medium yg cepat dapat feedback, ada yg rasional, ada yg boleh d terima pakai walaupun ada yg tak. Baik buruk komen anda, saya terima dan tapis seeloknyer. Terima kasih.

Ini hanya ceritera seorang pelajar.. mcm biasa la salah satu realiti yang biasa dalam kalangan pelajar uni bila d akhir semester. "Semester depan aku akan berubah" , " mesti belajar dari awal semester" , "buat assignment sungguh2, test quiz semua xboleh main2" dan bila exam final.. "sem depan aku xkan study last minit lagi" .. gila seksa bila xdapat nak cover semua topic dalam subject ko nak exam final. Lagi2 paper exam ko xde gap sangat, beza sehari dua je..Sebab terasa nak gila .. sbb ni la kot ramai yg tewas dan histeria..tp aku x pernah lg berhadapan mereka yg histeria disebabkan pressure dan stress dan aku pun xpernah. Tapi pernah sekali tu aku rasa lain macam..aku study smbil air mata nak jatuh..dah bergenang air mata, tiba2 je nak nangis, sedih, serabut, gelabah, sakit kepala, semua la rasa..takut pula aku histeria ke symptom dah dekat sama..mungkin terasa tekanan di situ. Mengucap panjang je sepanjang study..aku byk kan ingat Allah. Dan bila jwab exam paper, Tuhan je la tahu hati aku macam mana, sedihnyer masa study sama je masa jawab paper, rasa nak menangis bila jumpa soalan yg seriously xtahu nak jawab. Keluar dewan exam dengan penyesalan, effort aku xcukup ke, aku dah berusaha sungguh2 tp masih xdpt perform mcm yg aku harapkan. Aku tahu perlu bersyukur dan tawakkal. Namun , aku jenis xsuka bila aku xpuas hati dgn diri, rasa nak je hukum diri sendiri. Tp daripada aku hukum diri sendiri lebih baik aku teruskan cari Jalan mcm mana nak perform lebih baik pd masa akan dtg kelak.

Mostly, yg struggle sgt study ni pelajar yg biasa2 je, xpndai mana tp dpt survive. Dan akhirnya dpt segulung ijazah. Kalau pelajar yg dah sejak azali straight A, dekan list, x payah ckp la..dorg boleh ingat ape yg lecturer ajar dlm kelas, buat revision sikit je, result dah gempak. Bertuah mereka yg lahir dgn kelebihan otak mcm ni.. so mereka yg kurang pndai ni mcm mana pulak.. stress tau study nak hadam semua benda. Macam aku la kiranya, Orang suruh study smart, study smart mcm mana weh. Aku tahu study hard je, mentelaah buku smpai pagi smpai subuh, setiap hari pun Selama seminggu pun aku x boleh nak simpan dlm otak semua pe aku belajar tu. Sama la kes bila dlm kelas, dlm kelas mmg faham, tp lepas tu esok2 lupa, sbb kena stdy lain plak.. semua org same je kan rasanya, kecuali yg genius la yg azali lahir pndai.

Aku dah buat macam2 ikhtiar, mcm mana nak improve kan diri ni, nak jadi pndai jgk mcm org yg pndai, jadi inisiatif aku pegi la baca pengalaman2 org dekat blog, cari tips, cari macam mana nak study smart, cara senang nak hadam nak hafal nak ingat ilmu,. So, aku mmg cuba hmpir semua, ada yg aku Cuba buat tapi banyak yg x sesuai. Dah cari masa effective sendiri yg senang nak masuk ilmu, cara paling susah pelik macam jogging smbil nota ditangan, makanan kismis jus kurma pun aku buat, ada pulak yg mmg perlu komitmen, aku xberdaya nk beri komitmen, study group aku xsuka sbb selesa sorang2.. so akhirnya aku still aku yg dulu, study hard je aku tahu.. baca buku berkali2, smpai muak, buat latihan smpai kertas buku penuh, tapi sedikit je aku dapat, bsyukur la ada jgk hadam dari kosong, sebab kan hard sangat, aku rasa x mampu la nak berterusan macam ni, Kesihatan boleh terjejas, lain pulak jadi nanti, mcm kes salur darah pecah dan koma yg kita sedia tahu ada terjadi. Punah harapan Mak ayah, impian cita2 ku pun boleh jd kenangan.

Kadang tfikir, org yg lahir otak biasa2 je, xde ke cara nak jadi pandai. Selain cara aku yg hard ni smpai seksa badan sendiri tp hasilnye cukup2 makan sahaja. Sebab cukup2 nak survive tu buat aku takut, esok2 kalau aku xbuat ape2, sudah pasti aku akan jatuh teruk. Boleh kena buang uni, semoga Allah jauhkan, nauzubillah..Harap korang yg bijak2 pandai belaka, sudi la kongsi kan tips korang, tips study smart ke, study hard ke, study hard and smart ke, semua d terima.. sebab kalau boleh orang macam aku ni perlu cuba banyak cara smpai la ada yg berbuahkan hasil, ramai je kawan2 yg sama je struggle..kasihan kami, study mcm nak rak pun, result biasa2 je. Sudi2 la share pengalaman korg yer, terima kasih semua.

Kata2 Imam shafie, "kalau kamu tak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan"

– miss A

– Miss A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

4 Comments

    • jgn kecewa..kalau saya dlm bab stdy ni..kita perlu fikir n perlu buat perbandingan n persamaan..supay kita dapat satu kaedah yg mudah kita faham n igt..saya dulu pown bodo gak..tak pernah gempak result..tapi apa yg penting otak kita kena byk tgk n bbandingkan buat kaedah tersendiri..haha..mcm mana nk cita ni..

  1. haha..first skali..kena eratkan ukhuwaah dgn lect..haha..tawan hati dia..n dalam bab stdy..kalau boleh..dlm kls..dok depan n bg tumpuan..kalau boleh nak 70% tumpuan dalam kls..yg kedua..guna kan mata n telinga..just tengok subjek yg kita nak stdy..tgk subtopik..topik..n tahu apa yg kita belajar..maksudnya..tahu ak ni belajar apa sebenarnya..n guna telinga dengar apa yg kawan baca..n kita just diam..jgn cakap apa2..just..tgk kwn stdy n dengar apa yg dia cakap..okey..sekiranya ada subjek yg tak faham..tanya lect..klau lect terang..tapi tak faham jgk..tanya kawan..bg saya..masa spm..kawan lah yg banyak membantu..sekiranya mampu..buat kaedah sendiri tuk memahami n igat apa yg dibelajar..stdy jgn byk2..sikit2 ja..jgn strugle..nnti stress..apa2 pown..yg penting skali..bykkan tengak n dengar..kita just diam..n angguk ja walau tak faham..n..jgn lupa allah..minta dgn dia..sentiasa berdoa..اللهم يا فتاح يا عليم اللهم يا فتاح يا عليم افتاح علي فتوح العارفين يا فتاح يا عليم يا فتاح يا عليم..byk kan bca doa ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *