Student Lapar. – 8:01 PM

Student Lapar. – https://iiumc.com/forumv2/

Assalamualaikum dan hai to all readers.

Tadi, dalam kelas ada presentation bout projek yg kami bakal jalankan dkt dalam kampus. Oh ya, aku bukan student uia. Projek yg kami nak buat ialah "Feed The Stranger" which aku rasa byk je uni yg dah buat bnda ni kan? Kami akan provide kupon based on amount of donation yg kami dapat dari random student. And kami akan letak kupon tu dkt any cafe.

Done presentation, my lecturer approve kan projek tu. But, dia ada comment yg dia x setuju dengan kes student starving ni. For him, dia cakap student sekarang manja! Tambah untuk student asasi macam kami. Dapat allowence but still ada krs starving. For him, student sekarang boros. Patutnya, duit biasiswa/ptptn and so on tu lebih dari cukup untuk sara diri.

Okay macam ni, aku bolrh terima kalau dia tujukan komentar dia tu dekat golongan student macam aku. Yes, aku admit aku boros. Belanja ikut desires. Suka berjimba.

Tapi yg aku bengang sangat bila dia compare zaman belajar dia dgn kitorg. Kalau nk tahu, my lect ni baru je lagi grad. Baru dua thun lepas.

Aku nak je bangkak dia tadi tapi macam rude sgt pulak nanti. Aku ada sorg kawan. Kami kenal dari zaman sekolah. And ditakdirkan kami smbung pengjian dekat universiti yang sama. Dia anak sulung dan ada lagi 11 orang adik. Mak dia kurang upaya. Dan ayah pulak hanya nelayan. Mak dia lumpuh since kemalangan. And mmg family dia depends on gaji tak seberapa ayah.

Everytime dpt elaun, dia akan straight away bagi ayah dia untuk support belanja adik2 nak belajar. Sama jgak dengan baucer buku. Dia akan share. Belanja dia? Everyday dia akan puasa. And aku mmg selalu offer share makanan dgn dia. Pernah aku nak belanja dia makan, tapi dia tolak. Sebab dia taknak susahkan aku. And every weekend, dia keje dalam kampus ni. At least lepas jgak lah duit makan.

Itu pun kan, duit gaji keje sambilan dia bahagi tiga. Untuk simpanan for her future. Memamdangkan soon dia akan sambung degree, dan dia tahu ayah takkan mampu support fees degree nanti. Pernah sekali, masa bulan puasa aku ajak dia pergi baazar ramadhan. Aku offer nak belanja and aku paksa dia terima. Masa dekat baazar tu kami ada lalu depan dua orang buta yg mengemis di tepi jalan. Dia tak guna pun duit aku. Dia beli agak banyak jugak lah masa tu and tiga bungkus air. Aku macam pelik gak tapi malas nk tanya kenapa beli banyak sgt.

Again, kami lalu depan dua org buta tadi utk balik kampus. Tahu apa jadi? Makanan yg kwan aku beli tadi dia hulur dekat dua org pemgemis buta tadi. Makanan yg tinggal utk dia sikit je. Aku tnya, kenyang ke makan ni je? And dia jawab, at least sebelum ni aku pernah kenyang makan sedap atas ihsan kau. Aku tahu dia gurau seban after dia ckp centu dia gelak. But bg aku, aku salute gila dengan sikap dia. Even tengah sengkek, dia still memberi. Alasan sbb dia ckp, susah mcam mana pun dia, ada yg lagi susah. Rezeki boleh cari.

Okay mesti ada yg pertikai, kenapa x mohon zakat n so on. Dia mohon. Tapi banyak kali dah kena perli dan dilayan seolah pengemis jalanan. Walhal kalau ikutkan, kawan aku lebih dari layak terima bantuan. Yg aku tak faham, boleh pulak org yg mampu, mak ayah bekerja dapat terima bantuan.

So, tolong lah. Jgn kecam student skrg semuanya boros, semuanya mnja. Aku pun, seboleh nya taknak susahkan mak ayah. And jujur aku cakap, sem kali ni.sangat mencabar. Aku dah kurangkan berjoli and berjimba. And sekarang aku sendiri rasa pressure dengan masalah kewangan aku. Nak mintak duit from parents sebolenhya aku elakkan. Sebab aku ada adik-adik yg lagi perlu diberi perhatian. And kalau boleh, aku nak je keje tapi memandangkan jadual kelas aku pack and mak ayah tak bagi. Takut fokus aku terganggu.

Point cerita aku ni sebenarnya, tolong jangan compare zaman kami belajar dengan dulu. Youre just giving us more pressure. Dengan masa depan kami yg samar since kita semua tahu, peluang kerja after grad pun belum tentu banyak.

Itu je kot. Sori sebab aku banyak merepek. Tpi ini apa yg aku rasa.

– Hanya Gadis

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *