Assalamuaikum, terima kasih admin sudi approve cerita waa..
Waa agak terkilan bila terbaca kisah student poli dipandang hina oleh sekumpulan masyarakat…
Waa tertarik untuk mencerita pengalaman waa, waa juga merupakan bekas pelajar politeknik..sebab waa gagal tempatkan di mana-mana universiti disebabkan SPM waa hanya memperolehi 2A 5B dan selebihnya..(paham-paham jeala), hahhaa!
Harapan waa musnah bila tak dapat masuk universiti dan ia merupakan salah satu impian mak waa nak tengok waa masuk universiti lepas SPM, untuk pengetahuan semua, waa anak kedua dan mempunyai seorang kakak ketika itu sedang berlajar di USIM….dan lebih menyayat hati bila emak waa berhari-berhari tidak bertegur dengan waa sebab kecewa dengan waa kerana tidak dapat masuk universiti.. Waa sedeh sangat masa tu, waa hilang arah hilang semangat hilang tempat untuk bercerita…Sebelum ni semua waa ceritakan kepada emak..
Setelah beberapa hari, penawaran masuk politeknik dibuka dan waa bertekad untuk mengisi juga, mana tahu rezeki waa dipoliteknik, Alhamdulillah waa terpilih untuk memasuki politeknik ..emak waa kembali happy… Disana waa tekad belajar bersungguh-sungguh sebab taknak hampakan perasaan mak waa lagi.., peperiksaan akhir waa skor pointer 3.5 above..
Tapi lebih malang, walaupun waa dapat pointer 3.5 above , mak waa masih tak pandang, mak waa cakap "Alaaahh kau belajar kat poli, gred rendah tak macam universiti, boleh laa skor" …Ya Allah masa tu rasa nak berderai air mata waa…Waa ingat bila dah masuk poli, mak waa dah okay rupanya dia masih tak puas hati, dan dia selalu bandingkan waa dengan kakak waa yang belajar diuniversiti…
Walaupun waa sedeh, waa tekad juga habiskan diploma dekat poli selama 3 tahun, Alhamdulillah pointer terakhir waa 3.57 boleh laaa merasa masa grad pakai pingat anugerah dekan..hihihi…..Berbekal pointer waa yang sikit tu, waa dapat sambung degree di universiti pilihan waa, Alhamdulillah impian mak waa tertunai….Time degree, Alhamdulillah… Allah bagi rezeki murah pada waa, masih lagi dapat maintain pointer yang sama masa diploma dulu…Kesudahannya mak waa pon tiada ungkit-ungkit dan banding2kan lagi dan waa menjadi anak kesayanganya masa kini, sebab waa dah memenuhi kehendaknya..hihihi…
So, pesanan waa kepada adik-adik diluar sana…biarlah orang cakap "Alah ko belajar poli je pon" , yang penting kita usaha, kita berjaya, jangan pedulikan cakap-cakap ayam diluar sana, mereka tidak mengerti apa yang kita hadapi…Semoga kita berjaya dunia akhirat..penentuan tempat belajar hanya 'simbolik' untuk kita menuntut ilmu sahaja…
– -mrswa-
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Sabor bro.. Aku kenal sorang brother ni.. Ada sijil je.. Kerja wat grill @ pagar besi.. Tp time aku baru nak mulakan kerjaya, dia da stable.. Ada pekerja bagai.. Da ada rumah banglow, 4×4 dan sbk sbijik.. Anak2 aku nnt pn aku cadang nak suruh ambl sijil je.. Then kerja jd kuli stahun utk dpt pengalaman dan lubang raw materials, lps tu aku bg modal utk start business.. Bg aku lg bgs dari aku habiskn duit utk degree..