Student UIA, tapi…

Assalamualaikum. Terima kasih admin sebab publish artikel ni. First of all, Abang cuma nak tegur sikit berkenaan sikap student-student UIA yang Abang rasa kurang cantik. Sepanjang Abang belajar di UIA ni, Abang puji sikap pelajar-pelajar yang kebanyakannya amat menjaga pergaulan dan selalu solat berjemaah. Kalau di IPTA lain, memang susah nak nampak suasana macam ni.

1. Kalau dekat UIA Kuantan, korang mesti perasan banyak student jual snek , sosej, & keropok dekat depan lif Ground floor Mahallah kan. Abang pun try juga jual makanan2 ringan masa sem lepas. Masalah utama student2 yg menjual ni, mestilah pasal ambik, tapi tak bayar & kes curi duit. Bila kami jual waktu malam, confirm cleaner tak terlibat. Yang ada student2 UIA je. Tiap malam abang jual, mesti short sampai 20 ke 30 peratus. Banyak tu dik. Analogi nak bagi mudah faham, dalam 100 orang yang beli barang depan lif tu, 30 orang yg tak bayar kot. Kadang2 student ambil mudah bab hutang, tapi sebenarnya dekat akhirat nanti, hutang ni lah yang akan jadi masalah besar skali. Student UIA ramai dari sekolah agama, so Abang rasa korang lagi tahu pasal ni. Malam tadi lagi sedih, masa abang datang nak kutip duit & ambil bekas dkt depan lift tu, duit hilang lagi. Kali ni bukan setakat barang jualan habis, duit jualan pun licin, seringgit pun tak tinggal.

2. Baru-baru ni, dah ada orang yg tulis pasal isu aurat. Satu lagi masalah dekat UIA, bila student lelaki suka pakai seluar pendek, boxer dalam kawasan mahallah. Boleh je pakai seluar pendek, tapi pastikan la seluar tu tutup aurat sampai lutut. Benda simple. Kalau aurat sendiri pun tak boleh nak jaga, acaner nak kawin ni. Sembang je lebih.

3. Satu lagi, apa korang rasa kalau ada kawan yang suka ambik barang orang, lepas tu buat harta sendiri. Tengok basikal macam stranded lama sikit je, sebat. Asal ada sabun dekat bilik mandi je, pakai. Sesetengah orang akan rasa benda ni isu kecik je, tapi barang orang lain, akan tetap jadi barang orang. Tanpa izin tuan barang tu, kita tak ada hak untuk guna tanpa kebenaran.

4. Abang sedih sangat bila tahu kawan sendiri yang jadi pencuri dekat mahallah. Sem lepas duit abang dalam bilik kena curi. Sebelum ni pun dah beberapa kali jadi dekat budak2 bilik lain. Bila depan2, pijak semut pun tak mati. Siap post doa elak pencuri lagi dekat wall facebook dia. Abang harap sangat, ubah la sikap suka mencuri ni. Sekali kena tangkap, menyesal tak sudah. Student UIA la ni..

5. Student UIA suka sangat cerita pasal kahwin. Abang pun pening, padahal umur baru awal dua puluhan kot. Grad pun bertahun lagi kena tunggu. Kerja belum confirm dik oi. Kalau mak ayah gaji besar, nak tampung majlis kahwin anak, ok la. Cuma abang rasa bila adik2 ada di UIA ni, tanggungjawab belajar tu lagi penting untuk adik2 ambil serius. Belajar betul2, dah dapat kerja nanti, kahwin lah. Allah suka kalau kita buat sesuatu tu, kita buat betul2. Bila belajar, belajar betul2 niat kerana Allah. Berapa banyak budak2 dkt luar yang tak dapat peluang sambung belajar. Tolong la hargai peluang yang adik2 dapat.

6. Ada sesetengah orang cakap, ramai student UIA sombong. Sepanjang abang belajar di UIA ni, ramai student2 yang peramah & baik hati. Cuma yang tak bestnya, ramai jugak student yang agak sombong especially bila time tengah praktikal. Dah tahu diri tu student, bawak2 la hormat dekat staf2 hospital. Abang perasan sikap student2 IPTA lain jauh beza kalau nak compare dgn student UIA. Diorang tak suka buat kerja remeh2 & kecik2 ni. Antara ayat budak UIA time praktikal yang abang masih ingat, “Kami ni student Universiti International”. International la sangat. So what, do I care. Menyampah staf bila tengok sikap student2 baru nak up ni. Dah la kerja tak reti nak buat. Membelek SOP je dari pagi sampai petang. Abang cuma nak pesan, tak rugi kalau rendah diri dekat staf atau student IPTA lain time praktikal. Ringan-ringankan mulut untuk bertanya apa yang patut. Selalu offer staf untuk buat kerja masa tengah praktikal. Kalau nak baca SOP je, baik tak payah praktikal.

7. Last skali, abang harap sangat kepada student UIA yang merokok ni, berenti la cepat-cepat. Merokok ni haram kot. Kalau sehari dua kotak, dua puluh henggit lebur macam tu ja. Rugi sangat-sangat tau. Kepada sistur2 UIA, kalau ada brother2 yang merokok, harap reject awal-awal. Sebagai passive smoker , kemungkinan untuk anda dapat asthma sangat la tinggi. Belum cerita pasal statistic Lung Cx lagi tu. Kalau paru-paru sendiri pun tak reti nak jaga, paru-paru korang lagi la. Point last ni, mesti abang kena bash kaw2 punya lah dekat comment..

Abang pun banyak salah, tapi sama-sama la kita betulkan apa yang kurang cantik tu. Kalau korang nak terima atau tak nak terima teguran ni, terpulang dekat korang. Tapi apa yang boleh korang terima tu, ambik la jadikan teladan. Terima kasih sebab ambik masa baca confession ni. Salah silap abang mengarang , kot2 korang terasa, kosong2 la ek..

-Abang..