Assalamualaikum warga IIUM.. saya adalah salah seorang graduan IIUM yang dah grad hampir 3 tahun lebih kurang, dan seperti kebanyakkan lepasan universiti sekarang, ya..saya masih tiada kerja tetap.
Apa saya nak share ni adalah ‘misconception’ kita sebagai mahasiswa mengenai tujuan belajar ni. Sehingga artikel ni saya tulis, saya masih tiada kerja tetap, sekarang ni saya hanya berniaga + guru tuisyen part time. Senang cerita apa yang saya belajar gila2 di universiti untuk dapatkan title ‘Ijazah Sarjana Muda’ tu memang saya tak apply langsung dalam hidup seharian.
Dalam sebulan yang lepas, saya diminta untuk mengajar calon SPM yang memang sangat lemah dalam Matematik. Nak jadikan cerita, beliaun dah la lemah sangat, malas belajar satu hal. Dan bila saya tegur dia, pentingnya SPM untuk masa depan dia, suruh dia belajar betul2, jawapan dia sangat2 menembak, headshot la senang cite. “Alah, cikgu straight A’s SPM, ade degree pun sekarang takde kerja lagi, nak nasihat orang pulak. Lagipun habis SPM xnak sambung belajar kat U, nak masuk kemahiran, senang dapat kerja.”
Kasar ayat dia, tapi tak dinafikan ade kebenaran di situ. Sama juga dengan salah seorang junior saya time sekolah, sekarang belajar di universiti terkemuka kat KL tu. Sudah 2 tahun belajar, dia merungut nak berhenti belajar, ambil kemahiran komputer atau ambil lesen GDL, senang terus dapat kerja lepas habis belajar.
Realiti sekarang, masyarakat dah set graduan universiti tak lebih dari seorang insan yang tidak punya masa depan yang terjamin, lebih baik untuk sambung sebagai guru atau kemahiran yang lebih banyak peluang kerja. Cuma satu saya nak bertanya kepada anda2 mahasiswa/mahasiswi, “Apa tujuan asal anda nak lanjutkan pelajaran??”
Hanya pandangan peribadi, walaupun sekarang saya hanya berniaga kecil-kecilan, tak apply pun segala rumus, formula yang saya belajar di universiti, jauh di hati saya, saya bangga dengan segala ilmu yang saya ada. Saya yakin sedikit ilmu yang saya miliki ni, akan menjamin masa depan yang baik untuk saya. Mungkin bukan dari segi pekerjaan tetap yang memberi gaji ribuan ringgit, saya sendiri tak tahu. Tapi ketahuilah betapa tinggi martabat orang berilmu. Jangan lah belajar sebab nak dapat kerja best, gaji sedap, sebab nanti kalian tak dapat rasa kemanisan menuntut ilmu.
So, check balik niat masing2, belajarlah untuk ilmu yang tak akan berkurang, bukan belajar untuk mendapat kerja dan gaji yang akan sentiasa surut sebab dah guna nak enjoy shopping. Rezeki Allah bagi tak mestinya dari segi gaji, fahamilah bahawa ilmu yang anda dapat itu pun satu rezeki, betapa ramai umat manusia yang mahu menuntut ilmu tapi tak diberikan kemudahan seperti yang anda semua nikmati.
Last word, just enjoy your studies, ketepikan persepsi masyarakat, ilmu anda itu lebih mahal dari segala mata wang dunia yang ada, dan inshaAllah kalau ilmu itu tak membantu anda di dunia, doalah agar ia membantu anda di Akhirat, kerana menuntut ilmu juga salah satu bentuk ibadah yang dituntut dalam Islam.
Sekian panjang lebar nasihat, yang masih mengganggur, teruskan mencari sebanyak mungkin pengalaman untuk anda jadikan panduan dalam hidup di dunia yang serba kekurangan ni. InshaAllah.
– Graduan Muda
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit