Su4mi Aku II

Untuk part I, (https://iiumc.com/su4mi-aku-2/).

Hai semua. Thank you siapa yang baca cerita aku haritu, actually… masa aku menaip haritu aku dalam keadaan tengah pissed off dengan suami aku. Wahahaha.

Yalah marah marah pun, baik dia harus di war warkan. Asam garam kehidupan kan.

Haritu aku dah cerita pasal suami aku kan. Harini aku nak share cerita aku tentang aku (banyak) dan suami (sikit). Macam mana kami cuba adapt untuk terima dan hidup bersama.

By the way macam aku cakap, usia perkahwinan kami muda lagi, mana yang baik jadikanlah tauladan, dan buruk jadikan la sempadan.

So, aku datang dari keluarga senang. Mak ayah aku peniaga pencen, duduk di bandar, business keluarga kami adik beradik uruskan.

Well, aku pernah baca. Bila kahwin, kita tinggalkan kesenangan keluarga besar, ikut suami, dan bina kesenangan kami sendiri. Step by step.

Banyak yang aku telan sepanjang dengan suami aku.

Bermula dari majlis perkahwinan kami. Kami buat satu majlis. Di bahagian aku sahaja. M kata boleh tak, aku okay je. Mak ayah aku okay je.

Tak ada sambut menantu. At all. As perempuan, mesti la aku kecik hati. Tapi aku diam je. Masa belah aku, 40% tetamu adalah belah M.

Keluarga M datang lagi ramai dari keluarga aku. Tapi kawan M baik baik. Ramai datang, meriah. Aku tutup mata je sebab keluarga aku kata, mereka nak sambut M.

Happylah laki aku kawan kawan dari sekolah rendah, menengah, dip, degree semua datang. Dia kata, pertama kali orang merai kan dia besar besaran.

Jadi bermula lah hidup kami berdua. Aku selalu lebihkan M sebab aku tahu dia selalu rasa serba kekurangan.

Kalau ada 2 ketul ayam, yang besar aku kasi dia. Kalau ada 2 cone ice cream, yang dah cair sikit aku ambil. Begitulah.

Ada sekali aku nak ke Mydin beli bahan masak, aku cakap M nak duit dapur. Iyalah dia mana tahu, dia hulu ke aku RM50/70 gitulah.

Wei aku beli barang almost RM250, 5 tahun lepas lebih kurang, aku rasa RM250 tu almost half trolley. Bila sampai rumah M tanya, cukup tak duit.

Aku kata “ha cukup cukup”. Sambil sambil tu, laki aku mata dia melilau la tengok barang. Seronok dia peti ais penuh. Ada juice, ada cekedis, ada buah, ice cream. Tak apalah asalkan laki aku happy.

Tapi korang, aku cerita ni, janganla korang ingat M culas tanggungjawab. Tak. Aku bagi point of view aku as perempuan yang sensitif, selalu rasa serba tak kena dan tak cukup.

So next aku pregnant. Masa ni dah mula kronik. Aku cranky. Especially bab barang anak. Sikit sikit M hulur duit.

Tiap kali aku minta RM30, RM50, RM20 dia kasi ke aku. Kesian dia bila ingat balik. Terkulat kulat muka dia bila taktahu apa salah dia. Yelah aku ni pengaruh rakan sebaya.

Diaorang beli NEXT, aku nak beli juga. Diaorang H&M, Uniqlo pun aku nak. Kain selesa kan. Jadi aku selalu rasa takcukup. Aku jadi marah.

Ada satu malam, aku cakap ke M.

“Saya ni, bekorban banyak untuk awak. Dari sebelum kahwin. Saya tolong, tolong , tolong. Saya bagi, bagi, bagi. Penat tau. Hidup ni mahal tahu tak. Anak dalam perut ni kena makan yang sihat, tu semua duit”. Berubah muka M. Dia diam lagi masa ni.

“Haritu kata nak susah senang sama sama. Ni susah je tak senang senang.” Banyak lagi aku melalut. Last last M kata ke aku “Ayu. Pergi tidur”. Tu je dia kata. Aku lagi lah angin hahahaha.

Aku sikit pun tak nangis, tahlah setan apa lah rasuk ek time ni. Aku ada kereta aku sendiri. Aku start kereta, aku balik rumah mak aku (which 2h drive dari rumah aku). Aku tinggalkan suami aku. Aku sampai rumah mak aku. Aku tidur.

Korang, tengah malam aku sedar suami aku usap kepala aku. Aku ingat aku mimpi. Subuh aku bangun, tepi katil aku ada sampul duit raya ada RM200.

M balik rumah mak aku hantar duit, dan balik semula ke rumah kami sebab esoknya dia kerja. (Aku type ni sambil menangis haha sebab jahatnya aku dengan suami sendiri).

Jadi korang, inilah turning point aku dalam semua hal. Macam mana aku boleh sepositif last entry. Macam mana aku boleh balikkan semula rasa simpati aku ke suami aku, macam mana kami kenal sebelum kahwin.

Aku ingat lagi, aku balik rumah kami lepas sehari. Aku tak minta maaf. Aku sambung masak dan kemas rumah mcm biasa. Aku rasa aku minta maaf masa hari raya berikutnya.

Jadi, dari anak pertama hingga kini, mana yang murah ,aku beli baru. Di facebook aku banyak group preloved. Ada rezeki mak ayah aku sponsor barang baru. Adik beradik aku pun selalu jadi sponsorship terbesar.

Kalau aku selalu risau bab duit, aku selalu pujuk hati, kalau Allah kata esok hujan emas, mesti jadi. Hehehe. Kalau aku risau macam mana hari tua aku, aku yakin anak anak aku akak jadi sebaik ayah dia.

Rezeki aku datang dalam pelbagai bentuk walaupun sekarang aku ni tak adalah senang sangat. Mak ayah yang senang. Adik beradik yang supportive.

Anak anak yang baik. Aku kongsi kan semua ni dengan M sebab aku tahu ni bukan hak milik aku. Allah bagi ni semua untuk aku berkongsi. Pinjaman semata mata.

Apa pun, semoga hati kita semua diperlihara dari rasa takcukup, gundah gulana dan berbolak balik. Mana mana yang susah, semoga dipermudah kan ya.

– Ayu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *