Su4mi Orang

Assalammualaikum kepada semua pembaca IIUM Confessions. Kisah saya nak ceritakan ialah berkenaan ‘suami orang’.

Saya Izzah bukan nama sebenar berusia 30 tahun. Cerita saya ringkaskan saja & maaf kalau ada ayat berterabur, kerana saya dalam dilema.

Saya adalah mangsa yang bercinta dengan suami orang. Percayalah saya tidak minta semua ini, tapi ia berlaku sangat pantas.

Perkenalan bermula dari saya menggunakan servis dia. Bermulalah dengan pertukaran no tel, atas sebab saya customer dan pada masa ini saya tidak anggap dia apa-apa lagi.

Okey terus tegak saja saya cerita, kami mula jatuh cinta kerana dia gigih mesej saya dan call tanpa henti.

Nampak usaha dia nak dapatkan saya walaupun di awal nya saya cuba menolak.

Saya juga soalkan status dia, dia jawab bujang. Saya tak terfikir langsung dia sudah pon beristeri dan punya anak.

Kenapa saya percaya dia bujang? sebab dia rajin melayan saya dengan mesej, call & jumpa. Kadang sampai larut malam kami dating.

Tapi saya tetap ada rasa curiga bila dia banyak tahu perkara berkenaan perempuan & gerak gerinya membuatkan saya mula tidak sedap hati.

Mula dari situ setiap solat saya berdoa mohon petunjuk & di berikan jalan kerana saya mula berasa curiga.

Akhirnya dia sendiri yang mengaku pada saya dia sudah berkahwin tanpa saya bertanya & persoalkan kerana dia sendiri tidak tenang menipu diri sendiri.

Mungkin doa orang teraniaya termakbul?

Ya, saya kecewa sangat2. Saya menangis semahunya, dia berusaha memujuk saya. Dia pon tidak tahu kenapa boleh jatuh cinta & sayang pada saya.

Katanya dia tidak boleh halang perasaan itu. Dia kata dia cuba buang untuk tidak bercinta lagi dengan wanita lain sebab sebelum ini pernah kantoi dengan isterinya.

Ya dia pernah bercinta dengan wanita lain dan berjanji pada isterinya akan berubah. Ya dia berubah untuk beberapa tahun saja dan terbaru sayalah mangsa nya.

Kenapa saya percayakan dia? dia cerita semua berkenaan kisah hidup dia, tapi dia tidak pernah burukkan isterinya.

Sebab dia memang nak halalkan saya, bukan sebab isterinya ada masalah atau keburukkan.

Tidak di nafikan dia melayan saya dengan baik, ambil berat dan banyak lagi.

Kalau bergaduh dia banyak mengalah, memujuk saya cuba kawal keadaan tidak jadi lebih tegang, dia jaga perasaan saya sebaiknya sebab dia kata dia ikhlas menyayangi saya.

Mungkin pembaca akan kecam saya macam-macam & berkata, “dia belum dapat kau lagi” “kau tunggulah bila dia da dapat kau” “dia masih sayang isterinya, bila-bila masa dia boleh tinggalkan kau”.

Ya, saya cuba untuk memutuskan hubungan ini berkali-kali tapi dia merayu pada saya. Suruh saya bersabar, dia cuba menghalalkan saya cuma bagi dia tempoh masa untuk clearkan keadaan.

Saya banyak kali berdoa tiap solat dan tidak pernah miss berdoa berdoa dan berdoa. Solat malam kalau terjaga saya bangun dan berdoa lagi. Ya saya sudah jatuh cinta dengan suami orang.

Peritnya saya rasa bila kita mula memberi & membuka hati untuk di isi tapi keperitan yang saya dapat. Saya tidak terfikir akan jatuh cinta dengan suami orang demi Allah.

Tidak di nafikan layanan suami orang ni jauh lebih romantik dari lelaki bujang mungkin pengalaman?

Bagaimana pengakhiran kisah saya ini? Ia belum berakhir lagi. Kami masih berperang dengan pelbagai situasi.

Doakan semua yang terbaik buat saya, saya tahu pasti ramai yang kecam dan suruh berundur. Sila bagi saya nasihat & kata-kata yang positif. Mana yang kecam saya maafkan, kerana anda tidak duduk di tempat saya.

Mana yang bagi kata-kata positif, jutaan terima kasih saya ucapkan.

Percayalah saya sudah lakukan semua & doa banyak2 pada Allah tapi ia makin kuat rasa sayang antara kami, malah dia rajin ajak saya temani dia kemana-mana saja dia pergi. Saya sudah sayang dia sebelum saya tahu dia suami orang lagi.

Buat isteri-isteri di luar sana jika suami anda pernah ada sejarah kantoi curang dan ada berhubungan dengan wanita lain, jaga-jagalah. Dia tidak terhenti di situ. Mungkin dia berubah cuma sekejap saja.

Jika dia pernah berlaku curang, saya pasti dan yakin pasti dia akan mengulanginya semula.

Saya sudah ada pengalaman beberapa kali bercinta dengan suami orang tanpa sengaja, cuma kali ini agak berbeza dia memang nak jadikan saya isteri dia no 2.

Ya dia memang melayan isterinya seperti biasa, berjalan, shopping, makan2 dan macam2 lagi aktiviti keluarga.

Jika sekali pandang seperti keluarga bahagia seperti suami yang menjalankan tanggungjawabnya. Tapi sebaliknya, hanya Allah saja tahu.

Berlaku depan mata saya, bila isterinya call dia jawab seperti biasa seperti seorang suami yang melayan karenah isterinya.

Dia sayang isterinya tapi dalam masa yang sama dia tak mahu lepaskan saya.

Kenapa saya yakin dia tak mahu lepaskan saya? ada beberapa perkara yang dia buat betul-betul meyakinkan saya dan saya merasakan itu.

Biarlah saya simpan sendiri dalam hati apa yang saya rasa yakin sangat itu. Apa aktiviti dia dan isterinya saya tahu dia bagitahu semua pada saya, walaupun saya tak nak tahu.

Wahai isteri, jika suami anda lock hp tanpa anda ketahui kata kuncinya percayalah dia ada wanita lain.

Mesej awal perkenalan saya dengan dia, gambar2 saya dengan dia sangat banyak dan masih tersimpan di galerinya. Saya sendiri melihat di hp nya.

Jadi? isterinya tak boleh akses hp suami nya. Perkenalan kami masuk setahun bulan ni, dalam masa itu juga isterinya tidak tahu menahu hubungan kami.

Saya nak tanya anda wahai isteri-isteri yang suaminya pernah berlaku curang dan berjanji tidak mengulanginya lagi, tapi belakang anda dia menipu lagi & berlaku curang lagi. Apakah tindakan anda yang akan anda buat?

Maafkan saya jika saya ada menyinggung perasaan para pembaca, bukan niat saya mengganggu rumahtangga orang tapi saya di tipu awalnya sehingga saya mula sayang & jatuh cinta pada dia.

Saya wanita & paham perasaan itu betapa peritnya di curangi berkali2.

Insan teraniaya? Entahlah…

Dalam dilema,

– Izzah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *