Su4mi Terpaling Alim

Nama aku Nasya.. kisah aku tentang suami aku Maleeq (bukan nama sebenar). Aku dan Maleeq sudah hampir 5 tahun berkahwin & mempunyai seorang cahaya mata.

Aku ingin bercerita tentang suamiku Maleeq yang terpaling alim tapi selalu abaikan tanggungjawab dia.

Aku tak tahu nak mula dari mana, Maleeq ni sebelum kami berkahwin seorang yang rajin, baik & manis bak gula seluas lautan.

Sejak kami berkahwin Maleeq mula berubah hati. Jadi seorang yang pemalas, suka berjudi, amik barang & pantang ditegur.

Pernah jugakla dulu masa aku pantang Maleeq ada perempuan lain & aku pun hampir nak jadi gila sebab meroyan dengan perangai dia tapi nasib mak aku ada disisi aku ketika itu.

Aku tak nak buka isu tentang curang sebab aku pun dah lali dengan semua tu..

& aku mengharapkan kalau ada mana mana perempuan yang inginkan Maleeq silakan sondol sebab aku dah tak larat bersuamikan dia tapi aku masih bersabar demi anak aku.

Maleeq ni dia dari family yang berpendidikan, tak tinggal solat.

Seperti keluarga yang baik baik & aku pulak dari keluarga yang (broken family) aku dibesarkan di kampung, sejujurnya aku bab agama memang kelaut cuma tahu benda benda basic.

Jadi masa aku dah kahwin, aku terlalu mengharapkan Maleeq akan bimbing aku sebab dia tahu aku bab agama memang kelaut.

Aku pernah cuba nak berubah. Tapi lepas kahwin semuanya berubah bila Maleeq selalu perlekehkan aku bukan sekali tapi berkali kali.

Ya bermula la kisah kami bila Maleeq tak boleh terima teguran dari aku. Aku tahu aku jahil. Aku jenis yang on off pakai tudung. Satu hari kami bergaduh tentang haram & dosa.

Kisahnya aku bukak cerita pasal nafkah aku yang tertunggak & nafkah anak aku. Maleeq seorang yang sangat obsessed dengan game judi.

Aku pernah tegur dia, ‘kalau boleh jangan la main game judi tu kan haram takkan nak bagi anak bini hasil haram’. Tapi dia melenting kata, ‘i cuma main free point je’ hari hari alasan yang sama.

Sampai satu tahap yang aku sendiri tak mampu nak bersabar sebab dia selalu minta aku jadi sempurna tapi dia pun tak tunaikan tanggungjawab dia sebagai suami.

Aku pun tegur dia, ‘okay takpe lepasni jangan bising i tak pakai tudung langsung kalau you sendiri taknak stop game judi & stop amik benda haram’

Maleeq pun jawab, ‘jangan samakan dosa tak pakai tudung dengan dosa yang i buat sebab dosa tak pakai tudung lagi besar dari dosa yang i buat sekarang ni’.

Huhhh sedih sangat hati ni sedangkan dia tahu yang haram tetap haram tak kisahla sama ada tak pakai tudung & main judi.

Ya aku tahu aku ni seorang perempuan yang jahil dan tak layak nak bercakap tentang haram dosa, dia saja la yang layak & yang terpaling alim sekali tahu bab haram dosa semua.

Bila lagi banyak bergaduh aku memilih untuk diam seketika sebab hati ni rasa sakit sangat. Adakah aku ni tak layak bercakap soal halal haram?

Kalau nak dibandingkan apa dia buat dekat aku, dengan nafkah zahir tak bagi cuma tahu nafkah batin saja.

Aku tak mampu nak ucap panjang, sedih mengenang anak duduk jauh. Terpaksa kerja keras menyara anak walaupun jauh.

Nak harapkan Maleeq? Lagi aku cakap nanti lagi banyak dia ceramah perempuan jahil macam aku ni.

Terkadang aku cuba untuk tutup pintu hati aku untuk dia tapi bola kenangkan anak aku & aku tak nak dia rasa macam aku rasa (broken family) jadinya aku pun bertahan sehingga ke hari ini.

Korang doakan aku ye, andai jodoh kami tak panjang semoga Allah permudahkan urusan kami.

Tapi andai dia jodohku, semoga dia berubah ke arah kebaikan demi anak isterinya..

Kisah isteri tersakiti dari,

– Nasya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *