Su4mi Tidak Bertanggungjawab

Salam semua. Saya ingin ceritakan serba sedikit mengenai masalah saya. Minta pandangan anda semua.

Saya telah berkahwin hampir 5 tahun dan mempunyai seorang anak. Lagi satu otw.

Saya bekerja dalam sektor kerajaan manakala suami swasta. Sepanjang tempoh perkahwinan, saya rasa dalam tempoh 6 bulan pertama sahaja saya dibayar nafkah.

Bila saya argue suami tak bayar nafkah, dia kata saya bekerja. Kenapa kena bayar nafkah?

Saya malas nak argue banyak2 kali, oleh itu saya biarkan ja. Biarlah dia menjawab dengan Allah nanti.

Suami hanya bayar pinjaman rumah dan keretanya sahaja. Perkara2 lain seperti taska anak, bil air elektrik, barang2 keperluan rumah saya yang beli.

Dah la tak bayar nafkah, benda2 macam ni pun saya kena tanggung. Mengandung anak kedua ni pun, tak pernah spend sesen pun untuk checkup anak.

Saya memang checkup di KK biasa. Kadang2 akan ke klinik swasta untuk scan. Tu pun tak pernah hulur duit.

Baru-baru ni ke baby fair untuk beli barang. Saya guna duit saya dahulu kemudian saya hantar resit ke dia untuk bayar nanti.

Dia argue kenapa beli banyak2 sangat baju. Beli 2 pasang cukup la. Nanti nanti orang yang datang melawat akan bagi hadiah.

Ya Allah tuan puan. Pemikiran dia macam tu sekali. Punya kedekut taik idung masin. Belanja untuk anak sendiri je pun.

Kalau anak2 orang lain, punya lah pemurah nak belanja itu ini. Sejenis nak nampak baik di depan mata orang luar. Dia tak bagi duit pun takpe lah. Saya guna je lah duit sendiri untuk anak saya.

Bila fikir-fikir balik, baik saya hidup sendiri sahaja. Daripada menanggung buaya yang tidak menyumbang apa-apa.

Untuk pengetahuan tuan puan, saya tidak pernah merasa dia membelikan apa2 baju untuk saya.

Saya juga tidak akan meminta duit sesen pun walaupun saya tengah kering kontang.

Dah la kena tanggung rumah, diri sendiri, segala kelengkapan anak, orang tua di kampung, kadang2 kena menanggung dia jugak.

Bila dia kering, mula la mintak duit saya. Padahal gaji dia pakai untuk dia sahaja.

Stress saya hari2.. dah sarat2 mengandung ni, bukan nak tolong saya buat kerja kerja rumah. Duk menonong tengok handphone je.

Saya tak tahu berapa lama saya boleh bertahan. Anak kedua ni lahir, saya ingat nak ke pejabat agama.

Mohon pandangan tuan/puan semua.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *