Su4mi & Duit

Assalamualaikum semua. Thank you admin if you publish my post.

Ketahuilah aku menulis ni after dah berkali kali aku cuba tarbiah diri sendiri. Tapi biasalah iman ni ada turun naik.

Dipendekkan cerita, aku berkahwin dengan suami yang aku kenal masa di universiti. Alhamdulillah dah 9 tahun perkahwinan dan dikurniakan seorang anak.

Suami merupakan clsssmate dan berkahwin atas dasar suka sama suka. Dia budak kerusi belakang, aku budak kerusi depan.

Aku aktif dengan aktiviti kolej dan dapat duduk di kolej samapai aku habis belajar. Tapi dia, tak aktif, jadi second year dah duduk luar sampailah habis belajar. Pointer pun aku grad dengan pointer yang lebih tinggi.

Habis belajar, kami sama-sama dapat kerja di kawasan yang sama, namun berlainan company. Dia sebagai kontrak staff, dan aku permanent staff.

Suami aku seorang suami dan ayah yang baik. Aku tak nafilan semua itu. Dia tolong handle anak sebab tempat keje aku jauh sikit dari rumah. Hal-hal rumah pun dia ada tolong settlekan.

Tapi masalah aku, suami aku dah bekerja contract, 9 tahun. Contract dia kena renew yearly. Alhamdulillah di masa pandemic, worlc economic tak ok pun, contract dia masih disambung.

Tapi taulah bila contract, macam2 benefit tak ada. Medical cover dia sorang. Tapi medikal aku cover satu keluarga tapi sharing basis.

Maksudnya, RM5000 tapi cover out patient satu keluarga.

Jadi aku cakap pada dia, tak nak ke cari keje permanent?

Btw, dari segi gaji, gaji aku 2 kali ganda dari gaji dia. Rumah dan kereta, dia yang beli.

Aku tak ada langsung comittment kecuali bill utilities and taska/sekolah anak. Dan ini merupakan perjanjian awal yang aku sendiri ok nak membantu.

Pendekkan cerita, tahun lepas, dia dapat 2 interviews dengan companies yang ok. Yang berdekatan dengan lawasan rumah selrang. Cuma aku jadi terkilan dengan sikap dia.

Mula-mula nak hanter resume, resume dia tak updated. Aku yang tolong comment. Nasib baik orang dekat situ accept yang baru. So nama dia shortlisted.

Aku ingatkan dia ready la nak interview. Sekali dia prepare speech, memang ke laut. Aku yang scribe semula and tambah2 apa yang patut.

Interview pertama, dia kata interviewer banyak tanya soalan technical, dia tau jawapan, tapi English pulak problem. Aku tau English dia sangat teruk. Kesimpulannya, dia tak dapat keje tuh.

Jadi aku cakap, tak pelah, you practice la. Bahasa ni kita kena cakap, tak boleh baca sehari dua terus pandai.

Tapi tuh lah, aku tak nampak usaha dia nak cakap English. Sedangkan anak aku from time to time cakap English based on cartoon2 dia tengok. Boleh je husband aku nak cakap English dengan dia.

Kemudian, datang second interview. Ada 3 stages. 2 stages dia lepas. Tapi 3rd stage dengan Mat Salleh, so tak lepas jugak.

Tapi yang ni aku rasa ada kena mengena dengan soft skills dia. Sebab dia langsung poor in term of soft skills, nak manage orang semua.

Sekali lagi gagal, aku pun cakap tak pelah. Again practice your English, enhance urself. Tapi tulah, sampai sekarang aku tengok tak ada pape perkembangan.

Dah 10 tahun bekerja, orang expect dia akan ada technical and managerial knowledge, tapi dia macam tak ada managerial knowledge ni.

Aku dah puas nasihat, take up keje2 yang melibatkan managerial sebab technical knowledge dia dah ok sangat. Kena berani present ideas etc.

Aku jadi geram bila aku tak nampak usaha dia. Sebab apa yang dia tak nampak, semua ni effect financial keluarga jugak.

Aku jadi penat bila aku minta itu ini, dia cakap tak ada duit. Aku jarang meminta, nak pape aku beli pakai duit sendiri. Aku ajak dia pegi umrah, again dia kata tak ada duit.

Baru ni, ada kawan lama dia, resign and keje sendiri. Alhamdulillah ok. Dia buat business baiki lori, pertanian etc.

Aku cakap dekat husband, pegi la jumpe, amik ilmu. Btw, kawan ni kawan baik dia jugak. Memang contact from time to time. Tapi tulah, sampai ke hari ni tak ada action.

Entahlah apa aku boleh buat. Aku stress dengan dia yang tak ada leadership ni.

Again aku emphasize, he is a good husband and dad. Aku cuma penat bab2 kerjaya dia dan sikap tak nak upgrade diri dia.

Kalo korang boleh suggest any course untuk dia, atau how nak imprpve dia, it will be great.

Thank you.

– XYY (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *