Tersukakan Duda An4k Dua

Salam, saya Wardah. Lewat 30an dan bekerja di sektor swasta. Saya baru berpindah ke sektor baru dalam 1 tahun ni dan saya ada terjumpa seorang duda anak dua. Saya namakan S, S ada dua orang anak.

Mula mula dulu saya tak ambil port sangat pasal dia.

S seorang lelaki yang agak sopan, seorang yang penuh dengan sifat kebapaan, saya baru tahu S ni duda bila makcik cleaner bagitau saya waktu sembang-sembang.

Sebenarnya saya agak musykil jugak awal awal dulu kenapa setiap kali anak sakit mesti S yang ambil cuti. Isteri dia tak jaga anak ke?

Rupa-rupanya dia single father.. aduh, setahun saya ingat dia laki orang. Mereka bercerai hidup, bekas isteri dia tinggal dalam daerah yang sama.

Anak-anak S tinggal dengan S bukan dengan ex-nya. S dapat hak penjagaan dan ex isterinya boleh ambil anak2 pada cuti sekolah. Kenapa bapa dapat hak penjagaan? Ok nanti saya ceritakan..

Kami mula rapat bila rakan baik S seorang perempuan berpindah ke tempat kerja lain.

Sebelum ni kakak A selalu rapat dengan S, orang lain macam tak da peluang berkawan sangat dengan S. Kakak A ni isteri orang tapi suami Kakak A kenal S dan mereka selalu keluar sekeluarga bersama sama anak S.

Kakak A jugak selalu tolong S berkenaan anak2 sebab anak mereka satu sekolah.

Ada staff lain cakap kakak A ni macam kontrol S jugak la tak bagi kawan dengan perempuan single lain. Kelihatan macam dia jeles. Tapi ntah la. Saya pun perasan kakak A ni selalu macam tak bagi S rapat dengan kami staff lain.

Kak A dan S jugak pernah digosip tapi masih menjadi tanda tanya sama ada kak A terlebih control atau bagaimana.

Kami semua lega bila kak A ni pindah sebab mulut dia boleh tahan jugak dan dia agak berani dalam versi rude menegur staff lain bila ada benda yang dia tak puas hati.. mungkin sebab itu bila staff kami terlebih ketua kami terus letak nama kak A..

Pada pertengahan tahun lalu kak A ditukarkan.. digantikan dengan staff baru lelaki abang B.

Selepas kak A pindah, kelihatan S lebih banyak masa untuk berkawan dengan staff lain dan rapat dengan abang B. Saya pun semakin ada peluang bersembang atau bekerja sekali dengan S.

Sejak hujung tahun, S semakin terbuka. Dia ada ceritakan tentang ex dia. Dia sudah bercerai sejak beberapa tahun. Perkahwinan mereka bertahan 5 tahun. Hubungan retak kerana PJJ.

Ex isteri dia kembali berhubung dengan bekas teman lelakinya di belakang S. S cakap dia dapat tahu pasal itu apabila isteri lelaki itu memberitahunya. Isteri orang curang dengan laki orang. Dahsyat kan dunia?

Pada masa itu anak S masih berumur 5 tahun dan anak kedua berumur 1 tahun..

S kata dia pernah bagi peluang ke-2 kepada ex isterinya.. namun selepas beberapa bulan ex isteri contact kembali ex bf-nya maybe sebab tak tahan ditinggalkan, atau entah lah apa sebabnya, syaitan menghasut…

S sangat marah dengan kecurangan itu. Namun dia bertahan kerana anak2 masih kecil.

Namun isterinya meminta cerai atas sebab2 tertentu. Lalu S bercerai.. sejak itu saya dapat rasakan dia tawar hati dengan perempuan.

Baginya semua perempuan sukar dipercayai. Jadi dia mcm tak terlalu berfikir pasal kahwin semula. Mungkin jugak dia prejudice.

Tapi sejak dia berkawan dengan abang B staff baru, abang B seperti menasihatinya utk mencari calon baru.. mungkin perkongsian lelaki sama lelaki lebih bermanfaat daripada waktu S berkawan dengan kak A..

Waktu S cerita kepada saya pasal hal bekas isterinya, saya macam tak percaya dia boleh seterbuka itu. Mungkin waktu tu anak anak tiada bersama dia. Dia sunyi.

Saya suka bersembang dengan S sebab dia nampak matang dan jenis lelaki sopan yang tak bercakap benda2 mengarut atau double meaning.

Tapi pada masa yang sama saya takut dengan statusnya yang bercerai hidup dan memiliki dua orang anak.

Sebelum ni saya ada baca kisah2 yang tidak berapa enak tentang berkahwin dengan duda cerai hidup. Ex wife dia selalu akan contact dia kerana mereka ada anak2 bersama.

Ex wife dia pun belum berkahwin baru. Saya ada tanya pelik jugak kenapa ex wife dia tak kawin dengan ex bf dia tu. S cakap dia pun hairan.

Hubungan dia dengan ex wife masih tidak jernih walaupun sudah hampir beberapa tahun mereka bercerai. S seperti berdendam. Nampak sangat di riak mukanya. S masih marah dan sangat terluka…

tapi dia cakap terpaksa juga berhubungan kerana ada anak2. Saya takut ex wife dia masih ada hati pada S. Saya risau pelbagai kemungkinan.

Saya risau saya takkan dapat kasih sayang yang cukup kerana terpaksa berkongsi dengan anak2 S dan bekas isteri yang saya tak tahu status hatinya itu…

Apa perlu saya buat. Setiap hari hubungan kami lebih ramah dan rapat. Namun bila saya fikirkan cabaran yang saya akan hadapi di kemudian hari saya akan slow down.

Tapi hati ni bila suka, bukan dia dengar cakap sangat..cuma bezanya saya control bagi tak nampak sgt sebab saya malu..

Saya ada dengar staff lain cakap S ingin berkahwin semula kerana anak-anaknya semakin membesar dan perlukan seorang ibu untuk mendidik mereka tentang hal-hal orang perempuan. Pelikkan S tak percaya bekas isterinya dapat mendidik anak2nya itu..

Bekas isterinya orang yang berkerja bagus juga tapi dia masih tak percayanya. Atau mungkin prasangka buruknya masih menebal. Saya takut saya hanya gantian untuk S dan anak anaknya..perlukan isteri untuk memasak, dan melayan rumahtangga..

Saya risau…sebab saya dah lewat 30an dan saya tiada pilihan lain. Saya risau saya akan dipinggirkan. Entah la. Saya tak biasa berkahwin, adakah sama mcm orang yang pernah berkahwin?

Saya takut pengalaman buruk S dengan perkahwinan pertamanya terkesan kepada saya jugak nanti. Saya takut dia ada trust issue dengan saya walaupun saya bukan perempuan yang tidak baik.

Saya jaga diri saya sebaik mungkin walaupun saya masih menunggu jodoh yang sesuai.. Ntah la.. adakah S suka saya betul-betul atau bagaimana. Saya ada buat istikarah namun apabila saya bangun dari tidur saya rasa sedih…

Sekarang setiap hari kami berjumpa. Kadang kalau dia tak datang office saya akan rindukan dia.. saya dapat rasakan dia rasa perkara yang sama namun dia juga seperti berhati-hati kerna sedar dirinya duda dan ada bad experience dalam perkahwinan…

Selalu dia bersungguh-sungguh datang bercakap dengan saya dan cuba mulakan conversation tapi ada waktu dia nampak serius dan saya rasa takut juga..

Ada tak nasihat daripada pembaca yang pernah berkahwin duda ada anak, bercerai hidup, yang ceritanya positif sebab saya selalu baca yang negatif aje…saya takut..

Yang buntu tapi makin menyukai….

– Wardah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *