Su4mi Seorang Yang Mengalah

Assalamualaikum semua. Aku Nur berumur lewat 20-an. Aku tak tahu macam mana nak cerita sebab aku bukan lah penulis hebat nak karang-karang ayat lagi lah teruk.

Aku nak cerita atau luahkan kisah aku sebagai seorang isteri yang mana suami aku seorang yang mengalah dalam rumah tangga.

Cerita bermula begini, aku baru jew mulakan alam perkahwinan.. Selama 4 bulan nie dah macam setahun kawin, sebab macam-macam aku dah lalui aku dengan suami aku dari segi ekonomi yang teruk dan perangai masing-masing.

Orang kalau 4 bulan kawin macam-macam benda indah berlaku tapi tidak kepada aku. Kami kerap bergaduh sebab panas baran aku.

Suami aku nie seorang anak mak, ape yang mak dia cakap dia ikutkan aje sampai aku makan hati pun dia tak pernah pujuk.

Bila kami bergaduh setiap kali balik umah mak dia. Aku marah sebab dia tak nak selesaikan masalah. Kadang balik sampai 2-3 hari baru balik itu pun aku yang pujuk rayu dan minta maaf untuk dia balik baru balik.

Suami aku nie anak mak bila kata anak mak dia tak pernah tolong aku buat kerja rumah. Aku pun berkerja, kerja shift lagi. Dia pun kerja shift cuma kerja shift aku tak lama hanya 8 jam dan dia 12 jam.

Aku faham situasi dia sebab dia sebagai clerk lori dan gaji tak besar mana. Lain aku tapi gaji tak ade beza banyak pun hanya 300-400 jew.

Aku selalu dapat gaji dulu jadi pasal rumah aku yang uruskan dari sewa sampai bil2 air dan barang dapur aku beli.

Dia ade hulur duit tapi tak banyak 500 jew.

Yup orang dengar 500 cukup tapi bagi aku tak cukup sebab sewa rumah sahaja dah 500 tak masuk api, air, barang dapur, indah water dan makan luar pun aku keluarkan duit sebab dia selalu kata tak ada duit.

Aku boleh faham dekat situ tapi salah kew dia layan aku, bukan selalu keluar gi lepak dengan kawan-kawan dan selalu dengar mak dia cakap, habis aku nie siapa bagi dia? Aku isteri kut patutnya dia lagi layan aku dari mak dia.

Setiap kali nak guna kereta dia kata mak dia nak guna. Ouh iyea aku kawin dengan dia. Aku tak ade kereta dan tak ada ape2 pun sebab duit aku habis banyak untuk keperluan kami jadi duit nak beli kereta tue tak ada.

Tapi dia ada kereta sebelum kami kawin, jadi aku sebagai isteri ingat suami ada kereta aku boleh pinjam lah kereta dia untuk mudahkan aku kesana kesini.

Tapi selama 4 bulan kawin aku jarang bawak kereta dia sebab mak dia selalu guna untuk pergi kerja. So aku naik motor untuk pergi kerja.

Pernah sekali hujan lebat sangat-sangat dia suruh aku naik motor dan mak dia naik kereta. Masa tu aku pelik kenapa dia buat macam tu, jadi aku pun iyea kan ajew sebab malas nak gaduh-gaduh.

Aku ingat lagi masa aku nak balik kampung abang aku, mak dia boleh guna kereta pergi kerja sedang kan ada kakak dia duduk dengan mak dia ada.. tapi mak dia tak pernah susah kan kakak dia, katanya kakak dia busy.

Busy apa buat kerja pun kat umah siap boleh amek anak sekolah tak kan waktu tue kakak dia tak boleh tolong mak dia hantarkan pergi kerja.

Aku marah sangat-sangat sebab aku dah janji dengan mak aku nak balik awal tup tup dia kata mak dia guna kereta pergi kerja tunggu mak dia balik.

Aku macam mengamuk terus sebab aku dah janji mak aku balik awal tapi dia pentingkan mak dia dari aku sedangkan aku dah cakap sebulan awal kata nak balik awal.

Memang aku mengamuk betul aku menjerit, dan maki hamun dia.

Macam biasa dia lari lah balik umah mak dia dan tak balik-balik. Aku menangis waktu itu aku telefon mak aku kata nak balik naik bus sebab dia tak nak hantar aku. Lepas tue mak aku telefon dia suruh dia hantar aku balik.

Selepas kejadian tue biase lah dia tak buat bersalah. Dia tak bercakap aku tanya dia sepatah dua kata jew dia bercakap. Jadi aku tak nak mengerutkan keadaan aku minta maaflah baru dia okay.

Sekarang nie suami aku failkan penceraian sebab dia tak tahan duduk dengan aku. Dia kata kau bersalah dalam semua perkara. Macam dia tak bersalah dan mak mertua aku pun kata dekat dia bercerai lah tue lagi baik.

Kalau boleh aku tak nak bercerai aku nak selesaikan masalah bukan nyer bila ada masalah lari balik rumah mak dia.

Sebulan dah dia tak balik rumah. Aku nak dia balik rumah dan selesaikan masalah bukan lari dari masalah bagi aku biasalah rumah tangga ada pasang surutnya.

Entah suami aku kata dia dah tawar hati dengan aku.. Sepatutnya aku yang tawar hati sebab perangai dia dengan mak dia. Tapi aku redha apa yang berlaku.. Tak apalah yang berlaku ini semua ada hikmahnya.

Aku nak minta sahabat disini doakan aku kuat lepas nie.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *