Keluarga B40

Assalamualaikum, hai. Boleh panggil saya Maya. Harini saya saja nak share pasal kehidupan. Banyak masa terluang harini memandangkan saya off.

Saya 30 tahun, kerja dalam bidang professional dekat salah sebuah hospital kerajaan. Dulu masa kecik2, saya selalu terfikir, kenapa Allah uji saya, kenapa kehidupan saya tak macam orang lain. Kenapa itu, kenapa ini.

Saya hidup boleh kata susah, belum fakir miskin lagi tapi memang miskin. Mak single mom, tukang jahit. Kais pagi makan pagi. Hidup pindah randah duduk rumah sewa.

Pernah sewa bilik sahaja share 5 beranak. Pernah menumpang rumah sedara. Dulu kecik2 ada la sepupu saya ni, dia cakap kitorang ni hidup nomad. Haha. Betul lah tu.

Masa sekolah rendah saya taktau apa apa lagi. Tapi saya seolah faham yang mak saya bukan orang senang. Jadi kami adik beradik ni tak pernah meminta minta.

Makan apa yang ada, pakai apa yang ada. Cuma kadang2 jeleous tengok orang lain pergi sekolah ayah hantar naik kereta/motor, saya jalan kaki je. Haha.

Sungguhpun begitu, saya tetap score dalam pelajaran. Saya takde buku rujukan yang beli dekat luar, saya tak masuk kelas tuisyen. Tapi saya sentiasa top 3.

Masuk darjah 6 saya kena pindah sekolah dekat kampung sebab parents bercerai, saya sedih/marah, tapi saya tetap score 5A upsr.

Masa tu saya fikir nak sekolah menengah dekat hujung kampung je, takut mak takde duit, asrama pun ada, tak perlu jalan jauh hari hari. Basikal pun takde masa tu.

Tapi syukur alhamdulillah, saya dapat tawaran masuk sbp. Sedara mara kutuk mak sebab mengada hantar anak sekolah jauh, dah tahu miskin takde duit, nanti menyusahkan orang. Tapi mak saya walaupun tak belajar tinggi, mak tahu hanya ilmu yang akan ubah nasib kami.

Jadi mak usaha jugak cari duit, kumpul duit, beli keperluan, mujur mak tukang jahit. Baju sekolah jahit sendiri. Hehe.

Masa daftar tu ingat lagi kami naik teksi, beg berat sebab jenis yang tak beroda, mak angkat sorang2. Bawak dalam RM200. Tak tahu cukup ke tidak sebab sbp kan, kena bayar cadar, baju sukan, buku, bla bla bla.

Tapi to our surprise, cikgu cakap saya ditaja oleh kerajaan negeri. Jadi mak cuma perlu bayar takaful sahaja, and bulan2 saya akan dapat duit belanja. Alhamdulillah, Allah Maha Penyayang.

Long story short, saya masih score straight A’s untuk PMR and SPM. Tapi saya sambung diploma UITM je sebab dekat dengan rumah, tak perlu fikir duit nak pergi belajar jauh2.

Masa tu family banyak masalah. Dengan hutang ayah keliling pinggang sampai kami kena pulau sedara mara walaupun mak ayah dah berpisah, tapi kami anak beranak yang kena tanggung akibat. Satu satunya kenderaan kami untuk kegunaan kami, ayah jual.

Rumah sewa yang kami duduk, sewa tertunggak berbulan2 sampaikan kami terpaksa keluar sehelai sepinggang sebab tak mampu nak sewa kereta or lori untuk bawa barang.

Masa tu bersyukur sangat tak belajar jauh, kami pindah menyewa dekat kawasan apartment student.

Sewa rumah dalam RM350 takde furniture langsung. Tidur la atas lantai beralaskan kain. Haha. Masak pun guna periuk letrik atas lantai. Saya pulak kalau nak balik rumah boleh naik bas je sebab duduk kawasan student, bas uitm lalu hari2.

Saya dapat ptptn, tapi duit tu saya share utk belanja rumah, utk adik2 saya jugak. Teringat pernah satu masa tu, duit kosong.

Kakak masa tu tengah sambung belajar jugak and kitorang sama2 tengah takde duit, jadi kakak akan masak dekat rumah ikan masin and sayur kobis, lepas tu akan hantar ke kolej.

Jadinya saya akan makan nasi petang sahaja, sekali sehari. Haha aduhai, susah betul rasanya masa tu. Lapar2 cuma makan kurma, tak pun puasa. Tapi mesti ada orang lagi susah kan.

Pun begitu, saya tetap score diploma cgpa 3.97. Alhamdulillah dapat sambung degree.

Saya kahwin masa belajar. Sebelum korang cop gatal, haha, Saya kahwin sebab saya kesian dekat mak, mak dah tak larat nak kerja.

Kakak dah kerja and bagi duit bulan2 tapi kakak pun kena tanggung adik2 lain and mak juga. Jadi teman lelaki saya ajak kahwin, memandangkan dia dah kerja lama, dan dia pun tahu saya orang susah.

Mungkin dia kesian kot setiap kali cuti sem saya akan duduk sorang2, nak balik pun tak mampu beli tiket. Haha.

Jadi kami kawin masa saya 3rd year, and dikurniakan anak masa final year. Saya masuk dewan final year exam masa anak saya baru 4 bulan.

Haha. Anak saya pun simple macam mak dia, baju baju semua pakai yang sedara bagi.

Kesian jugak tapi masa tu memnag struggle nak bina kehidupan. Suami yang tanggung saya sampai habis belajar. Jadi kena berjimat sementara nak habis study.

Sebelum masuk kerja, saya sempat menganggur setahun, saya jaga anak saya sendiri sampai anak saya start berjalan. Lepas setahun baru dapat posting. Syukur, timeline yang Allah aturkan tu adalah yang terbaik.

Sekarang anak saya dah besar, dah 3 tahun. Saya suka manjakan dia suka belikan toys, tapi suami saya selalu marah sebab manjakan sangat anak. Hehe. Nak buat macam mana, dulu masa baby mak dia tak mampu.

Saya kalau boleh tak nak anak saya hidup susah macam saya. Saya tak nak anak saya hidup dalam keluarga yang bercerai berai.

Saya ambil insurans untuk anak, saya buka saving acc untuk dia. Saya pesan dekat suami hari2 sebelum buat apa2, fikir anak dekat rumah. Jangan sampai anak membesar macam mak dia.

Panjang2 taip ni mesti orang tak baca habis. Haha.

Kesimpulannya:

1. Allah tak pernah uji kita diluar kemampuan kita.

2. Rezeki Allah tu luas, jangan sesekali putus harapan.

3. Pasangan suami isteri sebelum nak buat apa2, nak curang ke, nak pinjam ah long ke, sila ingat anak2. Anak2 tak pilih tau siapa parents diorang.

4. Percaya lah, hanya ilmu yang dapat bawak kita keluar dari kepompong kemiskinan.

Okay guys tu je. Harap ada la iktibar ke apa apa ke korang boleh cedok dari cerita ni.

Ramadan kareem everyone :)

– Maya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *