Nak tanya pendapat netizen dengan para admin, aku dilema actually. Aku dah bincang dengan wali2 aku, wali2 pro divorce, dorang memang dah ambik aku dengan kids balik rumah parents aku.
Tapi pihak mentua aku merayu memujuk. Kes dia macam ni, suami aku ni bertanggungjawab selama ni, dia freaked out. Kami ada 4 anak.
Anak 1st & 2nd memang kami rancang. Tapi anak 3rd & 4th, rezeki tuhan beri. Anak 3rd aku pakai contraventive method depo provera, bulan 3 aku cucuk, kemudian aku pregnant anak 3rd.
Ini suami aku freaked out jugak, tapi masih ok. Anak 4 aku pakai iucd.
Genap setahun, aku pregnant with iucd dekat anak 4th. Ini dia freaked out dan ulang2 salahkan aku. Sampai dia tanya Dr’s nak buat abortion, tapi Dr’s tak izinkan. Tapi lama2 dia ok & terima anak ni.
Kiranya aku ada anak bawah umur 6, 3 orang. Paling kecik baru 10 bulan. Anak 4th aku bersalin secara caesarean sebab tali pusat terbelit & anak songsang.
Masa pregnant anak 4th, kami memang cakap nak rancang betul2, aku nak pakai perancang yang effective 99%, lepas bincang dengan family medicine specialist dekat hospital pakar O&G,
Dia cakap aku kalau pakai implant, maybe tak berjaya jugak since depo pun aku failed, kalau pakai iucd, maybe 50% akan failed lagi.
So dia minta pakai kondom. So aku dengan suami aku setuju. Lepas beranak anak 4th, bulan ke 3 suami dengan aku buat s*ks, dalam 8 kali, pakai protection, kondom.
Tapi ada 2x dia buka kondom, dengan alasan ‘too tight’ dia tak selesa. Dia sendiri buka, bukan aku suruh ke apa. Tapi dia buang luar.
Bulan ke 6, aku buat keputusan nak pakai iucd semula dan nak buat double protection, iud pakai, kondom pakai. Tapi masa Drs nak pasang, kena buat pregnant test dulu, positive hcg test aku, aku pregnant with triplets.
Aku jadi high risk mom lah since baru 6 bulan lepas buat caesarean surgery, pregnant triplets, ada history gdm. Aku dah pregnant 12 weeks.
Then bila aku bagitau suami aku, dia freaked out. Dia kerja offshore ya, dia takde dengan aku masa ni. Dia terus blocked aku kat semua platform, masa ni dia dengan aku tak dapat bincang apa apa.
Aku contact family mentua aku bagitau aku pregnant semula, dorang happy aje & sangat marah sebab suami aku freaked out macam tu.
Dorang contact dia, ajak berbincang, family aku pun ajak dia berbincang, dia cakap dekat abang2 aku, ini bukan anak dia.
Triplets bukan anak dia, dia pakai kondom & buang luar dia kata. Abang2 aku rasa dia tak hormat aku sebab buat tuduhan zina dekat isteri sendiri. Dorang dah marah sangat dah.
Masa aku 26 weeks, dia unblocked aku, dia whatsapp dia suruh aku keluar dari rumah kelamin kami, suruh aku ambik anak anak keluar, dia pesan jangan ambik 1 pun harta benda dia.
Aku kasitau mentua & family aku, mentua aku halang aku dari keluar, tapi abang2 aku rasa tercabar & bawak aku balik ke rumah parents.
Para wali aku minta aku failkan perceraian, mentua aku hari2 datang rumah, cakap jangan bercerai. Anak anak aku memang mentua aku yang tanggung, dorang bayar semua. Aku pun ada duit sendiri, ada home business.
Mentua dan parents aku duduk dekat2, dalam 9 mins, memang hari2 dorang datang rumah parents aku, aku pun selalu tido sana every weekends, check up perut pun bapak mentua aku yang bawak, dia tanggung semua kos.
Masalah duit memang takjadi masalah kalau ada 10 anak pun sebab aku ada business sendiri, suami aku pun gaji besar, memang takde isu financial.
Aku ada call company suami aku, dia ada je turun ke Penang 2 minggu, tapi langsung tak balik ke rumah jenguk anak anak.
Aku sebenarnya tak sure dia ni freaked out atau dia takmahu kami dah sebenarnya. Aku berani cakap dia memang bertanggungjawab selama ni, memang suami yang baik.
Anak triplets ni bukan salah aku pun. Dia yang buka kondom, mungkin dia ada pre ejaculation ke apa, mana aku tahu.
Dia supposedly tahu lah badan dia sendiri. Dia kata aku buat naya kat dia. Tapi aku rasa dia buat naya dekat aku.
Aku terima je triplets ni since benda dah jadi, bukan salah anak anak ni pun. Aku surirumah, aku yakin je aku boleh handling all my children. Pasal duit, aku pun ada duit sendiri from my home business, gaji suami aku pun banyak
Aku dah 30 weeks, sebab aku high risks mom, uterus lining aku pun nipis, surgery scar lepas tak berapa cantik, gdm on insulin, Dr’s kata dorang nak buat elective caesaran masa aku 36 weeks.
Triplets mungkin berat around 2kg below, high risks surgery. So lagi 6 weeks, aku kena caesarean utk bawak keluar triplets.
Aku jadi sedih sangat Ib. Wali2 sepakat lepas lahir anak nak failkan perceraian taklik or tebus talak.
Aku tak mahu bercerai, sebab aku sayang suami aku, tapi dia macam takpatut sangat buat kat aku macam ni. Aku dilemma. Sebab efforts sebelah mentua aku supaya aku tak bercerai.
Mak dia hari2 pujuk aku, hari2 menangis, dia pun terkejut anak dia buat macam ni, tapi keluarga aku dah sepakat, aku cakap tak mau cerai,
Memang bapak aku call bapak2 saudara (alim ulamak) aku suruh nasihat aku, dorang terkesan sebab suami aku tuduh aku macam tu.
Suami aku ada whatsapp kakak dia, dia cakap dia taktahu apa perasaan dia, dia sayangkan aku & anak anak.
Cuma dia tak yakin ni anak dia, kakak dia tu Dr kat klinik kesihatan, kakak dia nasihat dia pasal pre ejaculation, dan memang masa aku buat s*ks dengan dia, bulan ke 3 lepas beranak aku tak period lagi, tapi aku baru habis nifas.
Tu memang ada low chances of getting pregnant, bukan 0 chances. Aku ni tak sempat nak explain dekat suami aku yang aku tak berzina dengan mana mana lelaki.
Aku tak curang. Tapi dia dah blocked aku, takmau dengar sebarang explanation, dia blocked unblocked, tak sempat aku mesej, dia dah blocked.
Suami aku memang jenis lelaki yang low self esteem & tak percaya sikit dekat perempuan, sebab dia pernah kena tipu dengan banyak perempuan, masalahnya dia guna his insecurity, trust issues dia bila dia freaked out aku pregnant lagi.
Aku ni tak tahu nak cakap cemana lagi, lagi 6 minggu aku nak beranak, tak tahu hidup ke mati, tak aku mati, anak anak aku mati. Tapi suami aku langsung tak ambik peduli.
Thanks semua..
– Puan Laila (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit