Suami Aku Curang

Assalamualaikum. Saya seorang isteri yang bekerjaya dan mempunyai 2 orang anak perempuan.

Kisah duka saya bermula apabila suami saya ‘KANTOI’ BER whatsapp dengan perempuan filipina. Hancur hati saya tatkala saya membaca semua perbualan beliau. 

Mesranya mereka siap ber MISS U, Ber love u. Penuh emoji love smiley.

Saya mengamuk dan memukul suami selepas saya membaca semua conversation jahanam mereka.

Suami tidak membalas kerana dia tahu dia curang. Dia memang layak untuk saya amukkan. 

Suami saya tidak reply langsung whatsapp saya. Semua pertanyaan saya dipandang sepi. Tiada emoji smiley apatah lagi emoji love.

Suami saya siap update aktiviti dia dekat perempuan tersebut. Ada je masa melayan betina tersebut,

Saya isteri yang halal langsung tidak diendahkan. Kau makan ke tak, kau selamat ke tak. Langsung tidak dipeduli.  Nafkah apatah lagi. Saya perlu mengemis untuk dapatkan hak saya.

Malang sungguh nasib saya umpama habis madu sepah dibuang. Terasa diri ini sangat kerdil, suasana sekeliling saya gelap dan saya hancur dalam kecurangan suami saya sendiri. 

Betullah kata orang, suami diduga apabila banyak wang. Isteri yang setia dikala suami susah tidak pandang apabila dia sedang memiliki segalanya.

Saya umpama perahu reput yang hanyut dilautan tanpa arah ke utara atau selatan. Hancur sekali hati ini.

Saya berusaha bangkit untuk mengutip kembali sisa-sisa kekuatan yang ada untuk saya teruskan kehidupan. 

Saya mengetahui perbuatan suami pada bulan kemerdekaan negara kita. Suami saya selalu bekerja luar kawasan dan beliau selalu ke daerah timur Malaysia untuk bekerja.

Saya telah menyiasat dan ternyata wanita tersebut pelacur di kelab malam. Suami telah memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan tersebut. 

Suami menangis dan berjanji untuk berubah di depan keluarga dia namun jauh disudut hati saya. Semua ini palsu.

Suami saya juga telah bersumpah tidak pernah melakukan hubungan kelamin bersama wanita filipina itu, namun sukar untuk saya melupakan dan menerima perbuatan suami saya.

Status perempuan itu sangat meragukan dan suami saya hanya memohon maaf setelah perbuatan curang dia diketahui oleh pihak saya. 

Saya tidak yakin dengan hubungan saya bersama suami dan saya sangat takut jika suami saya membawa penyakit kelamin terhadap diri saya.

Setelah hal ini terjadi, rumah tangga saya sentiasa bergolak. Saya selalu mengamuk dan saya membenci suami.

Saya tidak boleh hormat kepada diri beliau dan mempercayai kata-kata suami saya lagi. Saya berasa amat marah dan malu dengan perbuatan suami saya. 

Keluarga kami telah mengetahui perbuatan curang suami, namun mereka hanya memohon kemaafan dari saya dan memohon saya untuk move on demi masa depan anak-anak.

Saya seolah-olah berjuang sendirian untuk meneruskan kehidupan saya yang telah dihancurkan oleh suami saya sendiri. 

Orang yang saya percaya telah membunuh jiwa dan raga saya dalam diam. Kini tiada harapan yang saya mampu harapkan pada suami.

Semua cita-cita saya hancur bersama kecurangan suami saya. Jiwa saya sangat terluka dengan perbuatan beliau.

Saya tidak mampu untuk memaafkan suami saya dan saya tidak boleh percaya lagi pada dia. Saya juga tidak mampu untuk meneruskan perkahwinan ini. 

Saya hanya memerlukan kata-kata semangat untuk saya terus hidup di samping dapat membesarkan anak-anak. Saya terlalu tertekan akibat perbuatan suami.

Saya kini lebih pendiam dan saya selalu marah dan bengis terhadap suami. 

Saya juga kerap menggigil dan berdebar-debar jika saya bersendirian. Kepala saya bising, macam macam suara yang saya dengar. Saya menjerit-jerit apabila suara itu terlalu kuat.

Seumur hidup itu terlalu lama. Tolong doakan saya. Saya ingin melangkah pergi dari kehidupan suami. Saya tahu saya wanita yang kuat. Saya layak untuk bahagia. Doakan saya..

– Isteri Malang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. tinggalkan je suami dayus tu..awak bina hidup sendiri.Jgn toleh lagi..Suami awak hanya berpura-pura dan just nk cover kesalahan dia.Teruskan berjalan.Semoga awak dpt kebahagian awak.Saya doakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *