Fourtwnty Interpretasi Indah

Assalamualaikum, nama diberi Sang Pujangga, nama nak poyo, haha, Firstly terima kasih banyak admin seandainya sudi siarkan penulisan aku ni.

Aku just nak bawa korang keluar kejap dari perit dan pedihnya rasa dibiarkan, dikhianati, dibenci, dipulau dan seribu satu di lagi yang membuatkan kita down dengan kehidupan.

Lately banyak sangat kisah-kisah yang berkisarkan masalah rumah tangga yang mana aku ni antara pembaca tegar IIUM  Confession terkadang terbawa –bawa pula perasaan confessor dalam diri aku.

Ni tak masuk lagi isu dekat timur tengah lagi. Memang dalam sebulan ni, aku personally memang agak down.

Baiklah seperti tajuk diatas, aku just nak share kepoweran sebuah band dari negara seberang yang mana bagi aku lagu-lagu diorang boleh bagi sedikit ketenangan untuk kita.

Aku mula trigger band dari Indonesia ni lepas member aku tanya tak pergi ke konsert Nusafest, sebab Butterfingers perform,

Aku cakap konsert ni banyak band yang perform, maknanya kalau Butter perform pun mungkin dalam 2 jam je, so macam tak berbaloi, kalau konsert stand alone Butter baru aku pergi.

Then member aku cakap tula kalau aku pergi pun nak tengok Butter & Fourtwnty je. So kitorang pun decide tak pergi. Huhu

Lepas 2 3 minggu aku macam terngiang-ngiang balik kata-kata member aku tu pasal band Fourtwnty ni.

So aku mula cari lagu-lagu band ni & salah satu lagu diorang yang famous adalah Zona Nyaman, kalau lagu ni memang aku selalu dengar & first time aku dengar lagu ni waktu Sissy Iman share dalam IG story menyanyi lagu ni sambil main piano.

Aku dengar melodi & lirik dia macam wow, waktu tu sekadar dengar lagu, tak betul-betul kenal band diorang ni.

Tapi kali ni aku memang dengar lagu diorang dari satu track ke satu track, kebiasaannya aku dengar via Spotify guna subwoofer aku sambil wat2 keje.

1st impression aku untuk band ni aku boleh cakap lagu diorang ni tenang & nyaman. Bila diamati aku dapat rasa mcm ada vibe lagu2 Zainal Abidin

Aku keep dalam seminggu 2 minggu juga dengar lagu-lagu diorang, time ni aku dah mula minat dengan lagu Fana Merah Jambu, lain macam lagu ni punya mood. Dia macam dapat boost korang punya perasaan kegembiraan gitu. huhu

Walaupun dah mula suka tapi masih belum jatuh hati orang cakap sehinggalah satu malam time tu isteri dengan anak-anak aku dah naik atas tidur,

Aku dekat bawah buka Youtube dekat phone sambil pakai earphone, time tu aku buka lagu Mangu versi live. Dan Yes inilah saatnya perasaan jatuh hati mula bercambah, haha.

Lain macam feeling lagu ni. Aku nak kongsi ringkas lagu ni pasal apa, lagu ni menceritakan kisah sahabatnya Wak Ari (Vokalis Fourtwnty), wife dia ni keluar dari agama Islam, bercerai dan bawa haluan masing-masing.

Diorang berpisah atas dasar kepercayaan yang berbeza. “Kau mengenggam ku menadahnya” antara bait-bait lirik dia yang mana nak menceritakan cara doa pun dah berbeza, Islam kan cara kita berdoa secara menadah, Kristian pulak secara menggenggam.

So bila aku dengar outro lagu ni, Wak Ari ni dah mula tarik node tinggi dengan lontaran lirik “Cerita kita sulit diteka tak lagi sama arah kiblatnya”, fuh time ni airmata jantan aku jatuh brada. Tak tipu.

Feel dia time ni semua bulu tegak berdiri, haha. Aku suggest kalau korang nak dengar, tolong dengar guna earphone.

Lepas pada malam tu, aku betul2 serius dengar lagu-lagu diorang, tanpa toleh kebelakang cewah.

Apa yang boleh aku cakap band ni bukan biasa-biasa, dari sudut pandang aku karya-karya diorang ni lain dari yang lain.

Lagu diorang ni macam ada trademark dia yang tersendiri. Dengan melodi nya yang nyaman disertakan pula dengan lirik-lirik yang puitis,

Lagu diorang ni aku boleh ibaratkan macam berbicara dengan alam, kalo korang duduk dalam hutan pasang lagu-lagu diorang memang blend in, huhu. Memang kena beb dengan jiwa aku.

Band ni pun datang macam kena pulak dengan timing dia, dengan usia aku sekarang yang dah nak masuk 4 series ni, aku lebih memilih kepada lagu-lagu yang tenang, healing bak kata budak-budak zaman sekarang,

Rather than zaman muda-muda aku yang lebih memilih pada lagu-lagu keras. Jiwa kacau la katakan. Ntah pape. Haha

So untuk korang aku suggest dengar lagu-lagu dari album Nalar. Nalar ni album ke-3 & yang paling latest.

Album ni bagi aku mostly semua lagu sedap, favourite songs aku untuk album ni adalah “Aku mencintai Traumaku”, “Larasuka”, “Aku=Kamu”, “Mangu” & “Rammang-Rammang”.

Untuk yang ada mental health problem cuba dengar lagu Larasuka. Untuk lagu-lagu lain yang bukan dari album Nalar ni cuba dengar lagu “Aku Tenang” & “Hitam Putih”

Dengar lagu-lagu ni & kalau rasa tak best, makanya Fourtwnty bukan jiwa korang

Dan sekarang dah beberapa bulan ni, memang aku duk pusing-pusing lagu diorang je, sampai kitorang satu family dah leh hafal dah, Anak nombor 2 aku siap cakap lagu yg dia suka “Fana merah jambu”, siap nyanyi “berdansa sore hatiku ;)”

Anak sulung pula dia cakap kalau dengar lagu “Aku mencintai traumaku”, memang dia akan ingat moment waktu pergi kelas tuisyen malam-malam.

Yang bongsu pula mcm biasa, menongkah arus, kalau naik kereta nak dengar lagu Imaginur saje. Huhu.

Untuk Fourtwnty terima kasih kerana menghasilkan karya-karya nan indah, teruskan berkarya & aku akan menjadi peminat tegar lagu-lagu korang.

Dan setelah sekian lama, akhirnya aku dah ketemuin sebuah band yang dapat aku letakkan dalam rak hall of fame band-band kegemaran aku.

“Soreku nyaman dengan mu”

– Sang Pujangga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *