Assalamualaikum korang. Aku baru diceraikan talak dua (luar mahkamah) 30/Nov lepas. Asbab orang ketiga.
Aku dengan suami dah berkahwin 7 tahun. Tapi kami kenal sudah 12 tahun sejak zaman Universiti lagi (usia aku 19, suami 20 masa tu).
Masa usia perkahwinan 1 tahun 8 bulan (anak baru umur 8 bulan) suami aku kantoi curang. Macam mana perasan bila suami aku tiba2 kata kosong dekat aku, takde perasaan, takde hati, marah2 bila kita hubungi dia.
BTW sepanjang perkahwinan, aku dengan suami PJJ tp masih satu negeri cuma berlainan daerah (sehingga sekarang).
Aku pelik lah, selidik punya selidik, kantoi suami ada hp lain dan suami mengaku ada perempuan lain (janda anak 4, usia janda tu 5 tahun lebih tua daripada suami) dan pernah “sekatil”. Perkenalan diorang baru 6 bulan.
Kemudian berlaku konflik antara aku dan suami lalu suami aku ceraikan aku untuk pertama kali (luar mahkamah juga).
Tapi kemudian hubungan suami aku dan perempuan tu terputus bila mana aku ugut nak laporkan kes orang ketiga dekat perempuan tu,
Then esoknya perempuan tu buat laporan polis yang pihak suami tak boleh hubungi pihak dia, kalau tak akan bawak kes ke mahkamah. Suami aku murung.
Dan tak lama lepas tu dia ajak aku rujuk sebab anak kami yang masih kecil dan dia nak bina hidup baru semula. Aku terima memandangkan aku nampak mata dia bersungguh nak selamatkan rumahtangga kami.
Lama juga suami murung tapi makin lama nampak perubahan baik dia.
Selepas kejadian tu nampak hubungan kami baik, bahagia, gembira. Susah senang sama-sama. Bergurau senda. Ber i love you, bersayangan. Macam suami isteri normal.
Cuma kalau gaduh, salah dia ke, salah aku ke, aku akan minta maaf dulu. Aku memang sayang dia sangat-sangat.
Sampailah bulan 9/2023, suami aku tiba-tiba berubah. Sama macam 1st time dlm perkahwinan dia curang. Dan kantoi dia check in dengan perempuan.
Paling tak boleh blah, dengan perempuan yang sama iaitu Janda anak 4. Nampak jelas dekat cctv. Check in siap bawak anak kecik janda tu sorang.
Bila ditanya kata tak buat apa-apa. Cuma berbual apa yang berlaku sepanjang waktu lepa dorang putus.
Bila dah kantoi, suami aku pun kata nak kawen dua, boleh harmoni sama-sama, bahagia sama-sama. Sebab aku sayang, aku kata ok boleh tapi kena bahagiakan aku, jaga hati dan perasaan aku.
Malangnya tak berlaku, setiap kali weekday bila PJJ laki aku mesti hilang, call tak angkat, ws tak reply. Weekend baru balik, itu pun tak sabar-sabar nak pergi daerah dia kerja semula.
Perempuan tu pulak beritahu aku dia taknak rosakkan rumahtangga aku, dia tak bagi laki aku cari dia. Dan dia blocked laki aku (ini yang diberitahu depan-depan lah, belakang-belakang aku tak tahu since aku pjj dengan laki aku).
Perempuan tu juga akhirnya block aku. Laki aku salahkan aku bila perempuan tu block dia. Walhal aku tak pernah hasut apa-apa, perempuan tu sendiri yg block sendiri.
Tapi itulah yang berlaku sepanjang bulan 9,10,11 2023. Sakit jiwa aku sebagai isteri. Terseksa, umpama takde nilai pada mata suami.
Suami suka marah2. Kita nak kan kasih sayang suami, tapi tak dapat. Walhal dulu kita sama-sama hidup daripada kosong dan sekarang dia merupakan seorang ketua di jabatannya. Susah senang sama-sama. Happy sama-sama. Tak pernah sekali tinggalkan dia.
Akhirnya malam 30/nov aku diceraikan kerana ambil handphone dia. Aku letak dikocek seluar untuk pertahankan daripada diambil, tapi dia bergelut dengan aku, aku cuma cakap saya nak discuss baik-baik berulang kali.
Bergelut punya bergelut, last sekali dia lepas dan lafazkan talak dua luar mahkamah.
Sedih sangat aku. Kenapa suami sanggup ceraikan aku untuk pertahankan handphone tu. Kenapa suami berubah sikap lagi. Padahal dia pernah janji dia dah tak buat lagi.
Kalau tanya dia kenapa ceraikan aku, mesti semua kesalahan dia curang jatuh kat bahu aku. Sebab aku itu ini itu ini punca dia curang. Salahkan aku 100%. Aku dah ajak rujuk, dia tak nak, dia kata dia tak sedih, dia nak hidup sendiri.
Tapi berbeza dengan aku yang sengsara. Aku terlalu sedih. Hari- hari nangis air mata deras.
Aku nak tanya korang kat luar sana, pernah ke suami curang ni menyesal?
Aku tengok dia bahagia dan tenang je lepas cerai. Lagi-lagi kalau perempuan tu tahu laki aku ni dah ceraikan aku.
Suami aku pun pernah nampak aku dan anak aku nangis tersedu-sedu bila terpaksa berpisah dengan dia. Tapi dia macam relax je.
Dan tolong aku, macam mana aku nak move on daripada 12 tahun usia perkenalan ini.
Aku sayangkan suami aku sangat-sangat, aku sayang kan anak aku sangat-sangat, aku sayangkan keluarga aku. Terlalu banyak memori kami. Tapi suami aku tak nak rujuk dengan aku lagi.
– TATA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Takpe sis.
Pembalasan suami curang ni cepat atau lambat je.
Allah Maha Melihat dan Maha Adil.
Jangan risau.
Jaga diri sis dan anak2 ya. Jangan salahkan diri sendiri. Suami ni pemimpin.
Kalau dia baik, dia takkan curang.
Lepaskan dia pergi, bina hidup baru. Baiki hubungan dengan Allah InshaAllah sis akan bahagia. Allah tak pernah lupakan kita.
Saya juga pernah melalui pengalaman hampir sama…dicurangi dan saya memilih untuk melepaskan.
Sabar la sis.. sy xpenah bercerai lg. xtau nk advice mcmana..tp sy penah tgk makcik sy lalui benda ni, n dia amik masa. setahun dua tahun lama2 dia ok n dah kawen baru pon. apa2 pon sis semoga kuat dan tabah lalui dugaan ni. Berdoalah byk2 kat Allah bg sis kekuatan untuk trskan kehidupan tanpa x-suami di sisi. InsyaAllah
khdpn kte sme sis sy dcrai 9.12.2023..laki sy gila btine ln…sy pjj sblm ni dok phg..dtg kt mlake keadaan sarat 8bln..sewa loru byar sewa rmh…ank dh 9 bln dy craikn sy…sy bwk mak dn mak sy sdih sy rsau mak ad drah tgi sy suh mak balik phg bwk ank2..sy skrg sengsara keseorgn
.dia xde bntye khbar..dia bhgua ksne sni..troskn pjlnn sis..syg cmne pn..hty org x blh di pksa…smua tu Allah pnye..sy dh pjuk rayu ajk rujuk..jwpn dy sme cm sis..so sy move on..y pnting bg tumpuan pd ank..mmg x kuat utk hrungi…insyallah Allah uji ad sbb mngkin kte dpt lg tbaik…bia org bt kte jgn kte bt Org jnji Allah itu psti…llki y baik dn btgjwb dy x kn bt kte derita kcwa cmni..so kte sme2 lalui…doakn sy menang 20.1.ni sy naik mahkamah klo blh xnk pndg wjah dy dh..ckop smpai d sni je pknln kte..
maaf naik mahkamah 29.1.ni doakan sy
Sebenarnya zaman sekarang ni, kalau suami tak curang. Isteri yang akan curang.
Tapi yang curang akan ended dengan karma berlaku curang. Yang tak curang akan tengok macamana pasangan yg curang tadi kena karma.