Su4mi dan Curang

Assalamualaikum. Sejak 2 menjak ni banyak kita dengar isu perceraian yang berlaku di kalangan kita. Samada dikalangan para artis Malaysia atau orang yang kita kenal atau rapat disekeliling kita.

Boleh dikatakan 80% penyebab perceraian adalah sebab suami berkahwin lain dan juga suami main tiga di belakang isteri.

Saya hanya ingin berkongsi kisah dari pengalaman diri sendiri, untuk diambil pengajaran oleh para isteri dan perempuan yang sedang menjalinkan hubungan dengan suami orang.

Nama saya Darlinie berumur tiga puluhan, berasal dari Kuala Lumpur dan masih belum berkahwin. Mempunyai rupa paras yang agak menarik dan bekerja sebagai penjawat awam dengan gred jawatan P&P.

Sepanjang kehidupan saya, saya sering didekati oleh suami orang. Dari pelbagai umur dan background pekerjaan.

Ada yang berumur, ada yang hampir sebaya saya. Ada yang dari gred bawah, ada juga yang gred tinggi. Kebanyakan suami orang tersebut, mempunyai keluarga yang cukup bahagia dan lengkap.

Ada anak sepasang lengkap lelaki perempuan. Isteri yang cantik dan kerjaya yang bagus.

Setiap kali ada suami orang yang cuba mendekati saya, saya akan stalk kehidupan lelaki tu, saya hairan, kebanyakan mereka punya kehidupan dan keluarga yang lengkap tetapi masih mencuba nasib untuk curang dibelakang isteri.

Isterinya juga sering mempamerkan kehidupan mereka sekeluarga yang bahagia, posting FB seringkali puji melangit suaminya, katanya sangat bersyukur punya suami yang setia dan sangat bertanggungjawab.

Saya hanya senyum bila baca posting isteri mereka yang menceritakan tentang suami mereka yang ‘setia’ tu. Lagi2 bila keluar isu2 viral tentang perceraian yang disebabkan orang ketiga.

Tidak dinafikan kebanyakkan suami orang ni mmg sangat baik dan caring dan mereka juga sudah agak stabil dari segi kewangan dan pekerjaan.

Saya agak sekiranya kalau yang dipikat tu, masih berumur dua puluhan pasti akan tergoda dan lemas dengan kata-kata manis suami orang tu. Saya?

Saya pilih untuk elak dari terjerat dengan drama suami orang. Tipu kalau tak ada rasa tergoda dan terharu bila ada orang caring tentang kita.

Tapi setiap kali rasa nak melayan tu datang, saya akan tengok FB isteri mereka. Saya akan tengok moment2 bahagia mereka. Saya tak sanggup nak runtuhkan rumahtangga orang.

Saya percaya, bukan dengan saya je golongan suami ‘setia’ ni cuba nasib. Pasti ramai perempuan tak kira bujang atau isteri orang, yang dah ditabur ayat manis. Most of them akan cuba memuji. Dan buat perbandingan dengan isteri mereka.

Mana yang hanyut, hanyut la. Ada setengah dari mereka, berani untuk ajak hubungan kelamin.

Saya tak pernah delete every single message ayat2 manis dari suami ‘setia’ ni. Sebab inilah senjata saya untuk stopkan mereka dari terus mencuba.

Sekiranya mereka terus mencuba, saya tidak akan teragak2 untuk forward semua message tu kepada isteri mereka. Alhamdulillah cara tu berjaya.

Nasihat saya kepada gadis, isteri orang yang berhadapan dengan situasi yang sama dengan saya, kuatkan hati dan semangat dan hindarkan diri dari golongan suami ‘setia’ ni.

Elakkan dari terjerat dengan masalah2 yang bakal berbangkit dikemudian hari. Jangan sesekali terfikir untuk runtuhkan masjid orang.

Percayalah, bukan hati isteri tu je yang hancur, hati anak2 yang sedang membesar tu pon hancur. Jangan kerana kebahagian diri sendiri, kita nafikan hak kebahagian isteri dan anak2 yang dah hidup bertahun dengan suami ‘setia’ tu.

Kerana kebahagian itu boleh datang dari pelbagai sudut, focus kepada ibu bapa dan kerjaya juga salah satu kebahagiaan.

Untuk para isteri solehah, sentiasalah pantau kegiatan para suami anda. Kurangkanlah post tentang kebahagiaan keluarga anda, semua tu menjerat.

Bukan semua perempuan berfikiran macam saya, ada setengah yang tak kisah untuk bermadu dan merampas kebahagian anda.

Posting ingat bukanlah untuk menakutkan cuma untuk bagi awareness.

Kebanyakkan suami ‘setia’ ni memang dari family man, saya sendiri tak sangka, disebalik title setia dan family man tu rupanya masih ada percubaan untuk curang.

Kenapa saya terpanggil untuk kongsi kisah ni, kerana isu curang, sorok perkahwinan kedua ni seolah2 dah jadi satu trend.

Sama-samalah kita berdoa agar kita dihindari dari segala godaan syaitan. Dan semoga perkahwinan anda semua dilindungi Allah dan berkekalan.

– Darlinie (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *