Assalamualaikum admin & warga IIUM yang dihormati. Saya sekadar nak berkongsi rasa bersyukur yang tidak terhingga kerana suami saya sangat2 membantu & menyokong perjuangan saya menyusukan bayi.
Utk pengetahuan semua, bulan Ogos adalah bulan penyusuan susu ibu. Alhamdulillah klinik kesihatan di tempat saya telah memilih saya sebagai tokoh penyusuan susu ibu. Saya dpt lihat riak wajah suami sgt bangga & gembira dgn hal ini. Suami sanggup mengambil cuti & turut sama menyertai program klinik kesihatan tersebut.
Saya ialah seorang ibu yang bekerja & kami mempunyai 3org anak. Anak pertama & kedua juga saya susukan secara eksklusif sehingga saya hampir melahirkan anak2 yg lain.
Di sini saya sertakan peranan suami saya dalam penyusuan susu ibu supaya dapat kita sama2 amalkan:-
1) menyokong dan menghulur RM apabila saya ingin membeli pakaian muslimah mesra menyusu & supplement penggalak susu
2) menyokong dan menghulur RM utk membeli deep freezer untuk menyimpan stok susu.
3) menyokong dan menghulur RM utk saya membeli pam susu & bekas penyimpanan susu.
4) mengambil alih tugasan menguruskan anak2 yg berumur 2 & 3thn apabila saya sedang menyusukan bayi yg sekarang berumur 9bln.
5) saya tidak perlu memasak jadi kurang berasa penat. Kami hanya membeli makanan di luar.
6) adakalanya membantu saya membasuh botol2 & pum.
7) mengambil & menghantar saya ke ofis, jadi saya dpt pam susu di dlm kereta.
8) tidak pernah sekalipun komen tentang bentuk badan atau mana2 bahagian badan saya kerana menyusukan anak2.
9) sewaktu dlm pantang, suami akan membeli apa sahaja makanan yang dapat membantu penghasilan susu.
10) membantu membancuh air atau sediakan snek kalau saya lapar semasa susukan bayi.
Sebenarnya kejayaan saya adalah milik suami dan hasil sokongan beliau. Alhamdulillah..
Perjuangan ini bukan hanya utk ibu.. tp juga bapa.
Semoga bakal2 bapa dpt mengambil iktibar. Seseorg ibu akan berasa amat dihargai jika suami melakukan perkara2 di atas, percayalah..
Tq.
– Mama S
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit