Assalamualaikum. Thanks admin kalau rasa nak post confession ni. Aku tak nak intro panjang-panjang. Cukuplah kalian tahu aku adalah seorang perempuan bertuah yang dikurniakan seorang suami yang sungguh baik.
Menyingkap saat perkenalan aku dan suami melalui media social. Dia yang mula tegur aku kerana dia sangkakan aku kawan lama dia. Dia siap tunjuk gambar kawan dia. Ya rupa kami hampir sama cuma nama berbeza. Tapi pada waktu tu aku gunakan nama pelik-pelik untuk acc media social. Aku rasa benda tu normal je. Kemudian bermulalah episod seterusnya, dia bertanya itu ini pasal diri aku. Aku jawab sekadarnya saja.
Aku pengidap masalah jantung sejak kecik dan aku tak expect akan ada lelaki yang sanggup berkongsi hidup dengan aku. Maka setiap lelaki yang cuba rapat dengan aku, akan aku frenzone dia awal2 lagi. Ya aku diberi kelebihan dari segi rupa tapi tidak dari segi kesihatan. Memang ramai yang cuba dekat dengan aku masa di universiti dulu tapi aku tak pernah beri peluang. Sebab aku tahu aku jenis cepat sayang orang. Aku tak nak ambik risiko kalau orang tu tinggalkan aku atas sebab penyakit yang aku hadapi. Berbeza dengan suami aku. Berusaha dan terus berusaha walaupun aku tak pedulikan dia.
Takdir Allah temukan kami dekat luar. Dekat dunia realiti. Bukan dunia maya lagi. Dia tegur aku. Aku dengan mak aku masa tu. Agak kelamkabut aku waktu tu. Kelamkabut sebab suami aku dekat luar lagi handsome dari dalam Fb hahahaha. Suami aku banyak berbual dengan mak aku dan geramnya mak aku melayan. Aku cuma jadi CCTV waktu tu. Dalam sekali pertemuan tu banyak jugak info yang mak aku korek. Pekerjaan dia, pendidikan dia, latar belakang family dia. Semuanya buat aku jawdrop senang citer. Bukan sebab teruk tapi sebab mengagumkan. Di akhir pertemuan, berani sungguh dia mintak nombor telefon aku pada mak aku. Aku dah goyang. Aku ni cepat lebur dengan karakter orang so aku sangat tak suka dengan diri aku.
Buat suatu tempoh masa kami berhubung. Suami aku mula menunjukkan minat untuk ke next stage. Beberapa kali dia cuba pancing aku supaya benarkan dia datang rumah aku jumpa mak ayah aku. Ya waktu tu aku dah completely and madly in love dengan husband aku. Cuma aku tak ada confident untuk beritahu dia pasal jantung aku. Pasal habit aku pengsan sana sini bila kena syncope attack. Sebab aku takut hilang dia.
Tapi akhirnya lepas aku buat istikharah, aku mohon dengan Allah supaya berikan aku penyelesaian pd masalah aku, aku terus terang pd dia aku pengidap SVA combine dgn valve prolapse stage 2. Aku tak dapat buat aktiviti2 yang orang lain boleh buat. Aku tak boleh penat. Even bila aku tolong umi aku cuci pinggan pon aku boleh pengsan.berdiri masa perhimpuan pon aku tumbang. (Orang akan cakap dramanya. Tapi bagi pengidap ventricular arrythmia mereka aku tahu macam mana strugglenya untuk buat aktiviti yang orang lain biasa buat.)
Suami aku cakap pada aku yang dia terima segala kekurangan dalam diri aku termasuklah penyakit aku. Dia sedia untuk kluarkan semua simpanan dia sekiranya aku perlukan operation. Dengan kesungguhan dia, akhirnya kami diijabqabulkn. 3 tahun dah kami kawin. Alhamdulillah suami aku tetap lelaki yang aku kenal dulu. Tak berubah sedikit pun. Sebenanrnya sebelum kawen aku cuba siapkan mental dan fizikal kalau2 suami aku tiba2 berubah. Setiap hari aku panjantkan doa pd Allah supaya sentiasa tetapkan hati suami aku. Aku doa setiap hari desperately.
Sejak kawen, aku tak mampu bilang berapa kali aku pengsan masa buat kerja rumah. Sampai suami aku langsung tak izinkan aku buat kerja rumah kecuali memasak. Kadang2 aku rasa sedih, bersalah, useless bila aku tak mampu ringankan beban suami. Mungkin suami aku bergaji besar dari segi kewangan bukanlah beban tapi dari segi masa dan tenaga. Balik kerja dia terpaksa buat kerja2 rumah. Belum cerita part dia balik keja terpaksa angkat tubuh bini yang sedap landing dalam toilet lagi. suami aku akan call aku dari tempat kerja dia untuk pastikan aku dah makan ubat. Setahun lepas aku jalani pembedahan untuk masukkan ICD (implantable cardiac defibrilator).
Kata pakar, aku boleh hidup macam orang biasa lepas tu. Aku boleh pregnant. Waktu dengar berita tu aku kemain happy lagi. Tapi bukan rezki aku. Walaupun aku dah tak pengsan2 macam dulu, doctor kata masih ada SVT(supraventricular tachycardia) dlm bacaan telemetry. Tambahan masalah injap yang berada pada tahap 2, doctor nasihatkan supaya aku tak mengandung untuk elakkan bebanan pada jantung sebab menurut doctor bila seorang prempuan pregnant jantungnya akan bekerja 2 kali lebih dr biasa.
Sedih? Aku tak ada masa untuk sedih sebab aku perlu lebih banyak masa untuk bersyukur untuk nikmat yang Allah beri. (Ayat cover. Best console to dear self) Kadang2 aku terfikir, ntah apa kebaikan yang pernah aku buat untuk Allah hadiahkan aku suami dari syurga ni.
Bagi aku, setiap orang bahagia dengan caranya tersendiri. Ada yang bahagia memiliki anak2 yang comel dan sihat penyambung keturunan mereka. Ada yang bahagia hidup berdua saja dengan suami. Aku lah tu. Bohong la kalau aku kata aku tak iri dengan mreka yang ada anak, tapi itu hadiah dari Allah buat mereka. Hadiah buat aku adalah suami aku. Cukuplah bagi aku seorang suami yang setia, penyayang yang satu dalam sejuta ni.
Maaf aku bukan nak tayang suami aku baik, aku cuma nak beritahu yang masih wujud lelaki yang berhati mulia. Tak semua haprak macam yang diceritakn dalam confession2 sebelum ni. Akhir kata,doakan rumahtangga kami kekal bahagia sampai syurga. Aamiiinn.
– Happy bunny
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit