Suami Isteri Psycho

Hai semua. Saya tulis cerita ini adalah berdasarkan pengalaman teruk yang saya lalui dimana berlarutan sehingga sekarang.

Saya seorang anak dara tua, berusia 35 tahun, Disember ni 36 tahun, single, yatim piatu dan tidak bekerjaya.

Saya mulakan cerita,

Disebabkan tekanan daripada ibu tiri saya kenapa menjadi andartu, saya ada lah buat beberapa keputusan bodoh, dengan mencari jodoh di beberapa laman sosial macam FB, IG, Tiktok, dating app, dan lain-lain.

Datang seorang lelaki, berusia 40 tahun, mengajak saya bercinta, saya yang naif layankan sahaja.

Kami bercinta hampir 1 tahun secara jarak jauh kerana dia di Bentong, Pahang manakala saya di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kami videocall, chatting cuma tidak kerap kerana sibuk atas tugasan masing-masing.

Sehinggalah pada suatu hari, saya diserang isterinya di tempat kerja.

Saya tak tahu macam mana isterinya dapat maklumat saya sedangkan lelaki itu tidak tahu saya bekerja di mana.

Dia mengancam dan mengugut serta melakukan drama sehingga mengaibkan saya di hadapan pihak pengurusan (masa itu ada audit), pelanggan dan staff di bawah saya.

Saya pada mulanya meminta maaf, dan berjanji tidak akan menghubungi suaminya lagi walaupun bukan salah saya, dan menunjukkan bukti bahawa suami dia mengaku bujang kepada saya (mujur rekod sembang lama masih ada).

Setelah beberapa hari, ada satu panggilan, isteri dia di telefon dan dia mengugut saya untuk menyerahkan wang sejumlah RM10k bagi menyara anak-anaknya yang masih kecil.

Katanya itu adalah tuntutan nafkah kepada saya di atas kecurangan suami dia kepada saya. Kita yang tak salah, mestilah kita tak setuju kan?

Dan dari situ saya tahu, bahawa isteri dia menetap di Kelantan, anak 5 orang dan masih duduk dengan keluarga sendiri, hubungan jarak jauh dengan suami.

Tapi keadaan dia semakin melampau apabila berani menghubungi dan mengganggu rakan-rakan saya sehingga mereka semua terpaksa memaki hamun saya, kecuali satu kawan yang berpihak pada isteri itu.

Dan dia juga pernah ugut ingin menyebarkan dan melakukan fitnah di media sosial bahawa yang saya ganggu rumah tangga dia.

Laporan polis telah dibuat, dan dia diam untuk beberapa minggu.

Langit tak selalunya cerah, setelah beberapa ketika, saya mula mendapat mimpi-mimpi aneh seperti ular, benda mistik, dan mulai sakit seperti muntah darah, lesu badan.

Saya disihir. Disihir sehingga diberi notis berhenti kerja, berubat sana-sini, pada awalnya saya tidak percaya yang isteri itu mampu lakukan sejauh ini,

Tapi setelah pandangan beberapa perawat, kesemua mereka memberi hint perempuan pantai timur, saya dapat mengetahui siapa yang melakukannya.

Dan sampai harini saya masih tidak boleh bekerja dan masih berubat ya. Nasib baik saya ada banyak simpanan (alhamdulillah).

Doakan saya sihat kembali. Saya rindu kehidupan lama saya. Andai kata lah ini pengakhiran saya, saya redha.

Terima kasih..

– Hani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. kesiannya… padahal dah bagitahu kan isteri dia yang dia mengaku single, mana lah kita tahu dia laki orang. lepas dah tahu laki orang tu pun akak terus cut off dia kan?
    cerita awk ni buat sy takut nak cari jodoh la kak. kang terjumpa lelaki macam tu dengan isteri macam tu… naya oi. niat kita punyalah elok nak cari jodoh. tuptup kena tipu siap kena sihir :'(
    takuuuuut

    • Takut pulak nak cari jodoh online ntah 2 dorang tu kaki scammer minta 10k nak Sara anak?? Kenapa minta dengan orang yang takde kaitan even cik pernah buat silap pon..saya nasihat cik putuskan block no perempuan tu kalau ada rezeki tukar tempat kerja…buat report polis biar perempuan takut sikit

    • Allahuakbar.. macam2 dugaan allah beri pada cik. Semoga terus kuat dan cepat sembuh..

    • iye weh..sama laah. seram pulak nk kenal2 dgn laki..ramai skrg ngaku single…padahal….akhir2 nnti kite yg dituduh salah… aiyoo..sheramm

  2. amalkan 3qul sblum tdo, bismillah 5, dan surah alzalzalah ya. mohon perlindungan Allah. moga cepat sembuh

  3. Ni laki bini scammer, blackmail org. Bukan psycho. Diorang mmg target wanita mcm sis utk dijadikan mangsa. Lepas ni sis hati2 kalau cari kawan ya. Semoga sis jumoa org yg ikhlas berkwn dgn u

  4. Over betul bini tu. Dari kau santau org yg innocent ni, baik la kau santau je laki kau sndri. Laki kau yg gatal, wahai isteri. Sbg isteri, low class sgt utk kau handle masalah kau dgn kemusnahan org lain. Angkat je la kaki kalau dh terbukti laki kau yg gatal. Utk sis, semoga sis cepat sembuh. Lps ni jgn naif lagi. Skrg ni byk talam dua muka sis. kena byk hati2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *