Suami Ku Pun Sama

Rentetan dari confession sebelum ni yang bertajuk “oh suami ku” https://iiumc.com/oh-suami-ku/, aku nak share pengalaman aku yang melalui perkara yang sama mcm confessor lalui.

Aku berkahwin dengan anak bongsu yang begitu rapat dengan bonda nya. Pada awal perkenalan kami juga atas budi bicara bonda nya.

Kalau la waktu itu bonda tak berkenan dengan aku, suami akan menurut kata bonda nya untuk mencari wanita lain. Tapi dah jodoh kami bonda nya pula berkenan dengan aku so kahwin lah kami.

Suami aku ni tak de kerja yang tetap, dia kerja dengan adik beradik mereka ade family business. Yes kami tinggal di rumah bonda atas sebab bonda tinggal seorang.

Di awal perkahwinan semua ok ok aja sama seperti confessor semua bonda sedia kan tapi semakin lama aku rasa seperti diikat dimana semua keputusan mesti atas persetujuan bonda.

Direzeki kan aku melahirkan anak, suami ku diminta untuk berhenti kerja semata-mata untuk menjaga baby dengan bonda.

Bayang kan tebal nya muka aku sampai kan pampers & baju anak pun bonda yang sponsor.

Aku bekerja dan aku cover perbelanjaan personal seperti bil,kereta,insurance dan hibah. Pernah aku nak beli pampers tapi suami kata tak pe bonda da beli untuk sebulan.

Keputusan untuk hantar anak ke pengasuh pun kena tanya bonda.

Niat aku tak nak susahkan bonda yang dah berumur tapi tak tau la apa ada dalam kepala suami aku sampai dia nak berhenti kerja. Aku aspect suami akan minta aku yang berhenti kerja.

Tu belum lagi masuk bab marah anak, bonda akan bidas aku depan2 anak.

Aku risau anak aku jadi terlalu manja sampai tak boleh nak ditegur ibu sendiri. Aku sampai jadi serik nak beranak kerana aku takut membebankan bonda.

Ya aku bersyukur sangat ade orang yang boleh menjaga anak aku dengan baik. Cuma yang aku risaukan macam mana keadaan suami aku kalau bonda dia tak da nanti.

Mampu ke dia nak buat keputusan/pilihan yang baik untuk masa depan keluarga kecil kami.

Doa kan mental aku kuat ya.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *