Suami NPD

Dari awal perkahwinan lagi dah dimulakan dengan penipuan. Suami atau saya kenalkan sebagai Mat menipu mempunyai title Dr (phd) dan bekerja sebagai pensyarah disebuah universiti awam.

Semua penipuan terbongkar selepas berkahwin. Mat rupanya gagal dalam phdnya dan terpaksa bayar balik tajaan kepada kerajaan sebanyak RM220k dan juga diberhentikan kerja kerana masalah disiplin.

Mat juga mempunyai hutang peribadi dan kad kredit sebanyak RM202k. Mat sekarang hanyalah bekerja sambilan sebagai jurugambar.

Usia perkahwinan baru sebulan, saya sudah mendapat call dari seorang janda yang mengatakan dia kekasih Mat. Saya kenalkan janda tersebut sebagai Minah.

Minah juga bekerja sebagai pensyarah di universiti awam. Saya terangkan ke Minah bahawa saya isteri Mat dan saya harap hubungan mereka putus masa tu.

6 bulan awal perkahwinan Mat banyak pinjam duit saya untuk bagi kepada orang tuanya dan bayar hutangnya sehingga mencecah RM28k.

Selepas 6 bulan Mat sudah dapat kerja sebagai pensyarah juga di sebuah akademi di kuala lumpur. Di situlah bermulanya titik hitam dalam hidup saya.

Mat menghubungi Minah semula, malah hubungan mereka semakin teruk apabila sudah berani bersekedudukan. Minah selalu mengeluarkan surat rasmi kepada Rektor Mat untuk membawa Mat keluar atas urusan kerja.

Minah juga membawa Mat sampai ke Indonesia berdua bersama. Sedangkan Akademi Mat tidak terlibat dalam event di Indonesia tu.

Mereka pergi Indonesia berdua sahaja. Hati isteri mana yang tak sedih bila suami sendiri tidur dengan perempuan lain.

Sejak dari hari tu, Mat sudah mula keluar awal pagi dan balik lewat malam. Kadang2 langsung tak balik rumah 2-3 hari. Bila balik terus rasa penat dan tidur.

Mat tak tahu yang saya letak gps dalam keretanya jadi saya tau kemana saja dia pergi. Mat sudah mula berani menonjol2 kepala saya, menolak saya menggunakan badannya sehingga saya jatuh.

Dia selalu mengatakan saya tak guna, tak mampu bagi macam mana Minah bagi. Sedangkan dari awal perkahwinan saya banyak berkorban untuknya. Semua tu dia tak nampak.

Saya di brainwash seperti semuanya salah saya dan saya isteri tak berguna. Dan akhirnya saya di sahkan anxiety oleh hospital. Terpaksa makan ubat stress dan ubat tidur jika perlu.

Sekarang Mat dah keluar dari rumah dan bawa baju2 dia tinggal di rumah Minah. Banyak kali saya cuba untuk tangkap basah mereka tetapi gagal. Alasan JAIS kerana mereka tak nak bagi kerjasama.

Tak ada orang akan bagi kerjasama semasa tengah buat maksiat. Hal ni membuatkan anxiety saya semakin teruk.

Selepas gagal untuk tangkapan JAIS Mat semakin berani malah persendakan saya kerana gagal menangkapnya.

Perkahwinan saya yang baru masuk setahun. Sedih kedua ibubapa saya bila anaknya di zalimi sebegini.

Saya kahwin dengan Mat semasa Mat berada dititik terendah dalam hidupnya.

Tetapi apabila sudah kembali bekerja saya dibuang begitu sahaja. Saya diminta untuk berhenti kerja dan akhirnya dibuang macam tu sahaja.

Sekarang saya ditinggalkan gantung tak bertali tanpa sesen nafkah.

Mengharapkan episod duka saya berakhir dengan cepat dan mudah. Semoga Allah tunjukkan kebenarannya.

– Hani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *