Suami Sorok Hutang

Gincu Anastasia RM115. Itulah barang terakhir yang aku beli untuk diri sendiri sebagai reward sempena hari ibu.

Bagi aku, aku layak reward diri sendiri lepas berhempas pulas jaga empat orang anak sendiri.

Suami aku kerja jurutera tapi dia sibuk betul dengan kerja sampai lewat malam baru balik rumah. Aku beli gincu tu guna kredit kad suami di Sephora.

Lepas dari Sephora, aku ke farmasi untuk beli ubat ubatan anak anak aku. Biasalah sekarang kan musim demam batuk selsema. Beli ubat di farmasi lebih senang berbanding aku nak bersesak sesak bawa empat orang anak ke klinik.

Tapi tiba tiba cashier farmasi bagitau yang kredit kad declined. Aku pun cepat cepat call suami dan minta dia transfer duit untuk bayar ubat.

Selesai urusan di farmasi, aku mencari tempat duduk sementara menunggu suami dan anak anak beli barang dapur di aeon.

Otak aku teringat pada hari raya ke lima haritu, waktu aku nak isi minyak kereta di stesen petrol. Suami serah wallet suruh aku isi minyak sementara dia lari ke toilet untuk buang air.

Aku preset jumlah harga petrol RM60, sentuh kad 1 untuk bayar, declined, kad 2 declined, kad 3 declined. Akhir sekali kad 4 baru lepas.

Ya suami aku banyak kad kredit. Tapi hampir semua declined mungkin ada satu dua sahaja yang belum max out fikir aku.

Aku tanya dengan suami dalam kereta, dia jawab acuh tak acuh ‘tak bayar lah tu.’ Seolah olah macam orang lain pulak yang kena bayar. Aku nak tanya lagi ‘kenapa tak bayar??’ Tapi aku simpan je soalan tu dalam hati sebab taknak bertekak depan anak anak.

Sampai harini, kad kredit yang suami beri pada aku untuk belanja pun dah declined. Apa sebenarnya masalah suami aku ni?

Selama ni dia tak pernah bagitau aku dia ada masalah kewangan. Gaji dia belas ribu, kereta dah habis bayar, cuma ada hutang loan rumah RM2k setiap bulan & personal loan saja. Takkan lah dia bayar nilai minimum saja untuk hutang kredit kad tu setiap bulan?

Bila aku confront suami, baru dia mengaku yang selama ni dia cuma bayar minimum dan baki hutang kredit kad tu makin bertimbun setiap bulan. Aku cuma tepuk dahi, rasa menyesal pun ada beli gincu tadi.

Rupanya selama ni, aku sangka suami aku mampu, rupanya dia tak mampu. Jadi sekarang kami sepakat untuk dia consult dengan akpk dan susun semula hutang hutang kredit kad yang ada.

Patutlah semenjak dua menjak ni suami dah jarang ajak makan di rastoren mewah. Tahun lepas birthday aku pun dia tak sediakan hadiah. Bila aku cakap aku teringin nak gelang tangan oro italia, dia iyakan je.

Aku ada jugak cek cek handphone dia kalau kalau ada benda mencurigakan, tapi tak ada. Aku syak dia ada spend duit untuk trade saham jugak. Tapi dia tak inform aku.

Bila aku tanya dia cakap dia trade guna funded account. Entahla. Harapnya takda lah bocor duit ke tempat lain yang aku taktau.

Jadi kat sini aku nak highlight pengajaran yang boleh kita ambil. Sentiasa la berbincang dengan pasangan tentang hala tuju kewangan keluarga, dan bersikap terbuka mengenai duit keluar masuk. Kalau tak mampu berbelanja lebih, jujur sajalah dengan pasangan.

Aku faham suami aku mungkin taknak aku susah hati jadi dia diamkan saja & biar aku berbelanja itu ini. Lepas ni memang aku kena ubah lifestyle, belajar berjimat dan kurangkan makan luar.

Temujanji suami aku dengan akpk hari jumaat nanti. Korang doakan lah kami dapat selesaikan hutang hutang kredit kad ni dengan jayanya.

– Serina van der woodsen (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *