Suami Whatsapp Mesra Perempuan Lain

Salam semua. Saya seorang perempuan. Boleh panggil saya Bunga. Saya dah berkahwin hampir 10 tahun.

Nak cakap sikit pasal naluri isteri. Baru-baru ini dalam bulan 9 /2023 saya ada terbaca whatsapp suami dengan perempuan lain.

Saya namakan dia Lili. Saya kenal suami saya macam mana ya (bini2 semua mesti tau kan perangai laki korang yang orang luar taktau). Suami saya bukan mesra orangnya.

Saya pernah je baca whatsapp dia dengan kawan kawan perempuan dia sebelum ni. Tapi yang ni, tone dia lain dia. Laki saya gedik and nampak nak try.

Saya cuba baca message diorang dengan rasional. Ya, suami saya yang initiate conversation, cerita itu ini. Lili reply sikit2.

Saya rasa kalau Lili reply panjang sikit, memang jadi rasanya diorang tu.

Lily ni kawan lama masa dia buat degree dulu. Lili ni takde la cantik sangat. Tapi saya faham definisi cantik setiap orang berbeza.

Tapiiiiiiiii Lili ni bukan definisi cantik di mata suami saya juga (Kami pernah berbual siapa cantik, siapa tak cantik di mata masing-masing. Haha. Jadi saya tau taste dia).

Sekarang bulan november 2023. Saya check whatsapp, takde (suami padam).

Saya check instagram, ada hari yang ada conversation, ada hari saya tak sempat baca sebab dia dah padam. Saya pun tengok la instagram Lili ni. IG dia private.

Saya curi tengok melalui akaun IG suami. Saya tengok breast dia besar. Dia pakai tudung tapi selempang atas nampak dada.

Saya teringat suami pernah bagitau dia suka perempuan breast besar. Suami pernah cakap saya punya kecik (bukan bergurau). Sumpah saya rasa terhina. Tapi saya pendam.

Saya faham lelaki normal memang suka benda tu besar tapi suami tak rasa bersalah langsung dengan apa yang dia hina saya tu.

Suami saya jarang bagi nafkah batin. Dia kata dia penat. Awal kahwin ada la sekali sebulan. Ni terkini dalam 3 bulan sekali.

Saya tak malu nak mula dan tanya. Tapi ada sekali tu saya rasa terhina dengan cara dia layan saya. Seolah saya ni gila s*ks.

Tak perlu la cerita dengan lebih lanjut. Saya pernah tanya. Dia kata dia penat.

Tapi ada masa dan tenaga bila kawan ajak lepak, tengok tv lama-lama. Main telefon lama-lama.

Kerja rumah kami sama buat. Kami juga sama bekerja (professional).

Duit nafkah tiada isu sebab saya kerja. Dia bagi sikit kadang untuk kegunaan rumah dan saya malas nak minta.

Sebenarnya saya sedih juga sebab suami macam jarang bagi perhatian kepada saya. Contohnya macam peluk, pegang tangan, tunjuk sayang. Takde nak beli jiwa bini orang cakap.

Kalau ajak sembang pun tak nak. Saya ni suka bercerita tapi selalu takde respond.

Anak pun takde lagi. Dia pun macam selesa nampaknya takde anak lagi (takde effort nak buat anak).

Sekarang perbuatan suami (wasep Lili) buat saya rasa insecure dan saya rasa suami tak hormat saya. Saya rasa tawar hati juga.

Saya taktau la dia nak Lily betul betul atau hanya tempat dia bercerita.

Dia start follow instagram Lily tahun 2021. Kami kahwin 2015.

Dia cerita kat Lili tentang aktiviti dia contohnya kena travel. Bila dah sampai mana, dia upadate Lili. Kat saya pun dia update juga.

Saya check waktu dia wasep bagitau ‘laporan’ apa apa, dia wasep saya dulu sebelum Lili.

Tapi ada juga yang dia bercerita kat Lili tapi tak bagitau saya (sebab saya dah tau). Contohnya bila tak sihat ke apa ke.

Mohon bagi pandangan, terutamanya kaum lelaki. Sebab saya memang banyak tawar hati dengan suami. Saya macam 50-50.

Ada banyak lagi isu lain sebenarnya cuma isu Lili ni telah membuat saya laaaagi tawar hati.

Suami saya ada rupa dan seorang yang sedikit narcissistic. Semua benda banyak salahkan saya.

Jadi tolong interpret apa yang suami saya nak dari Lili.

Mohon pandangan terutama wife yang ada pengalaman macam ni dan dari lelaki yang boleh huraikan dalam satu perenggan pendek. Lagi panjang dapat extra marks. Hihi.

Harap tiada yang simply cakap pasal cerai sebab hubungan kami macam masih okay (macam housemate).

Terima kasih semua.

– Bunga (bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *