Kepada adik yang risau nak kahwin tu sebab kisah2 negative, akak citer sikit citer yang positif jugak sini. InsyaAllah harap tak putus harapan dengan kaum lelaki ni.
Akak nya bapa masa kecil dulu takdelah bapa yang moden sangat. Nak kata kampung sangat tu bukan. Tapi dia bukan yang duk rumah sangat.
Parents dua2 bekerja tapi macam biasa mak yang lagi banyak masa dengan anak, pada masa yang sama mak yang banyak keluar duit untuk bil2 rumah.
He he typical kan. Mak dan bapa banyak bergaduh so dari kecik dah start mentality yang kalau kahwin tanak yang macam bapa. Nak yang totally opposite.
Saya ni self esteem rendah sebab bapa sangat garang, suka marah saya.
Nak kata saya gojes tak juga. Tembam, pakai spek, gelap, ada jerawat yang susah nak picit. Saya tak pandai nak bergaul dengan lelaki sejak kecil lagi.
Kadang jealous juga tengok kawan2 lain huha huha dengan kawan lelaki tapi dengan saya lelaki macam takde apa nak citer.
Tapi takpe itu bukan penting, lantak la. Bukannya takleh hidup kalau tak bercakap dengan laki. Bukannya saya jaga ikhtilat ke apa… cuma mmg saya tak nampak faedahnya.
Pung pang pung pang saya meningkat besar. Saya rasa yang bagusnya walau saya buruk tapi saya bekerja keras sebab matlamat saya satu.
Nak jadi independent women. Saya nak duit sendiri, nak spend duit sendiri, nak travel guna duit sendiri, tanak susahkan sesapa.
So alhamdulillah berkat rajin dan doa saya rasa saya jadi orang berjaya, gaji boleh tahan. (Not that easy to reach this stage, banyak nangis , hard work and dedication, doa, and ambil masa yang sangat panjang).
Tiba masanya, bila saya habis je belajar tiba2 ada beberapa proposal yang mencurah masuk.
Terkejut juga sebab sebelum tu adalah terpikir macam takde orang nak. Ada rakan sekerja siap ajak balik rumah dia jumpa mak dia. Ada yang tiba2 email.
Tapi ada seorang yang menarik hati saya. Satu background dia, kedua adalah cara dia. Mudah sangat dia nak jadikan saya isteri.
He he walaupun saya ni tak cantik tapi disebabkan azam saya nakkan suami dengan ciri2 yang saya idamkan, agak memilih juga lah.
Walau orang tu hensem hidung mancung putih melepak, kalau takde ciri yang saya nak.. babailah.
Pada awalnya saya tak sure dengan mamat ni, tapi sebab saya teringat pesanan ini kat telinga, kalau ada orang yang baik, orang islam, masuk meminang jangan ditolak.
Sapa lah saya dibandingkan dengan dia. Saya nak kata, saya bukannya orang pakai tudung bidang atau niqab. Anyway, again , saya punya naluri katakan yang si dia adalah baik.
So saya kata ya.
Bermula lah kehidupan kami sebagai pasangan yang nak kahwin. Takdelah kami keluar bersama ke apa, banyak melalui phone sahaja.
Actually keluar berdua rasanya tak pernah. Disebabkan insecurity saya yang tinggi, saya test dia kaw kaw punya. Bukannya test curang ke apa, cuma saya nak test tahap kesabaran dia macam mana.
Bermula lah perang mulut (dari saya) dengan bertanya macam mana dia nak support saya lepas kahwin, boleh ke dia terima saya yang workaholic dan pelbagai lagi.
Disebabkan pengalaman masa kecil, saya macam tak boleh terima ada orang nakkan saya. Diri saya sendiri tak percaya ada orang sayangkan saya dan nak jadikan saya isteri.
Saya cuba sakitkan hati dia selagi boleh supaya dia tinggalkan saya. Kalau dia tinggalkan saya, betulla teori saya yang banyak lelaki tak guna.
Sampai la satu masa, dia menangis dan call mak saya. Tanya betul ke saya nak kahwin dengan dia. Mak saya tanya kenapa saya buat dia macam tu.
Orangnya baik kata mak. Sejak dari itu saya tersentak, macam ada benda buat saya tersedar. Seorang lelaki takkan menangis , menjatuhkan ego untuk seorang perempuan kalau dia betul sayangkannya.
Lama kelamaan Allah buka kan hati saya untuk perlahan terima nya. Selepas kami bernikah, semakin saya jatuh cinta kepada nya. Dia adalah lelaki yang paling baik saya pernah jumpa.
Insecurity saya tidak lah hilang serta merta tapi dia lah yang memahami hati saya, faham kenapa perangai saya sebegini.
Bila naik angin saya dia akan peluk saya kuat dan tanak lepaskan saya. Kadang kami menangis bersama, hatinya lembut tak sanggup melihat saya kesedihan seorang.
Mungkin para pembaca berfikir yang saya ada masalah mental kerana sebegini. Saya tahu masalah saya di mana, mungkin berpunca dari pengalaman semasa kecil.
Tapi saya tanak mengulas dengan lebih lanjut. Dan takdelah juga saya nak berjumpa dengan doktor psikitri.
Dengan kesakitan ini saya terima dengan syukur kerana saya tahu Allah sayangkan saya. Dengan masalah ini saya nak ia menjadi asbab saya rapat dengan Allah swt.
Suami saya jaga saya dengan baik. Semasa bersalin dia tak pernah tak ada di sebelah. Dia jaga saya dalam pantang dan masakkan untuk saya, dia berjaga malam kalau anak tak tidur.
Bila dia balik dari kerja, anak2 berebut nak peluk dan duduk atas ribanya sampai saya sendiri takde masa.
Hormatnya dia kepada ibubapa saya lebih dari saya hormatkan ibubapa saya sendiri. Hormat pada ibubapa nya sendiri juga membuktikan dia seorang anak yang baik.
Bil rumah semua dia tanggung, nafkah saya dibayar setiap bulan. Risaunya adalah pendidikan dan agama anak2.
Dialah yang memerhatikan anak2 buat kerja rumah. Membantu mereka dan memberi galakkan. Sekali sekala dia akan ajak saya keluar tanpa anak2 dan kami akan berbual seperti kawan baik.
Saya tak pernah tak tahu dia di mana kerana masanya hanya di habiskan di rumah bersama keluarga aje.
Sudah hampir dua dekad kami bersama. Iye tak lama seperti pasangan lain tapi alhamdulillah saya bahagia.
Sedikit demi sedikit insecurity saya semakin hilang. Kerana kasih sayang Allah yang mengurniakan saya seorang suami. Ini definisi suami.
Kadang saya akan memandangnya dan sangat bersyukur Allah makbulkan doa saya untuk seorang suami yang sangat baik.
Saya percaya ramai lagi orang yang mempunyai kisah yang sama. Jangan putus asa untuk dapatkan lelaki yang baik.
Doa dan percaya Allah akan makbulkan doa kita. InsyaAllah
– Mangkuk pink (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit