Assalamualaikum. Aku bukan dari UIA, aku tengok korang ada banyak cadangan bernas. Jadi aku datang minta tolong. Aku percaya ujian Allah lain-lain dan Allah bagi ikut kemampuan kita. Aku dah beristeri, tapi aku tersilap langkah. Aku simpan perempuan, aku bagi nama dia K, kami telajur. Aku nak bertanggungjawab dan nikah 1 lagi, tapi biasa lah, isteri tak bagi. Keluarga suruh tinggalkan K tapi K nak dengan aku dan sanggup jadi isteri kedua. Aku taktahu apa patut aku buat. Aku sayang isteri aku. Aku sanggup tinggalkan K. Tapi yang K ni macam mana? Ada lagi laki nak dia lepas apa aku buat? Tolong aku.
– Lelaki
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Islam bagi lelaki kahwin dua. Janganlah emo. Confessor g kukuhkan kewangan pahtu layn isteri bak puteri then g pinang K. Dah jgn sedeh2.
Ntah la. Sakit gak nk bermadu nih. Ermm.
1. Taubat nasuha
2. Solat istikharah
3. Minta maaf pada isteri dan bincang depan-depan secara matang
4. Jika isteri maafkan, menangilah kembali hati dia dan jadilah suami yang baik
ni aku nak paste “Kisah Nabi Musa Dengan Wanita Penzina” utk renungan korang yg komen emo bajet suci maksum.
sumber: https://zharifalimin.blogspot.my/2012/01/kisah-nabi-musa-dengan-wanita-penzina.html?m=1
Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam keadaan yang berdukacita. Tudungnya hampir menutup seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menghiasi tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan rauk wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapuskan kesan kepedihan yang dialaminya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”.
Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus tunduk. Air matanya berderai ketika mula berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”
“Apakah dosamu wahai wanita?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut.
“Saya takut mengatakannya.” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.
Maka perempuan itupun berkata, “Saya… telah berzina.”
Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya telah hamil. Setelah anak itu lahir, terus saya cekik lehernya sampai mati,” ucap wanita itu lalu menangis teresak-esak. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, “Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar bala dari Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.
Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah keluar. Ratap tangisnya amat memilukan. Dia tidak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Dia tidak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Dia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.
Jibril lalu bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?” Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?” Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”
“Ada!” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Musa a.s. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.”
Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk berjumpanya kembali. Nabi Musa memohonkan ampun kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa menyesal adalah sama seperti mengakui bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak mempunyai hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.
Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh memberikan maksud yang dia masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu berhak keatas dirinya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.
Saya nak tanya satu je. Kalau yang terlanjur tu perempuan, awak masih nak backing bawak keluar cerita suci macam ni lagi ke? Tak payah jawab sini, tanya hati awak balik.
saya perempuan dan saya tak ada pengalaman terlanjur tp 100 percent saya takkan blame lelaki tu bila dah dia ckp dia bertaubat.
Amy Ariff sy open minded berlandaskan agama.
rasenye hukuman laki dh kawen buat zina lg rejam sampai mati.enuf said.xde dh cerite2 lain.mmg hukuman dh ditetapkan..utk ppompuan k tu maybe la ade jalan taubat.utk yg laki tu rejam je ptot..bini kt umah ade.sebok lepas nafsu kt pmpn lain
Fazlika Fauzi betul hudud zina itu jelas hukumnya rejam utk yg masih dlm perkahwinan. yg perlu awk ingat:
1. undang2 malaysia x iktiraf dan x amalkan hudud.
2. menjatuhkan hukuman dan menjalankan hukuman ada kaedah2nya dlm islam. dlm kes confessor, walaupun berzina, ada rukhsahnya spt yg nabi saw pernah buat pada sorg hamba allah yg mengaku berzina. kali pertama dtg mengaku nabi saw suruh balik dahulu. kali kedua dtg, nabi saw suruh lahirkan anak dahulu. kali ketiga nabi saw suruh jaga n susukan anak dahulu. kali ke4 dtg, barulah dijatuhkan hukuman.
utk confessor..dia ada anak n isteri. tambah dgn K yg dia nak bertanggungjawab. ada lg mak ayah yg masih hidup. byk tanggungjawab disitu. bukannya semberono menghukum tanpa lihat perkara2 lain.
https://warungdelik.wordpress.com/2013/03/27/hukuman-zina-di-zaman-rasulullah-saw/
Thanks ats prkongsian
Luas sebenarnya bab hudud kan. Hukuman yg klihatan zalim tp sbenarnya penuh rahmat. Seringkali disalaherti oleh org yg xbelajar. Terima kasih ats prkongsian tuan.
Ini bukan bash, tapi memang pendapat saya berdasarkan akal logik. You don’t deserve her. Ada isteri baik pergi mengongkek kat luar. Ini bukan terlanjur ye. Apa ko jalan jalan pastu tersepak tersungkur kat perempuan tu ke? Itu baru boleh pakai ter.
Untung la ada bini….tp abg ni plak bangang cr yg lain…xpa la bang…mintak la pentunjuk dr Allah…moga2 ada jawapan…pastu jgn jd bangang lg…okai…
Kalau sayang isteri takkan sanggup buat camtu.
laen kali fikir dulu sblm buat pape
#peace✌☺
Yg pasti setiap pilihan yg kita buat pasti ada takdir di hadapannya…
Awak buat solat taubat. Bertaubat. bertaubat betul2.Then, terus terang dgn ur wife. I think ur wife akan terkejut and sedih. So bagi dia tempoh untuk dia cool down. Then, bgtahu ur wife yg u kne kahwin dgn K.as u have to take responsibility dgn k.explain dekat ur wife baik2. And for me, if your wife loves you so much, she will stay. jadi, lepastuh awak kene hargai wife awak tuh sgt2. And kne jaga hati dia lebih dari k.especially awal2 kahwin dgn k.maybe dalam seminggu satu malam je dgn k and the rest of the night dgn ur wife. Do that sampai ur wife lembut hati dgn k.And also be more romantic dgn ur wife. Buy her more gifts and make her feels that you love her more and she is still mean everything for you. But If she does not loves you enough, she will decide to leave. However, when she makes that decission, jgn trus terima.pujuk lah dia dulu.hari2 pujuk. Kalo dia still berkeras jugak, then baru accept and respect her decission okay.erm, i hope this will help.good luck.
Ceraikn isteri awk & kawen la ngn k..sebab nmpk sepadan..ur wife deserve better..
Raslina Mohd Razak what u say
Sila bertanggungjawap atas perbuatan anda.
tak payah lah mintak nasihat kat sini. ko lagi down nanti. maklumlah para pembaca bukannya malaikat. better ko mintak jalan direct ngan Allah. jgn risau, Allah maha pember taubat dan pembuka jalan pd hamba yg meminta. insyaallah
Btol tu..
Sila bertanggungjawap atas perbuatan anda.. apa yang awak buat tak mustahil akan berlaku kepada anak awak kelak.
Pernah terfikir x, kenapa Allah jatuhkan hukuman rejam sampai mati terhadap penzina (yg dah berkahwin)? Dgn hukuman tu je kita dah tau yg zina ni adalah dosa yg sangat berat. So wahai umat Islam, beringat2 lah kita..jika kita letakkan nafsu dihadapan, nescaya meranalah diri. Moga kita dijauhkn dari sebarang kemungkaran.
Tapi dlm pada itu, walaupun hukuman zina ni berat, pintu taubat Allah sentiasa terbuka. It’s never too late for us to repent. May Allah forgive all of our sins. Amin.
Kepada confessor, dari Dia kita datang, dan dari Dia kita kembali. Jadi ada baiknya saudara minta petunjuk dari Allah sendiri. Buat solat istikharah dsb. If u want somebody to talk to, find someone that will not judge u for ur mistake n ask him/her opinion. That’s all I can give.
Yo bro . sbgai prempuan memg panas baca weyh . tp nk buat mcm mane . semua org ada buat silap but silap ko ni besar sgt . pengkhianat namenya . okay let me be rasional . dah memandang kn bini ko ta bg ko kwin dgn si ‘k’ tuu . ko jgn laa kawin . ko dh rabak kn hati isteri ko dgn kecurangan ko . so ikutkn laa permintaan dia . pasal si “k” tu . ko boleh jd bertanggungjawab dgn biayai “anak” ko tuu . soal jodoh dia . bia Allah tentukan . if dia brubah jd baik in sha Allah dia dpat jodoh baik nanti . dunia niey bnyak laki durjana mcm ko . hahaa tp ada juga laki baik . ko doakn trbaik untuk “k” tuu. Tp kos dia beranak apa semua ko bayar laa . be responsible bro .
Utz (bg aku dia sngt warak) aku kata, berzina lepas kawin ni mcm takde ubat. Harus dihukum mati je.
Tp aku sarankan kau bertaubat bersungguh2. Dunia akhir zaman bnyk cabaran.
Allah maha pengampun. Allah maha pengampun.
Hukum zina bgi org yg dh berkahwin..rejam smpai mati…mmg berat isu ni…tpi kite x amalkan hudud…jdi kne ad solusi lain
Gosh, this shows how chronic our society has become today. Sorry
Wife confessor ni taw ke x..if not da lama reg kes g mahkamah..
kesan zina pd prmpuan ni lain bang. lelaki kalau zina org tak taw tanda ape, tp perempuan sng je detect lagi lagi si suami dia nanti. kesian jdi perempuan ni, kena jaga diri betul betul.
kalau kawen dgn si K tu aku rasa perasaan n penerimaan si isteri tak sama dah mcm dulu. Luka tu sampai mati. mau dia bawak diri pgi jauh jauh dan move on lupakan kau. perempuan ni nampak emosi lebih tapi Allah bagi kekuatan yg tak terduga. Bila si isteri makan hati silap silap kau pun dia tak heran.
Macam ni je lah bro, firstly taubat nasuha. Taubat setaubat taubatnya dan berazam lah jgn lagi terlibat dgn maksiat mcm ni. Ini lah penting nya kalau hudud djalankan. Then kau kena fikir jugak bro, kau nak ke satu hari nanti anak perempuan kau pulak kena ? Allah mintaklah dijauhkan segala keturunan kita dari kena mcm ni akibat dosa dosa silam kita.
Allah dah suruh mencari ketenangan pd psangan kita yg halal (dan berkahwin) tp ramai lelaki yg silap langkah cari jugak yg haram dekat luar. Mana barokah yg diharapkan dlm rumahtangga mcm ni. kalau pun dah berbaik si isteri ttp akan terbayanh bayang lagi apa yg awk buat dekat dia :(
Ambik la peluang 10 Ramadhan terakhir ni mintak ampun dgn Allah sbb pengampunan Allah tu tiada batasnya. Setiap masalah tu Allah dah tunjukkan penyelesaian. Istikharah lah mencari penyelesaian. Moga beroleh ketenangan
Izinkan aku marah kau dulu bro please aku xtahan. Aku pantang betul hal ni.
Bengong. Kalau syg bini kau x buat mcm ni bro. Knape laaa kau x pikir sjenak jasa pengorbanan bini kau hidup dgn kau haa? Bila dah jadi mcm ni baru kau nak ckap mcm2, syg bini laa, sanggup tinggal la. Kau nak jadi lelaki y x bertanggungjwb ke weh? Y pmpuan K ni pon satu, hang p cari gatai ngan laki org pasaipa. Biol.
Ok dah habis marah. Aku just boleh bagi pendapat ja. Kau taubat la. Mintak ampun dgn Allah. Kau tinggalkan K tu. Percayalah xde maknanya dia ckap sanggup jadi bini no 2 lahabauu pala otak dia. Aku dah masak dgn perangai bini no 2 3 4 nih. Perangai mcm jin kebanyakannya lah. Nak kaut semua belah dia. Mula2 kawin mmg laa ok, sedar diri. Lama2 sikit kau tgk prangai syaitoonirrojim. Aku ckap berdasarkan experience. Kalau kau sygkan bini kau, kau tinggai K n taubat mintak ampun, dekatkan diri kau dgn Dia. Mintak dia tenangkan hati kau n kau jaga bini kau elok! Nnti nak ade anak pmpuan, jaga n didik diaorg dgn didikan agama. Apa y kau dah buat, biar kau dgn Allah je tahu. Taubat lah, mintak ampun dgn dia. Heiiii geram akuuu heiiiii wale wale.
Klo tanye kt ppuan mmg meroyan le diorg suruh cerai bagai..bg diorg cerai tu umpama makan kerepek je..pastu bdrama swasta menceritakn kisah tragis mereka kt fb..puii!
Tabahkn hati bro,
Taubat nasuha, mintak petunjuk dari Allah.
Jangan lupa pesan dekat si K tu skali.
Nakal betul si K…erm erm erm, dah tau laki org nak jugak.. Bro pun satu mudah sangat tergoda..
Sokong 100% dgn pendapat saudara Imad Kamel…
Nasihat aku, cerai dengan bini ko, kahwin dgn K. Sebab lelaki yg baik untuk perempuan yg baik. So, bini ko deserve lelaki lain yg lebih baik. Dan ko sesuai untuk K. Okbye.
Apa punya bodoh cadangan suruh orang bercerai?? Dia pos kat sini nak minta pandangan untuk selamatkan rumah tangga dia. Sedangkan bini dia pun sanggup terima dia, kita pulak lebih sudu dari kuah.
syaitan dh kena rantai bulan posa, macai2 syaitan pulak ambik alih kerja runtuhkan rumahtangga.
Hahaha
Assalammualaikum Encik Lelaki..dah tahu Awak tu dah beristeri kenapa masih nak main cinta dengan perempuan lain?? Sesuka hati Encik saja kan nak mainkan perasaan perempuan. Encik dah terlanjur dengan perempuan tu sekarang Encik cakap Encik sanggup tinggalkan perempuan tu sebab masih sayangkan isteri? Sayang? Kalau sayang isteri kenapa cari perempuan lain Kat luar sana? Kenapa sanggup berzina? Ni namanya tak sedar diri. Tak bersyukur dah Allah kurniakan seorang isteri masih nak bermain cinta dengan perempuan lain. Bertaubatlah wahai Encik Lelaki. Solat istikharah. Taubat yg sebenar-benar taubat. Kesian lah kat isteri,anak-anak. Janganlah diulang lagi. Dan kasihanlah juga perempuan yg Encik dah rosakkan tu..jangan habis madu sepah dibuang. Please suami. Jangan curang..sakit sangat buat seorang isteri.
Bang, knp confess kat sini. Allah kan ada. Menangis lah pada Dia. Semoga Allah menganpunkan dosa2 kita semua. Amin ya Rob.
aku mampu mengeluh je bro..
sorry…
Good job bro!hahahah,
Bang . Cerai kan je wife kau tu . Dia layak dpt lelaki lebih baik dr kau . Biarkan dia bahagia dgn lelaki yg tau menghargai
Apa kata confess sini utk cari volunteer sapa bole rejam awak sampai… Cari je dulu k. Mungkin itu bole buat awk betul2 jumpa jalan bertaubat. Bukan cakap je nk bertaubat pastu pujuk isteri.
Ask your wife dia nak buat apa. From here on out it’s her decision that matters. Hal kau dengan K kau settle sendiri.
Sush nk decide….asl kesalahn bro yg cipta lps tu nk cri pnyelesaian….rumitt..prtamanya mnyesal la ap yg buat smue tu…bro dn K…
Sy berat nk sruh cerai tnpa sebab..ambil la cerai sbgai jlan trakhir…cerai ni antra bnde yg berat dlm agama…lgi pulak klau bro ad ank…kesian kt ank dn isteri..
Baik…sblm sy nk bg pndpt sy..bro pikir msk2…ap mkna prktaan syg yg bro sbut untk istri tu?? Klau syg knp cri lain? Klau syg knp start kenal prmpuan lain? Dri sni…sy dpt sbut yg syg bro ni dh brbelah bhgi..knp cri lain? Sbb nfsu? X musthil dh kawin due bro ttp cri lain..untk yg ketga…jdi pngjran dr pristwa ni..bro kne tau kwin ni prlu ad ilmu..nikah due pn klau kurg ilmu..porak pernda jdi..jdinya bro kne mantpkn ilmu dlu..antra ilmu bsic..bila dh ad istri..putuskn hbugn dgn prmpn lain..kwn rpt sklipun (yg brlainan jntina..ni pintu die)
Solusi yg sy cdgkan…bro cri mse yg pling tng…duduk semeja dgn istri dn K…bncg elok…bro kne jdi sngt rasional ktika ni…jgn sokong K jgn sokong istri..dgr pndpt due pihak…klau dri sni dh nmpk K ni mcm mmg nk roskkn rumhtngga je..bro dh tau spe baik sp jhat..bile smue dh tau rse hasrt msing2…bgi tmpoh mse pikir untk buat prbncgn kli kedua untk decide keputsn…
Utamakn istrii dlu..kptusn untk mslah bro istri yg decide lps die dh buat pemikirn msk2…klau istri kte die snggp diceraikan dn die boleh hidup sndri..bro ceraikan die (x pyah nk berat hti..bro dh buat slah..kne terima la nsib..cerai msih boleh rujuk klau bro ad kesungghn brubh dh sbgainya)…tpi klau isteri rela bermadu…alhamdulillah bro dpt selmtkan due org…tpi leps dh bermadu..jga due2 isteri…dn bnyk lebihknn istri prtma..klau bro lebihkan K..mmg sush rumhtgga..bgi tau K siap2…die kena trime baik buruk hidp rumhtgga…dn die kne rela kalau bro lebihkan istri prtma (sbb bro dn K nk tebus keslahn bro)…klau K x boleh trime die rela hidup sndri..tu lebih baik..bro fokus pd istri je..
Pnjg sy nk taip tkut org lain muak bce…ni pun rse dh x organize sbb nk ckp mcm2…boleh pm sy…kte bncg..sy serius nk bntu…
Pesn sy untk next2…bro kne sngt rasional dn ad ilmu nk solve kan..jgn trjejas dgn ap istri atau K ckp..bro pikir sndri…biasnnya prmpn pikir sedikit singkat berbanding lelaki (jgn kecam sy)
Sy berpendpt…mslah ni bnyk punca dri K..tp bukan slah die sorg…bro pon slah…anggplah K stu ujian buat bro dn bro x dpt leps ujian tu..skrg mcm mne bro nk bertaubt dn kesal dgn ap yg bro dh buat…
Fair comment! Nice view bro… Just nk tambah, utk confessor, lepas ni tlg la menyesal dgn erti kata menyesal dgn sebenar benarnye.. Kan lelaki ad 7 akal yg boleh kawal 1 nafsu yg Allah beri tu. Ok salam ramadhan..
Akal bnyk ilmu x de pun x gune jgk…brpa rmai org yg ad 7 akal tpi still buat bnde mcm x de akal…sbbnya akal tnpa ilmu serupa la cm x de akal…
Kau ingat, Allah halalkan laki kawin 4 tu semata2 utk puaskan nafsu lelaki ke??
Yiekz Samad itulah mslh lelaki zmn skang…nabi suruh kawin 4 utk bela wanita yg susah, wanita yg memerlukan mcm ibu tunggal atau wanita miskin…laki zmn skang? Pasang 2-3 tp cari yg cun melecun, yg maintenance tinggi. Sebab? Nafsu. Pastu komplen pmpuan ni kaki cukur bla3…pdhal laki yg penuhi nafsu serakah. Nak cari yg hot2 je…ade nak amik ibu tunggal ke jadi bini? Non hado..itulah bila hukum dipermain2kan
Lelaki murahan sesuai dgn betina murahan je… baik lepaskan la wife ko bro.. biar dia dpt lelaki yg lebih tulen sikit dr kau.
Kalau saya ada suami….Sorry.. never..nk cari poligami mcm Rasululullah.mmg susah skrg..mostly sbb nafsu.
Hahahha..better xde laki kalau mcm tu
Apa kata ko tambah lgi satu atau dua broo…
Nk komen cantik2 aku tk pandai…
What do u mean by ‘biasalah,isteri x bagi’?..come on man…be a man…nmpk sgt ko nak 2 2..ko tamak bro…
istikarah.. mohon pd Allah mtk ptunjuk.. cpt² taubat jgn ulg lg…
Bila baca komen2 di atas, ramai nya yang suggest untuk bercerai supaya si isteri dapat yang lebih baik.
Kita bukan berada dalam her shoes. Adakah cerai jalan terbaik? Adakah si isteri ada income sendiri? Macamana dengan anak-anak? Bagaimana dengan loan rumah, kereta, personal loan yang dikongsi, jika ada?
Kita mudah untuk berikan komen mengikut emosi. Yang akan menghadapinya seumur hidup ialah si isteri.
Kedua-dua suami isteri perlu bincang secara matang tanpa dipengaruhi emosi.
Muhasabah diri tu..sng2 kecewakn hati isteri,tanggung jela risiko ape akn jd 1 ari nnt..yg buruk tu dtg drpd diri ko sniri.
Lebih baik rujuk pada y berilmu, jangan dirujuk pada yang hanya mengikut hawa nafsu marah.. Rujuk orang yang lebih expertise..
Kalaulah isteri kau ada lelaki lain..dan TERlanjur.. ko boleh terima ke? Kalau kau xley terima, jangan expect org lain boleh terima.
Ko pergi slt taubat bebanyak moge Allah ampun kn dosa kau. Mcm mana plak si K? Kau dlu dgn dia atas dasar apa? Nafsu je ke? Ko pk2 kn. Slt istikharah. Pegi jumpe org alim minx pndpt. Xde sorg kt sni boleh decide utk ko.
Wei Nur Artiqah ak kesian dkat wife dy..this man x layak pun untuk wife dy from start…
semoga dijauhkan perkara2 mcm ni terjadi dkt kite, aminnn.
bg pendapat aku, suami dy patut pilih K, sbb kalau dy still sygkan isteri dy dan sanggup tinggalkan K untuk isteri dy, kenapa boleh smpy terlanjur? kenapa bila nak buat tu (terlanjur) x fikir pun isteri dy. aku jenis yg simple, kalau kau x suke pasangan kau buat benda tu, jadi kau pun jgn buat benda tu jugak. ape yg dy rasa kalau isteri dy bgtau isteri dy terlanjur dgn lelaki lain? suami ni nk x terima lagi isteri dy? lu pikir la sendiri.
Ak sedih tau dak bce bmda2 nie
aku geram dgn suami dy. aku kalau part ada affair biasa2 je ni (jenis yg keluar makan, wasap2/mcj) mgkn la boleh kate dugaan dan cabaran dlm perkahwinan. tapi kalau smpy terlanjur, itu bukan takdir atau dugaan tapi itu pilihan yg kau buat sendiri sbb nafsu. aku bab2 mcm ni aku x boleh, suka hati la nak kate aku emo ke hape, masing2 ada pendapat sendiri.
relex bro.. kawin dkt siam.. bini ko xkn sedih or marah kalau dia xtau ko kawin.. so simpan elok2 jgn kasi dia tau.. x smpai ati nk duakan isteri? perghhh ko daa dpt sedap2 reti pulak x smpai ati.. nk tinggal prmpuan tu? biasa ni pilihan laki buat.. tpi make sure laaaa prmpuan simpanan ko tu abg2 or sedara dia bkn dlm glongan gangster or ‘berbaju’.. sbb nnti silap hri bulan kena kutip ko kena potong bro.. susah nk kencing nnti…
#skdrpndptimammuda
Allan Razlan
Amboi mentang2 da boleh main fb. Hehehehe.
Haha.b nk share je.xtau nk ckp pe.klw dr sudut ht bnafsu b sula je pmpn ng laki2 2 sekali.
Betul tu…x semua org faham keadaan kite..elok bawak bincg dan jumpe org2 yg lebih tahu..kaunselor ke…manusia ni..x lari dari buat salah…tu lumrah..encik bertaubatlah dan minta ampuan byk2…lg2 di bulan ramadhan yg mulia ni..insyaaAllah..minta Allah bg ketenangan jiwa dan dapat lalui semua ujian dgn tenang..insyaaAllah..
Klau nikah dgn si k tu pon, apa jaminan si suami ni akan berhenti jd penzina?
Ko nak tinggalkan k tp ko gunakan bini kau as alasan. Pas ni cari la lagi l,m,n,o,p. Masa mengorat k behind ur wife ko x syg plak kt bini kau kan. Go Confess to ur bini first, not here.
sedihnya baca kisah2 terlanjur and berzina ni. rasa mcm pedihje hati ni.
Assalamualaikum Bro saya harap Bro dapat selamatkan rumahtangga bro berterus terang tunjukkanlah keinsafan pd Allah sbt agar isteri terbuka menerima dengan redha ujian ini wlpun pahit dan perit masa tidak mampu mengubah keadaan kena lalui jua berbincang dari hati ke hati hormat perasaan isteri anda kerana dia berhak ….namun anda harus ingat luka yang terjadi tidak mampu sembuh seperti asal maaf mudah fi ucap lupa tidak sesekali