Suami Yang Digantung II

Untuk part I, (https://iiumc.com/suami-yang-digantung/).

Assalamualaikum, kembali lagi untuk yang kedua kalinya. Macam post sebelum ni, aku ringkaskan cerita. Dan kali ni, aku jelaskan.

Aku ambil semua nasihat kalian, aku juga berterima kasih, atas setiap nasihat dan doa kalian.

Sikit lagi pasal aku, aku dulu kerja offshore. Tapi aku decide berhenti, sebab tak sempat tengok abang aku meninggal. Aku sempat uruskan jenazah dia je..

Start dari tu, aku mudah menangis, sensitif. Dan disebabkan tu jugak, aku tak nak jauh dari adik aku.. Tak nak kejadian sama berulang, sebab diorang dua hidap sakit yang sama. So, here we go..

Macam aku cakap sebelum ni, dalam tempoh aku kenal Iman, memang dia jauh beza. Jaga solat, selalu keluar dengan dia, memang jaga je solat.

Tapi ada pernah 2 3 kali tu, dia tak turun solat. Takde laa aku fikir apa.. Aku anggap dia tengah datang haid je.

Ohh ya, yang mana kata aku kahwin sebab cantik tu, salah ya. Iman biasa saja, tapi manis. Cantiklah dimata aku.

Masa awal perkenalan, pertengahan, sebulan sebelum tunang, 2 bulan sebelum kahwin dan seminggu sebelum kahwin, aku dan ibu banyak kali terangkan.

Yang aku ni, kena jaga adik, kena jaga ibu ayah. Sakit adik macam mana, ayah macam mana. Kakak aku cemana, semua aku dah terangkan.

Ibu aku lagi, takde bekap² siap cerita benda buruk pasal aku. Dan setiap kali cerita, ibu tanya. Betul ni bersedia untuk Riq? Ibu tanya, mana tahu ada yang tak berkenan dengan Riq, boleh bagitahu.

Iman dan mamanya sedia tahu, dan bersetuju. Mamanya cakap berkali² ngan aku “lepas kahwin, Iman sepenuhnya milik Riq, mama dah tak ada hak lagi”.

Lepas selesai majlis belah aku, aku cakap kat dia. Buat masa sekarang, kita gilir dulu duduk rumah ibu dan mama. Sebab rumah aku, ada orang sewa. Nak tunggu dia cari rumah lain, pindah pun makan masa.

Dia kata okey, maka bermulalah seminggu rumah mama, seminggu rumah ibu. Seminggu rumah mama, terasa lama bagi aku. Sebab? Ni yang aku tak cerita, sebab bagi aku malu sangat.

Mama Iman ni, boleh selamba je pakai singlet tali halus tu ketat gila, seluar pendek atas lutut. Aku sebagai menantu, aku malu.

Abah dia? Pun tak kata apa, apa yang abah dia cakap, tak laku. Iman pun sama pakai camtu, tapi aku tegur dia. 

“Jangan pakai camni, hormat abah, sebab abah orang surau, lagipun saya tak suka tengok”.

 Terus tarik muka, dikatanya aku ni sama macam abah, tak sporting. Mamanya pun, tanpa segan silu cerita hal² dalam kelambu kat aku.

Duduk rumah ibu aku, sama je macam duduk rumah mama dia, tak perlu buat apa² pun. Tak payah kemas, rumah sentiasa aku kemas. Masak pun aku boleh, ibu ayah aku tak pernah push suruh buat kerja.

Senang cerita, ibu ayah aku langsung tak kisah, dia nak buat, silakan. Tak nak buat, takpe tak paksa. Ibu aku pesan, isteri bukan hamba.

Dan aku juga tak pernah minta, dia sediakan makan pakai aku. Basuh baju, gosok baju kerja, kemas rumah semua aku buat sendiri. Lagipun, cara aku lagi kemas berbanding orang lain hehe.

Lepas penyewa rumah tu pindah, aku pun ajak dia pindah rumah aku. Dah settle pindah, sama juga keadaannya, lepas balik kerja, singgah rumah mama.

Pastu malam, baru balik rumah tu, weekend pun, mama dia datang, bawa makanan. Aku tegur lagi, tapi sama je. Alasannya, dia takut duduk sorang. Tunggu aku balik, baru dia balik.

Masalahnya, aku kerja syif. Kalau kerja malam, memang dia balik rumah mamanya. Memang penakut, tengah malam nak pergi toilet pun kejut aku suruh teman. Padahal toilet dalam bilik.

Last-last rumah tu pun macam dah tak terurus, Iman pun kata tak nak duduk rumah tu. Aku pun sewakan balik rumah ni. Dan kembali seminggu Ibu dan seminggu Mama.

So dipendekkan cerita, dalam tempoh 6 bulan dia tak balik tu, aku ada juga berbincang. Tanya dia, dia okey tak. Dia kata nak cari rumah sewa, aku cakap 

“Okey, biar saya cari, dah dapat nanti, saya bagitahu”.

Selang berapa hari, dapat mesej..

“D, ayang dah dapat rumah sewa 10 minit je dari rumah mama. Ayang dah deposit, nanti kita pindah okey?”. 

Tanpa berbincang dengan aku, tanpa tanya aku okey ke tak. Ni bukan masalah aku tak mampu bayar sewa ke apa, ni masalah sebab dia tak berbincang.

Dan dalam tempoh 6 bulan tu, aku ajak berjumpa. Aku tegur dia, pasal solat, pasal makanan, pasal pakaian dia, semua aku tegur. Aku cakap, “apa yang awak nak, saya boleh bagi.” Dah dia tuduh aku, ada perempuan lain.

Dah laa jumpa dia tu kat kedai makan, menangis² dia, dalam kedai tu. Meraung², mula dah drama dia. Dulu pun pernah juga macam ni, drama air mata, janji tak buat lagi. Tapi sama je, buat jugak.

Asal merajuk je, mama dia mesej. Mula laa, itu ini. Bila fikir balik, tah macam mana aku boleh bertahan dengan dia entah.

Kalau betul laa ibu ayah aku tak baik, takkan laa balu abang aku boleh duduk sekali, even abang aku dah meninggal. Tapi sekarang balu abang aku dah tak duduk situ laa, sebab kahwin lain dah. Tu je nak cakap.

Mengenai adik aku, ya memang dia bukan terlantar bedridden. Boleh berjalan, tapi perlu bantuan. Sakit Adik aku ni banyak berkaitan dengan organ, banyak organ dia yang dah mula terganggu, doc kata Jantung dia makin lemah.

Adik aku ni, unpredictable. Kadang² elok je bercakap, tak lama pastu dia diam, jantung laju, nafas mengah. Jantung berdebar, susah nak tarik nafas, doc cakap anytime boleh collapse.

Tahun ni agak merudum kesihatan dia. Keluar masuk hospital since awal tahun hari tu. Raya hari tu pun warded, Aku juga yang ulang alik jaga. Sebab ayah aku tak boleh drive, stroke.

Tapi alhamdulillah, ayah dah boleh berjalan dan bercakap dengan jelas.

Aku perasan ada comment cakap, man up lah cari kerja better, takyah harap mak ayah. Aku sedia tahu.

Sebelum kawin, aku memang dah ada rumah, kereta, saving masa tu. Sebab tu, masa nak kahwin, apa yang Iman nak, aku boleh tunaikan.

Dia mintak hantaran tinggi, aku ikutkan. Buat kenduri anniversary mama abah dia, aku yang tanggung. Nafkah, tak pernah miss. Nafkah lain, baju aku belikan. Makeup, aku belikan.

Aku siap suruh dia berhenti kerja, sebab aku boleh tanggung. Tapi dia yang tak nak.. Dah lah, ikutkan banyak nak cerita tapi dah laa.

Tegur dah, ajak kaunseling pun dah, jadinya.. Cukup sampai sini, mungkin setakat ni saja jodoh aku dengan Iman. Ya, mungkin aku tak sebaik apa yang dia inginkan. She deserves someone better :)

Cukup aku ada Ibu Ayah Kakak dan Adik.

Terima Kasih atas segala nasihat dan doa, aku terima dengan berlapang dada.

Terima Kasih Admin..

– Riq (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *