Suami Yang Gagal

Assalamualaikum dan selamat malam.

First of all terima kasih kepada admin sebab sudi approve confession aku ni. Tujuan post ni adalah untuk berkongsi apa yang aku rasa untuk raya kali ni.

Aku adalah seorang lelaki yang dikurniakan jodoh dalam usia yang agak awal, dalam keadaan rakan sebaya sibuk dengan tugasan pembelajaran aku dah fikir pasal belanja dapur.

Dugaan di awal perkahwinan sangat la mencabar tapi alhamdulillah dipendekkan cerita kami berjaya hadapi dengan jaya dan bergaya.. Hehe

Both of us berjaya habiskan study dan sekarang punyai kerjaya yang stabil dan mampu berbakti kepada ibu bapa dan keluarga,rezeki Allah beri.

TAPI!

Kami diuji dengan penantian zuriat yang tak kunjung tiba, doktor telah mengesahkan kami tidak punyai masalah dan di nasihatkan untuk terus berusaha dan berdoa.

Untuk raya tahun ni entah kenapa terkadang aku rasa moody tetiba, sebelum ni ok je aku chill2 makan cornflakes madu tapi kali ni rasa lain macam.

Aku tengok ahli keluarga, saudara mara jaga dan main dengan anak kecik diorang aku jadi sebak. Dari jauh aku usya bini aku. Ada 2 situasi buat aku rasa sedih giler amat:

1) Depan aku ada 2 view, view 1 seorang ibu yang tengah jaga dan main2 dengan anak kecik dia dan view 2 bini aku yang tersenyum (penuh makna) tengok view 1 tadi tu.

2) Bini aku cite tadi dia tak join sepupu sebaya borak dalam bilik sebab diorang semua sambil borang pegang anak sulung yang hampir sebaya sorang satu. Takut awkward sebab sure nanti share pasal anak2.

Kalau tengok 2 situasi kat atas tu xde salah sapa2 pun kan? Biasa la raya berjumpa dan berkongsi cerita, bini aku pun ambil langkah yang bijak so that dia mampu tersenyum.

But aku? Jauh dari sudut hati aku rasa macam dah gagal jadi suami. Aku tak berjaya ke lengkap kan keluarga kecil aku ni?

Sejak selepas bernikah aku belajar dan bekerja bersungguh dan alhamdulillah dalam usia belum mencecah 30 aku dah mampu sediakan rumah sendiri dan kenderaan baik buat isteri.

Beberapa bulan yang lepas aku rasa semua tu dah cukup untuk aku jadi suami yang berjaya tapi entah kenapa aku rasa masih lagi seorang suami yang gagal.

Dulu aku mampu pujuk hati as long as aku berjaya gembirakan bini aku maka aku akan jadi khalifah yang sempurna buat dia.

Namun kini aku seperti tersentak dan tersedar bahawa apa yang aku lakukan tak kan pernah sama dengan kebahagiaan memiliki zuriat sendiri.

Doakan Kami.

– Mr. ASLuffy

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *