Suamiku Gay

Salam semua. Terima kasih banyak2 admin kalau post saya ni disiarkan. Saya perlukan nasihat dan pendapat dari kawan2 semua berkaitan isu yang akan saya ceritakan.

Saya Fie (bukan nama sebenar), sudah berkahwin 6 tahun dan dikurniakan 2 orang anak.

Suami saya boleh dikatakan seorang yang sangat baik, menjaga solat, bertanggungjawab, penyabar dan mempunyai kerjaya yang sangat baik di sektor awam dalam bidang perubatan.

Sepanjang perkahwinaan, kami tidak pernah ada apa2 masalah, semuanya berjalan dengan lancar.

Namun, dalam perkahwinan mesti ada ujiannya. Ujian saya bila dapat tahu suami bernafsu songsang.

Sebenarnya saya tahu hal ni dari awal perkahwinan lagi. Cumanya time tu saya fikir positive je sebab tak ada bukti sehinggalah anak pertama kami lahir. Masa tu saya masih dalam pantang.

Husband terlalu penat kerja sampai hp terjatuh dari tangan (tertidur). Saya angkat dan terbaca mesej2 dia dengan lelaki lain dalam apps LGBT. Speechless. Disgusting!!

Saya terpaksa buat2 tak tahu demi menjaga hati dan perasaan sendiri. Saya jenis yang tak suka keadaan yang tegang.

Selepas tu saya dah tak ambil tahu pasal hal ni lagi dan jalani hidup macam biasa bersama anak2 dengan harapan suami berubah.

Selepas beberapa tahun berlalu, tahun ni sekali lagi saya berdepan benda yang sama. Terkantoi tanpa sengaja.

Betul orang kata, isteri ni Allah bagi naluri istimewa. Sorok macam mana pun hujung2 isteri akan tahu juga.

Kali ni saya baca semua conversation dia dengan lelaki lain dekat beberapa apps LGBT yang husband download. Allahu akbar. Jauh terpesong sampai sanggup melanggan semata nak puaskan nafsu songsang. Allahu akbar.

Beberapa bulan sebelum kantoi, suami ada buat ujian hiv test kit. Saya tanya kenapa. Dia cakap saja test sebab dia kerja hospital. Potential untuk berjangkit tu ada.

Bodohnya saya masa tu. Tak terlintas langsung pasal hubungan songsang. Sekarang saya jadi sangat risau. Risau tetang kesihatan diri dan anak2. Takut terkena penyakit kelamin (STD). Macam2 saya fikir.

Sampai bila saya nak terus diam? Saya bersyukur sangat we rarely have sex (2@3 bulan sekali). Apa perlu saya buat??

Disebabkan hal ni, makin kurang rasa hormat saya dekat suami. Saya rasa dia sangat hipokrit, disgusting. Tapi semua tu saya tak zahirkan, act like nothing happen.

Saya tersiksa. Saya ada anxiety. Bila terlalu banyak berfikir saya cepat stress dan triggered anxiety.

Hanya orang yang alami je tau macam mana rasa. Sangat tersiksa. Nak diluah tapi tak tau macam mana nak berdepan dengan dia hari2. Takut perasaan tak sama macam sebelum2 ni. Help me please!!!

Okey itu saja luahan saya. Thank u admin sudi publish. Thank u reader sudi baca sampai habis. Saya tak pandai sangat nak meluah, itu saja yang boleh saya cerita in general.

Thank u in advanced untuk semua yang sudi bagi nasihat dan pendapat diruangan komen. Moga Allah balas segala jasa baik kamu semua dan dipermudahkan semua urusan. Thank u so much !!!

– Fie (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. mohon cerai. awk ada bukti senang. risiko kalau masih dengan dia. sebab sampai tahap melanggan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *