“Hidup ibarat roda”
Sungguh klise. Budak-budak nak UPSR je guna tajuk ni buat karangan.
Benda-benda yang kita rasa klise, lebih-lebih lagi peribahasa atau perumpaan yang orang tua-tua sampaikan daripada generasi ke generasi, sebenarnya adalah suatu peringatan untuk kita gunakan sepanjang hidup kita.
Tapi, itulah. Benda-benda peringatan ni selalu kita selambe je tak ambil endah.
Termasuklah aku; yang terlalu lama berada di kitaran atas roda sampai aku terlupa suatu hari nanti akan tiba kitaran hidup aku di bawah lembah kehidupan mencium debu-debu bumi.
Aku dibesarkan dalam keluarga Melayu yang mainstream; yakni ibubapa aku mendoktrin aku dan adik beradik bahawasanya kayu ukur sesebuah kejayaan adalah berapa banyak A kau boleh dapat dalam UPSR, PMR dan SPM. Selepas itu melanjutkan pelajaran ke universiti dan apabila selesai sahaja bergraduasi, kena dapat kerja yang dibayar gaji sedap-sedap. Kalau kau lari dari norma ini, maka kau dianggap ‘tak berapa menjadi’.
Waktu itu, dengan penuh kesungguhan untuk ‘berjaya’, UPSR, PMR dan SPM aku borong semua straight As. Added bonus, aku merupakan pelajar SBP yang terletak di selatan tanah air.
Kau bayangkan: budak SBP dengan result SPM straight As. Ini kalau aku canang kat makwe-makwe TKC, STF dan SSP, boleh jadi juga mereka beratur menunggu giliran untuk menjadi makwe aku. Abang/adik angkat tak mahu, geli la.
Senang cerita betapa angkuh dan takabbur nya aku waktu itu dah sama makam dengan Firaun Tuntakhamun sebab aku terlalu yakin yang aku dah sukses dan seolah-olah dunia ini aku sudah tawan.
Kalau Bill Gates tahu pasal benda ni, sah-sah dia dah gelak berdekah-dekah dalam bahasa C++.
Selepas itu, adalah menjadi norma pemegang result SPM straight As berserta kuota Bumiputera, aku pun memohon biasiswa Program Ijazah Luar Negara (PILN) anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Jerman.
Perancis.
Amerika Syarikat.
UK.
Jepun (ah, kimochi).
Celaka. Berderet-deret negara-negara dunia pertama untuk dijadikan pilihan untuk melanjutkan ijazah sarjana muda. Aku dah naik inzal (ah, kimochi) sampai aku dah terbayang-bayang gambar aku diambil ala Sonata Musim Salju lalu dihantar ke Utusan atau Berita Harian lalu dipaparkan gambar tersebut dalam slot Salam Perantauan.
Jadah apa la yang aku fikir masa tu. Tak matang langsung.
Malangnya, aku punya suatu masalah yang dialami remaja lain yakni pemilihan kareer. Aku tak tahu nak jadi apa di masa hadapan. Aku sendiri tak tahu apa yang aku nak.
Lalu mak aku mengambil kesempatan atas kebingungan aku dengan mengesyorkan (baca: mendesak) aku untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Bak kata orang Melayu; belajar medik.
Jadah belajar medik? Sungguh skema. Tak rock. Tak rebel. Ulat buku. Rambut sikat tengah/tepi. Seluar atas pinggang. Ini tidak sehaluan dengan arus kepanasan darah seorang remaja Melayu.
Aku pun berdalih dan menyatakan kepada mak yang aku tak minat belajar medik.
Mak aku dengan tenang membalas, “Kau tahu bila kau belajar medik, kau grad je sah-sah kau dapat kerja. Bukan takat tu je, gaji kau pun sedap. Mak bukan apa, nak masa depan kau cerah je. Mak nak kau senang je nanti dan mak tak minta sebarang balasan. Cukuplah kau dah berjaya nanti”. Sebenarnya panjang lagi, aku tak berapa ingat sangat.
Selaku anak soleh, aku turuti sahaja kehendak mak aku yakni memilih untuk belajar medik.
(Aku tak pilih pun medik. Sudahnya aku pilih pergigian sebab gigi je kot. Takdelah susah mana bila belajar nanti. Kahkahkah)
Dipendekkan cerita, aku pass semua ujian kelayakan biasiswa JPA…
Kecuali ujian temuduga.
Celaka tak lepas. Ni mesti aku tergagap-gagap cakap Inggeris masa temuduga.
Down gila woi!
Bukan aku sahaja yang down menyembah bumi, mak aku turut serta down. Mak aku pun bersuara sekadar nak sedapkan hati semua pihak, “Ah, ni mesti ada orang main kabel bagi anak dia lepas dulu. Dah biasa dah benda ni”.
Setelah sekian lama memujuk diri, aku pun move on lalu aku melanjutkan pelajaran peringkat asasi di IPTA yang bertempat di ibu negara. Tambahan, aku dibiyai JPA waktu itu. Aku harap sambung belajar asasi ni adalah harapan untuk aku belajar medik (atau pergigian) di universiti tempatan.
Akan tetapi, impian sekadar tinggal impian andai pelaksanaannya hambar belaka.
Zaman asasi adalah zaman kejatuhan aku paling drastik. Aku dah mula malas belajar. Kelas tutorial tenang je aku tuang. Aku berjoli sakan dengan menggunakan elaun JPA (baca: duit rakyat). Kau orang tambah la sendiri benda-benda yang tak mendatangkan faedah kepada pembangunan akademik dalam diri seorang pelajar asasi.
Nyahtijahnya, aku memperoleh CGPA bawah 3.00 untuk kedua-dua semester.
Aku down buat kali kedua.
Dah la belajar luar negara tak dapat, nak belajar medik di IPTA pun memang sah tak dapat la (salah satu kelayakan minima untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di IPTA adalah CGPA asasi/matriks 4.00).
Mak aku turut down. Real punya down sampai dah tak nak cakap dengan aku beberapa hari. Kali ni dah tak boleh salahkan orang main kabel.
Aku tetap meneruskan hidup dan sewaktu permohonan UPU dibuka, aku main letak je la (8 pilihan) program ijazah sarjana muda yang aku agak-agak kena dengan CGPA aku.
Sampai tarikh pengumuman UPU, aku down buat kali ketiga.
Program ijazah sarjana muda yang aku pilih sebelum ni, satu haram pun tak kena. Yang ada adalah nama ijazah sarjana muda sains (applied science) yang memang aku tak pilih langsung di IPTA yang bertempat di Bangi.
Erti kata lain, aku kena ‘lelong’.
Aduh. Waktu tu aku rasa sudah jatuh ditimpa tangga di-gangbang pondan-pondan Kajang.
Bila mak tau, dia dah mula tanya soalan cepumas yakni “Ni nanti boleh kerja apa?”. Malah, soalan cepumas inilah jua yang jadi FAQ masyarakat sekeliling. Penat aku nak menjawab.
Aku meneruskan jua perjalanan hidup demi menggapai segulung ijazah sarjana muda di IPTA yang bertempat di Bangi. Kali ini, ujian yang betul-betul getir baru sahaja bermula.
Ibubapa aku hampir bercerai.
Kewangan keluarga mula merosot dan terjejas.
JPA sudah tidak membiayai aku lagi (mujur PTPTN kan hado).
Teman wanita aku tinggalkan aku.
Kawan-kawan yang tinggal hanya kawan-kawan yang nak buat diri ini downline MLM mereka (ini kawan paling babi).
Dan pelbagai lagi pahit maung yang terpaksa aku telan.
Aku dah takde niat nak belajar. Fokus dan motivasi nak belajar entah ke mana. Pergi kelas sekadar pergi. Kalau malas, aku tenang je tuang kelas.
Aku dah tak heran akan keluarga aku dek terlalu rimas dengan desakan mak aku untuk ikut segala kehendaknya serta keadaan keluarga yang kucar-kacir waktu itu.
Aku dah tak peduli pasal masa depan. Apa nak jadi, jadi lah. Aku dah kembang tekak menelan kepahitan realiti.
Aku dah mula meninggalkan kewajipan seorang muslim. Akidah aku sudah mula terpesong kerana aku salahkan Allah atas segala kecelakaan yang menimpa diri.
Cukuplah.
Apa nak jadi, jadi la!
***
Hari ini genap 3 tahun aku bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat servis kujuruteraan bertempat di ibu negara.
Terkenang kembali akan kehidupan aku sewaktu tahun akhir di IPTA kerana ianya merupakan tahun ‘turning point’ aku untuk berubah secara holistik.
Aku pun tak berapa ingat secara terperinci bagaimana aku boleh berubah 180°, namun aku ingin berterima kasih kepada penyelia projek akhir tahun (FYP) yang jujur dengan kata-kata jujur (walaupun tajam) beliau mengikis ego dalam diri ini. Begitu juga majikan syarikat sewaktu aku menjalani latihan industri (internship), walaupun layanan beliau terhadap aku agak kasar, namun kekasaran itulah bak kertas pasir yang menggilap bakat dan kemahiran dalam diri ini untuk berubah kepada manusia yang lebih baik.
Semua yang berlaku adalah hikmah daripada Allah.
Ya, aku yakin perkara tersebut.
Mungkin inilah hikmah daripada Nya untuk mengingatkan aku bahawasanya keangkuhan itu bukan milik seorang hamba, ianya adalah milik Dia Yang Satu sahaja.
Mungkin inilah hikmah daripada Nya agar aku senantiasa ingat kejatuhan seseorang itu adalah bila dirinya alpa dalam kesenangan dan terus-menerus bermewah-mewahan. Lihat sahaja nasib Kerajaan-Kerajaan yang dahulunya melalui zaman kegemilangan namun akhirnya terus hilang ditelan sejarah dek kealpaan dan kelalaian.
Mungkin inilah hikmah daripada Nya agar hati dan jasad ini cekal dan tabah melalui segala rintangan dan marabahaya yang bakal menimpa. Kau kena percaya yang kau mampu mengharunginya kerana Dia telah bersabda tidak akan terbeban seseorang itu melainkan dia mampu.
Mungkin inilah hikmah daripada Nya, tatkala susah atau senang, sujudlah mencari keredhaan daripada Allah. Bukan bila senang joli sakan. Bukan bila susah hisap rokok, hisap ganja atau luahkankan pada makwe.
Untuk sampai ke tahap aku berada sekarang (daripada ‘zaman kejatuhan’ aku) bukannya senang.
Aku terpaksa berkorban segalanya dan aku harus keluar daripada zon selesa.
Selepas graduasi, aku terus bekerja dengan gaji RM900 sebulan (tahun 2013). Aku takde pilihan lain, ini sahaja peluang yang ada. Aku nak timba pengalaman dahulu, gaji sedap aku boleh cari kemudian. Ye la, CGPA ijazah pun teruk ada hati nak claim gaji riban-riban?
Pernah juga aku tidur (baca: merempat) di pejabat dek tak cukup wang dalam tangan. Perut dibiar kosong tu dah jadi biasa. RM900 sebulan kau nak expect apa?
Berbekalkan pengalaman yang dah boleh kira matang, aku ditawarkan gaji yang lebih sedap daripada syarikat yang aku bekerja sekarang. Alhamdulillah.
(Jadi, kepada fresh grads, kau tak payah la nak gelabah demand gaji besar. Yang penting cari pengalaman kerja, bukan cari gaji sedap dulu)
Aku tak tau nak cerita apa lagi. Kau orang faham la sendiri apa yang aku cuba sampaikan.
Kbye.
– Lim Tayar
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit