Sudah Ku Tahu ( harap tajuk ni menarik perhatian)

Untunglah kau ada ayah, untunglah kau ada ibu! Ya, ramai akan cakap macam tu kat aku. Family aku lengkap, ayah ibu ada lagi, adik beradik lima orang. Aku lelaki dan anak sulung. Tapi kitorang tak berduit, duduk rumah teres menyewa, orang takkan tau family aku susah. Ada kisah kenapa kitorang masih still duk umah teres ni, bayar sewa alhamdulillah tiap bulan ayah aku bayar supaya kitorang tetap ada rumah utk duduk memandangkan kalau pindah lagi banyak kos. Tapi, makan kitorang tak berapa nak cukup. Kais2 then makan, kalau tak korek2 lah mana tau jumpa duit syiling. Macam tula aku adik2 and ayah aku selalu buat. Ayah aku punya bisnes asyik kena tipu, tapi ayah aku jenis terlalu baik sangat sampai orang gunakan dia. Sekarang ni tengah usaha lagi untuk bisnes yang lain so kitorang struggle jela hidup guna duit yang ada.

Apa pulak function aku sebagai seorang lelaki and anak sulung kepada keluarga aku? Banyak aku dah berusaha contohnya aku kerja kat market, gaji masyuk kalo overtime tapi aku rasa dengan kepenatan tahap maksimum, dan aku dianiaya oleh kawan sekerja maka aku rasa baik aku berhenti. Impian aku time tu, aku nak kumpul duit beli motor, sebab family aku takda kenderaan langsung. Adik aku pegi sekolah jalan kaki, aku gi kerja tumpang kawan, kadang2 jalan kaki jauh dalam 3 4 kilo, begitu jugak ayah aku tumpang kawan gi ofis dia. Aku ada awek yang juga aku nak jadikan calon isteri, dia selalu support aku walaupun aku habuk pun takda. Dia lah cakap kat aku, kalo nak tolong keluarga, aku kena tolong diri aku dulu. Dia syorkan aku kumpul duit beli motor, then dengan motor tu dapatlah aku pergi keja, hantar adik aku gi sekolah and hantar ayah aku gi kerja and juga buat part time kat mana2.

Tapi, setiap kali aku dapat gaji, aku rasa duit aku habis sia2. Selalunya, gaji masuk je, aku akan sewa kereta and bawak satu family pegi mall, and kitorang beli barang dapur. So, tiap kali aku balik aku nak rasa air tangan mak aku, Tak payah beli kat luar, tapi mak aku ni aku tak paham la kenapa, masak tapi jarang, sedangkan mak awek aku mak dia masak hari2. Bukan ke tugas sorang mak tu sediakan makanan untuk keluarga dia? Selalu awek aku tanya, aku makan apa, and then aku jawab beli lauk luar sebab mak aku dah masak semalam, so hari ni tak payah masak lagi. Aku jawab la macam tu sebab realitinya sebab dari kehidupan seharian pun tak sama cam orang lain. Even tengok bersamamu pun, miskin2 pun mak dia tetap masak untuk anak2 dia. Hidup dah lah tak berduit, asik2 kena beli makanan luar.

Aku pernah cari kedai motor yang bayar duit muka seribu je pastu boleh angkat dah motor tu, kirenya lagi seribu tu bayar bulan2. Aku dah save dah duit tu, tetiba mak aku nak pinjam duit nak beli phone baru sebab phone dia kadang2 jem. Aku pun bagi la dgn hati yg berat, mak aku cakap nak bayar balik tapi mak aku bayar sikit2, last2 tak bayar dah. Aku geram jela, mak aku duduk rumah je tapi sibuk sangat dengan phone, kalo ayah aku wajar la lagi sebab dia kena berurusan dalam internet pasal kerja dia. Last2 impian tu berkubur macam tu je.

Mak aku tak macam mak orang lain. Mak orang lain pakai baju tshirt ngan kain batik, dok umah masak, cuci baju, membebel pasal kerja sekolah kat anak2 dia tapi mak aku tak camtu. Mak aku cam orang muda, jaga penampilan, jarang masuk dapur, pegi kelas senaman, hiking dengan kawan2, keluar malam sebab ada event. kiranya orang panggil dia hot mama, macam ala2 mak datin. Ayah aku pulak yang selalu ada kat umah, lepas balik kerja terus balik rumah. Pelik kenapa mak aku ni macam abaikan tangungjawab, aku tak suka dia keluar malam tinggalkan ayah aku kat umah macam tu sebab pegi buat hal dia. Aku pernah cakap kat mak aku, aku tak suka mak aku keluar malam dengan laki tah mana2 ambik dia, dia cakap lepas ni dia tak buat dah. Tapi kejap je, leaps tu start balik hal yang sama. Aku rasa macam mak aku ni bukannya kecik lagi , dah tua dah pun tapi macam tak sedar apa dia buat semua salah.

Sampailah dia kantoi ngan ayah aku dia ada orang lain. So aku terimbas balik perangai nya yang pelik tu, aku dah letih menangis sedangkan lelaki kan jarang nangis2 ni, tapi aku dah selalu sangat sampai aku tak rasa pape dah bila dengar ayah aku nak lepaskan mak aku. Ape pun yang jadi, aku cuma nak mak aku berubah walaupun aku tak duduk ngan mak lagi. Aku nak fokus orang2 yang betul hargai aku, ayah aku, adik2 aku, kawan2 aku, awek aku. Aku nak capai cita2 aku nak ada kenderaan, kerja tetap, and aku nak kahwin ngan dia. Awek aku budak uia. So guys , doakan yang terbaik untuk aku ya!

– Mangsa keadaan

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

10 Comments

  1. Aq pnah jugk jumpa org yg mcm ni.duit xbrapa nk ad tp nk mkn luar smcm.klau pakai bju mengalahkn ank dara.rumh dh mcm tongkang pecah tp tula pemakaian dia xmcm org ssh lgsung.ank dia plak blagak bkn main.nasib baek la mak aq slalu msk msa dia sihat dlu.

  2. Takotnyaa…mak2 zmn skrg. Mintak dijauhkan dr buat perangai mcm tu. Tak matang, tak nak terima tanggungjawab sbg ibu. Mcm tk redha je jawatan sbg ibu tu, dok perasan nk idop mcm anak dara takdak apa2 ikatan n priority. Kesian kat ank2. Nk jaga kecantikan apa salahnya tp awat sampai tk heran ke anak2, tak mek tau pasal laki. Dah tu Kawen pasai apa…takkn semata2 nk bersedap sedapan aja. Yg jd mangsa anak2. Kesiannya. Tak kata kat mak kamu tp dok bebel kat dri sndri aja tkot2 jd mcmtu kwen sok2.

  3. Mak kamu kemungkinan telah di’sihir’ atau mewarisi ‘saka’ sehingga dia berkelakuan demikian.

    Okey, berbalik pada cerita. Penuhi tanggungjawab sebagai anak dalam konteks yang relevan. Antara telefon dan perbelanjaan isi rumah, mana lebih penting? Fikirkan. Kumpul duit dengan bijak dan berdoalah selalu.

  4. Sad story bro.. But, wa respect sama luu.. Ni baru nama ANAK JANTAN …

    Kalau aku, aku x bagi duit untuk mak aku beli phone. Ya aku tahu mak wajib ditaati. Tapi, klau aku bg Phone, smpai mak aku jd macam tu, Kewajiban dekat situ dah x jd wajib dah.. Lebih baik mak aku xpkai phone..

    -contoh- Bukan mengata mak aku atau mak sapa2.. Jangan salah faham..

    Bro, kau kena belajar cara pengurusan duit.. Cari kawan2 kau yang pandai giler bapak urus duit, korek ilmu dia.. Pastu, kau belanja la tea-o-beng.. Aku baca tulisan kau, aku dpt rasakan kejantanan kau.. Kerja keras nak tolong keluarga.. Ya, kadang2 bila dapat duit, kita nak bawa family jalan2.. But, kau still kena ada saving walau sikit.. Nak joli, xder masalah, but, kau tetap kena saving..

    Part Makwe kau tu.. Tahniah.. But, drpd aku, kau pun kena plan untuk kawen.. Cepat2kan perkahwinan.. Ingat, rezeki makin melimpah ruah lepas kawen.. Ya, kau susah, xder duit.. Nak kaya, kawen, bro.. Aku tahu bukan senang, jd, sebab kawen ni bukan main2, lah kau kena usaha lebih lg.. Moga ALLAH mudahkan urusan..

    Part mak kau.. Nasihat aku, sebagai anak.. Kau doa lah banyak2.. Doa anak soleh, insyaallah allah maqbul.. Baik buruk dia, rahim dia tmpt kau tinggal dlu.. Banyakkan doa.. bangun malam, kau nangis puas2.. Minta doa.. insyaallah, allah x sia2kan doa kau.. Moga Allah mudahkan urusan kau sekeluarga..

    Akhirnya, drpd aku yang biasa2 ni..

    Kau setting balik niat kau..

    Betulkan niat kau dengan sebetulnya..

    Niat nak kerja… First sekali, niatkan kerana ALLAH.. Kerana ALLAH suruh hamba2nya kerja cari rezeki.. Barulah kerja kau x sia2.. Bila niat kerana ALLAH, kerja kau jd ibadah.. Gaji kau dapat, Pahala kau dapat.. Kan untung gituu… heee.. Lepastu, barulah kau niat nak tolong keluarga.. Niat kerja nak kawen..

    Niat ni benda basic.. Mat salleh nyer bahasa plak, BIG QUESTION kau buat sesuatu perkara.. Kita panggil itu as niat, lah kn..

    Percaya cakap aku bro, once kau betulkan niat..Kerja kerana Allah, Kerja nak tolong keluarga, Kerja untuk kumpul duit kawen dan kehidupan selepas kawen, insyaallah.. rezeki kau makin buak2.. Aamiiiiiin… x kesah la kau nak kawen lambat lagi pun.. Niat jer.. niat pun dh dpt pahala..

    Dhuha, Tahajjud, Solat hajat dan lain2.. Mesti..

    Sekian..
    Moga Bermanfaat..
    Moga Allah Mudahkan urusan kau, bro..

  5. Semoga sentiasa tabah bro. Tuhan sentiasa adil dengan kita, cuma keadaan yang menyesakkan. Jangan putus berdoa sebab Dia sentiasa tahu apa dalam hati kita. Semoga Allah mudahkan perniagaan ayah awak dan urusan kerluarga awak semua lancar, dimurahkan rezeki.. Doa buat ibu awak jugak.. Have faith bro, never forget the lord is watching us and He knows what is in every heart.. Stay strong..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *