assalamualaikum dan salam sejahtera sy ucapkan kepada admin dan pembaca sekalian. terima kasih kepada admin kerana approve confession saya kali ini.
saya merupakan antara penggemar page iium confession.pelbagai cerita disajikan dan demi Allah sy amat terkejut dengan hal yang berlaku.sungguh jauh dari pandangan dan pengetahuan sy bermacam perkara berlaku pada sahabat sahabat saya. sedih dan kesian bercampur baur,saya doakan semua masalah kalian dipermudahkan dan diringankn oleh Allah SWT
apa yang saya ingin luahkan ialah sikap segelintir komentor,alhamdulillah ada yang memberi komentor membina dan insyaAllah apabila confessor membacanya,sedikit sebanyak akn memberi ilham untuk dia uruskan permasalahannya..
tapi tak kurang juga mereka yang melemparkan kata cacian dan hinaan.Allahu,saudaraku,jangan lah kita mensia-sia kan amalan kita pada bulan mulia ini dgn melakukan kutukan,cacian.walaupun bukan dengan mulut secara lisan.rugi sahabatku.rugi.
ada confessor yang sedih, ada confessor yang marah,ada confessor yang meminta pendapat dan banyak lagi.jika komen kalian tidak memberi faedah kepada kedua belah pihak.maka janganlah komen.pahala sendiri terjejas,confessor yang baca pun tak sakit hati membacanya.
sekadar teguran,jentikan hati buat teman.saya sedar saya bukan insan sempurna,namun apa salahnya sama-sama kita berubah dan sering mengingati sesama saudara.sekian.
– hani
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit