Sudah-sudahlah Bergaduh

Aku sebenarnya malas nak tulis benda ni, tapi sebab kebelakangan ni, makin kecoh pulak isu ni dan penuh kat wall FB aku, aku nak tulis jugak lah..dan aku rasa, ramai orang yang sependapat dan pikir macam aku, cuma kitaorang diam dan perati je selama ni dengan penuh rasa menyampah terhadap gelagat dua kumpulan ni, satu group geng aswaja/pondok dan satu lagi group salafi/wahabi ni.(bukan semua, yang aku maksudkan kelompok yg ghulu’, emosional tahapatah)

Aku bukan nak kondem ilmu mereka ni, sbb aku pun tau ilmu aku takat mana..yang aku meluat ialah perangai & akhlak SEBILANGAN ORANG dalam dua-dua group ni..pantang silap sikit..dijadikan isu hangat..kondem sana sini..akhirnya, umat Islam kat M’sia ni terikut dan disibukkan dengan kecam-mengecam dan pergaduhan yang dimulakan oleh dua-dua puak ni..

come on la..aku tengok, kebanyakkan isu2 yang diorang bergaduh ni bukan isu2 baru pun..dah beratus tahun dah isu2 ni..mcm qunut, tahlil, bidaah, etc..dah ada ulama dah tulis bermacam2 kitab jelaskan benda2 ni..tapi..balik2, isu ni dihangatkan semula sebab nak bantai kumpulan yang satu lagi..percayalah, lagi 300 tahun lagi pun isu tahlil, bidaah, dan semua2 ni tak selesai2..

yg aku paling geram bila tengok kedua-dua group ni.., bila isu2 besar melibatkan umat Islam di dunia & m’sia..senyap sunyi aman damai tidur lena group ni..cthnya, US serang syria ke, Myanmar bunuh org Islam ke, geng LGBT buat masjid ke, anak Melayu pesta seks kat apartment mana2 ke..sepatah haram pun suara puak2 ni tak kedengaran…tp, bila ada sikit kenyataan yang boleh buat modal nak hentam group satu lagi.., maka penyokong masing2 bangun melatah menjerit terpekik terlolong memaki sana sini berminggu-minggu…

sudah-sudahlah gaduh tu..jangan ghulu’ sangat dalam perkara kecil ni..banyak lagi benda2 BESAR yang boleh ni boleh perjuangkan.. korang ingat mat rempit kisah sangat ke tarawih nak 8 ke 20, korang rasa geng Raver & bebudak wecat kisah sangat ke dengan pandangan Ibnu Taimiyah terhadap sifat Allah diatas Arasy…korang ingat couple Melayu yang buat “projek” dalam kereta malam2 tu kisah sangat ke dengan beza waktu Imsak dan subuh di bulan puasa..korang ingat geng drudg addict yang mencuri barang2 depan rumah tu kisah sangat dengan kedudukan tangan ketika takbiratul ihram..

Umat Islam M’sia skrg dalam keadaan tenat, diserang dari setiap penjuru, dan kelompok2 dlm 2 golongan ni pulak sibuk menghabiskan masa untuk bercakaran pada benda2 kecil..apa yang umat perlukan ialah bimbingan dan sokongan daripada para asatizah ini untuk mereka kembali hidup dan RASA BERTUHAN..

Bimbing dan bangkitkan rasa dosa & pahala kepada mat2 rempit, kaki clubbing..etc.. ayuh sibukkan diri sebagai pejuang utk sedarkan anak bangsa tentang akhirat…sebelum sibuk untuk betulkan benda-benda kecil, sibukkan dahulu untuk betulkan benda-benda yang besar..

Apa yang kecil, apa yang besar? Itu..korang sendiri lebih faham sbb korang yang lebih berilmu dari aku..korang lebih kenal penyakit yang menimpa umat berbanding aku..Malulah kalau benda mcm ni pun orang jahil macam aku nak tunjuk pada korang yang lebih faham Al-Quran dan Hadis!

Sebelum aku habis menulis ni, satu je aku nak pesan pada kelompok2 ghulu2 dalam dua group ni yang suka habis masa utk kondem sesama Islam ni,

“Sesungguhnya yang paling aku khawatirkan atas kamu adalah seseorang yang telah membaca (menghafal) al-Qur’ân, sehingga ketika telah tampak kebagusannya terhadap al-Qur’ân dan dia menjadi pembela Islam, dia terlepas dari al-Qur’ân, membuangnya di belakang punggungnya, dan menyerang tetangganya dengan pedang dan menuduhnya musyrik”. Aku (Hudzaifah) bertanya, “Wahai nabi Allâh, siapakah yang lebih pantas disebut musyrik, penuduh atau yang dituduh?”. Beliau menjawab, “Penuduhnya”.
(HR. Bukhâri dalam at-Târîkh, Abu Ya’la, Ibnu Hibbân dan al-Bazzâr. Disahihkan oleh Albani dalam ash-Shahîhah, no. 3201).

Walaupun para ulama sepakat sebut bahawa hadis ini tentang golongan Khawarij, tetapi berjaga2lah. Takut2 hadis ni kena atas batang tubuh, sebab hanya menghentam sesama Islam yang berbeza pendapat, tetapi lebih suka diam pada orang yang terang2 bermusuh dan menyerang Islam.

– Deadpool

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit